Biasanya orang nak lelong ni barang yang lama dan tak puas pakai, daripada buang saja, elok dijual dengan harga murah, iaitu lelong. Tetapi yang yang berlaku dinegeri rampasan kuasa didalam Negara aku ni, barang baru beli bukan satu dah nak dilelong bulan empat. Itulah cerdik tak boleh tumpang dan bodoh tak boleh diajar. Susah nak cakap dalam bab ini kerana yang menjadi mentor pun mungkin dari jenis yang sama juga. Kalau start lelong 140 ribu, agaknya berapa harga yang akan laku akhirnya untuk sebiah kereta, nak kata antic tak mungkin, kalau KE 20 boleh lah masuk dalam kategori lelong, ini Camry, baru keluar dan model baru. Mungkin mereka nak tukar beli Exora kut, boleh naik ramai sikit dalam satu trip, bawa anak isteri dan body guard sekali. Alahai nasiblah mereka yang berketuakan tyol tahap moden, lepas tu canang seluruh Negara mohon restu supaya sekelian rakyat sokong mereka.
Itulah sebabnya bila buat perjumpaan dengan rakyat, angkut dengan bas dan kerah sekelaian rakyat jelata untuk sambut ketua baru, sesiapa yang tak pergi, akan diambil tindakan. Kalau pelajar akan ditolak markah. Yang malang kakitangan kerajaan Malaysia dan Negeri serta penuntut dan pelajar sekolah serta pelatih PLKN. Nasib lah labu ooi. Kita tunggu PRU 13 la kut, boleh ubah semuanya insyaallah.
Ha, ana dah kata, kan jadi sungguh. Dalam blog ni juga ana suruh YB Puchong bawa speaker ke Mahkamah pasal gantung dia dan kes ni dah berlaku di Perak. Maknanya walaupun ada disebut doktrin pengasingan kuasa antara legislatik, eksekutif dan kehakiman, oleh kerana nak juga kuasa bagi yang gila kuasa di Perak, maka apa yang menjadi amalan sejak merdeka mahu dicabar dan ini dah terjadi maka sekarang segala keputusan yang dibuat oleh speaker DUN atau Parlimen boleh dijadikan precident dengan apa yang berlaku di Perak ni. Mungkin lepas ni apa jugha perkara yang berlaku didalam dewan yang dibuat oleh speaker atau ahli Dun atau Ahli Parlimen, boleh dibawa dan dicabar didalam mahkamah dan akan jadilah saperti yang dimulakan di Perak negeri perampas kuasa tu. Tak kan dengan tiga orang janji nak sokong terus boleh dijatuhkan kerajaan pilihan rakyat, bawa lah kesidang DUN dan bawa usul undi tak percaya baru lah boleh dimasukkan dalam sejarah dan precident. Ini hanya sekadar kata sokong, terus kata boleh ubah kerajaan, tak cun la macam ni. Lepas tu buat macam-macam perkara yang akan menjadi contoh yang tak baik untuk pelajar undang-undang ikut dan lepas ni bila satu RUU diluluskan, maka boleh bawa masuk mahkamah untuk pertikai kerana segala keputusan boleh dicabar, menangis nanti semua speaker dan akhirnya terpaksa letak jawatan pasal sudah tidak boleh lagi buat kerja kerana kerja sudah diambil alih oleh mahkamah.
Sebut pasal PRK, ana tertarik melihat alas an demi alas an yang diberikan oleh PM dan Ketua Parti gabungan BN ( taktahu samada pertubuhan berdaftar atau tidak Bn ni), kata tak mahu membazirlah, tak perlu buat pasal bukan berlaku kematian lah, nak tumpu majukan ekonomilah dan sebagainya. Tapi yang rakyat Nampak adalah kerana takut hatrik kalah lagi kerana masing-masing kecut perut, yang berani hanya sorang saja iaitu bekas PM ke 4, buka ke 5. Mungkin dia rasa dengan dia menjadi pelobor didalam kempen PRK nanti, ia akan menambah cepatkan lagi kekalahan BN di PRK nanti. Sebut pasatl tak perlu buat kerana bukan YB yang mati, terikat ana kisah di Pahang dan Selangor semasa Dato’ Lim Ah Leck letak jawatan ADUN dan EXCO nak jadi Menteri MCA , diadalan pilihanraya kecil padahal YB tu tak mati pun, begitu juga dengan di Selangor semasa Mat Taib terpaksa letak jawatan ekoran bawa pelari puteri raja dan bawa duit 12 kilo ke Australia , tetapi tak tersangku8t kerana tak pandai bahasa Inggeris, diganti dengan Dato’ Abu Hasan Omar , juga diadakan PRK padahal YB tak mati pun. Apakah kalau depa buat itu bukan membazir, kalau orang dan takut kalah itu membazir.
Memang lah kalau orang tak pernah kalah bertanding, kalau nak kalah memang dia phobia sampai mati lah.
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment