Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, April 25, 2009

Sumbangan kepada yang memerlukan.

Buat kali ketiga dalam siri sumbangan kepada mereka yang kurang mampu, maka pihak wakil dari PKWR Parlimen Pendang dan DUN Tokai telah mengadakan majlis ringkas penyerahan bantuan kepada penerima yang dipilih oleh wakil ketua kampong kali ini.
Seramai 20 penerima hadir pada hari ini di Pejabat Pusat Khidmat dan majlis memang cukup ringkas kerana kami sudah kesuntukan masa dan hanya mencuri masa tengah hari untuk dapat berjumpa dengan penerima kerana plan awal telah disibukkan oleh PRK Bukit Selambau yang memberikan kemenangan manis kepada Pakatan di Kedah ini. Mungkin oleh sebab itulah maka di letakkan pula orang Sabah untuk mengemudi UMNO Kedah ini oleh PM baru yang sudah cuak nak menghadapi pilihanraya buat kesekian kali ini.
Majlis hanya diaturcarakan dengan ucapan oleh ana dan terus member sumbangan basikal dan insyaallah pada masa akan datang kita mungkin akan mengadakan majlis agak besar dan sumbangan yang akan bertambah jika sekiranya rezeki allah beri lebih kepada kerajaan negeri dan hasil penjimatan yang dibuat oleh kepimpinan yang mentadbir sekarang ini.


Semasa memberikan ucapan ana ada menyentuh berhubung dengan sikap MKK yang dilantik oleh kerajaan negeri agar membuat pemantauan didalam kawasan kendalian mereka dan memberikan tumpuan kepada seluruh rakyat yang dipertanggungjawabkan kerana ini adalah amanah yang perlu diberi perhatian dan akan disoal apabila kita dihidupkan semula oleh Allah diakhirat kelak. Hiadup kita adalah dua kali, Cuma mati hanya sekali, itu yang kita kena buat kerja betul-betul, jangan ada pilih kasih dan kezaliman didalam pentadbiran kita, kalau tidak samalah kita dengan pentadbiran lama UMNO dahulu, nak pinjam TEKUN dan minta rumah PPRT mesti kena hulur boring UMNO dulu, kena sain JKKK, kalau sain penghulu atau wakil rakyat bukan UMNO atau BN tak laku dan sekarang pun ana mendapat maklumat kalu nak pohon rumah KEDA bagi yang miskin, mesti disokong oleh JKKKP , kalau sekadar penghulu dan wakil rakyat mereka tidak akan layan.
Kepada kita sesiapa yang layak yakni daif dan perlu bantuan, itu yang akan kita berikan inysallah selagi bekalan ada.
Oleh itu diharap pentadbiran kerajaan Kedah yang baru dengan kadar kuasa yang ada janganlah melakukan sebegini kerana rakyat akan bangun membenci kita nanti diatas kertas undi.
Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang.
Terima kasih kepada Pak Ngah Li, Saudar Hj Sobri, Saudar Ramli Hamid, Azmi lahar batu dan MKK yang hadir pada petang itu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.