Antara petikan titah ucapan Baginda Sultan Perak yang dimuatkan didalam media perdana Negara ‘ tindakan kumpulan politik berkenaan turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.’
"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini, lapor Bernama.
Memang benar apa yang dititah Tuanku itu dan ia patut di berikan perhatian oleh sekelian rakyat jelata bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga diseluruh Negara , sebab itulah maka semua akhbar menyiarkan titah ucapan baginda tersebut. Beberapa perkara yang disentuh baginda memang tepat mengenai mereka dari kalangan pemimpin politik tertentu yang telah menganggap bahawa mereka ada kekebalan sehingga sanggup melakukan sesuatu diluar bidang perlembagaan iaitu dengan menculik beberapa wakil rakyat lalu merampas kuasa untuk memerintah negeri Perak padahal sekelian rakyat telahpun membuat keputusan menolak mereka didalam PRU ke 12 yang lalu. Sikap wajah hodoh dan tidak baik pemimpin politik inilah yang dapat kita sekelian rakyat jelata simpulkan dan mengambil pengajaran daripada titah ucapan baginda tersebut.
‘Matlamat kini menghalalkan cara,’ iaitu teori Machevelli , itulah antara keluhan baginda dimana untuk mendapat kuasa memerintah, mereka tidak lagi mengikut perlembagaan negeri yakni mendapat mandate melalui undi tidak percaya didalam Dewan undangan negeri terhadap Menteri Besar yang sah yang dilantik oleh baginda Sultan, atau dengan cara sukarela perletakan jawatan oleh Menteri Besar atau dengan mengadakan pilihanraya semula untuk mendapat balik mandate daripada rakyat.
Pemahaman kita memang jelas bahawa inilah situasi yang berlaku sekarang , mereka dari golongan politik tertentu ini memang telah melakukan sesuatu tindakan politik yang mempamerkan ‘wajah hodoh mereka ‘ dimata masyarakat dalam Negara dan dunia lalu mereka menganggap mereka ini mempunyai imuniti dan segala kuasa sehingga perlembagaan negeri yang termaktub pun mereka sanggup melanggarinya. Hatta mahkamah pun sanggup mereka guna untuk mengganggu perjalanan sesuatu procedur dewan walaupun mereka faham bahawa terdapat pemisahan kuasa antara kuasa eksekutif, kehakiman dan judisiari didalam perlembagaan Negara kita ini.
Patik sekelian menjunjung kasih diatas ucapan DYMM Duli Tuanku Sultan yang telah memperingati rakyat dan pemimpin politik tertentu tersebut agar mereka ini sedar bahawa apa yang mereka lakukan di negeri di bawah naungan pemerintahan Tuanku adalah bukan mendapat mandate daripada rakyat negeri Perak seluruhnya, melalui keputusan pilihanraya umum 2008 yang lalu. Patik rakyat jelata sekelian menyeru agar pemimpin politik yang Tuanku maksudkan itu insaf bahawa jika sekiranya mereka berterusan dengan apa yang berlaku sekarang ini, ianya ibarat api dalam sekam yang akan merungkai ikatan kemasyarakatan didalam negeri dibawah naungan Tuanku saperti yang Tuanku titahkan didalam ucapan Tuanku tersebut.
Memang golongan politik tertentu ini menganggap mereka mempunyai kekebalan setelah kumpulan mereka sanggup membuang imuniti Tuanku Sultan di Negeri-negeri sapertimana yang telah terjadi pada tahun 80an dan 90an sehingga mereka sanggup turun kejalan raya menghimpun rakyat dan mendedahkan segala apa yang berlaku didalam Istana Tuanku Sultan-sultan, dan rakyat jelata masih ingat mereka inilah yang menjadi dalang sampai hari ini dimana perasaan kekebalan kepada undang-undanglah maka mereka sanggup melakukan rampasan kuasa tanpa mendapat sokongan rakyat tersebut. Bahkan ada diantara ahli kumpulan ini yang sanggup menabalkan Sultan di sebuah negeri didalam Malaysia ini dipadang sekolah bukan didalam Istana. Sampai begitu sekali kumpulan ini sanggup menghina taraf dan darjat Tuanku Sultan didalam Negara kita ini. Mereka merasakan bahawa setelah kekebalan tuanku dilucutkan, mungkin kekebalan itu telah diwarisi pula oleh kumpulan mereka pula kini.
Nasihat baginda Tuanku Sultan kepada golongan politik sebegini amat bertepatan pada masa kini dan masa depan kerana akibat daripada krisis yang menghalalkan cara oleh pelahap politik ini, maka Negara dan negeri Perak khususnya sekarang menghadapi masalah sehingga apa juga system pentadbiran yang dijalankan terpaksa berhadapan dengan implikasi undang-undang yang rumit sehinggalah kepada keputusan Speaker pun boleh dicabar oleh mahkamah sekarang ini gara-gara kegelojohan golongan politik menghalalkan cara ini. Cuma Baginda tidak menyebut siapakah kumpulan politik ini agar rakyat sendiri yang menilai dimana kewarasan fikiran rakyatlah yang akan membuat keputusan. Ini menggambarkan betapa bijaknya pandangan Tuanku Sultan Perak, seorang ahli yang pakar dalam bidang undang-undang.
Karenah mereka ini bukan hanya setakat masalah dalam Negara sahaja yang tidak dapat dirungkaikan, bahkan masalah mereka juga sudah diketahui diluar Negara dan seantario dunia melaluai penyiaran berita dimedia dan akhbar serata dunia , namun tidak ada sebaranng usaha untuk memadamkan berita dan cerita tersebut seandainya tiada kebenaran dengan bantahan atau saman dan sebagainya, mungkin inilah juga antara punca yang menyebabkan masalah ekonomi dan pentadbiran Negara menghadapi berbagai kemelut sekarang ini.
Atas nasihat Tuanku Sultan tersebut, patik rakyat Tuanku sekelian berharap agar suasana kekalutan politik dan ekonomi di Negeri bawah naungan Tuanku dapat segera mendapat jalan penyelesaian dan suasana kehidupan rakyat akan harmoni semula dan segala kerjasama antara kakitangan negeri dan persekutuan dapat berjalan mengikut kehendak perlembagaan dan didoakan semoga segala kekeruhan akibat tangan durjana pengacau keharmonian masyarakat ini insaf diatas ketelanjuran mereka. Juga diharapkan agar kerja kotor dan keji rampasan kuasa ini tidak akan merebak kenegeri lain .
Didoakan moga Allah lanjutkan usia Tuanku didalam perlindungan dan rahmat Allah dan semoga rakyat mendapat limpahan nikmat diatas rezeki yang diberikan kepada negeri Perak Darul Ridzuan.
Amin ya rabbal alamin.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment