Walaupun PKR menang di Bukit Selambau dan PAS menang di Bukit Gantang, suasana gembira ini tidak harus melekakan kita didalam menghadapi suasana politik negara seterusnya. Kita jangan hanya mengharapkan kelemahan lawan untuk kita menang, tetapi harus mempunyai kekuatan sendiri untuk mengharungi pertandingan tersebut.
Daripada perhatian awal yang dapat dilihat kepada trend pengundian yang telah berjalan didua kerusi yang dimenangi Pakatan tersebut, penelitian perlulah diberikan oleh semua pihak terutamanya kepimpinan pakatan bahawa trend pengundi masih lagi tidak banyak berubah terutama bagi pengundi Melayu diluar bandar, kampong tradisi Melayu dan kawasan grass root UMNO walaupun kerajaan sekarang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Memang kita tidak menafikan bahawa baru satu tahun pakatan menguasai kerajaan di Kedah dan Perak sebelum ini, tetapi perancangan teliti harus dilakukan untuk menghilangkan status quo UMO yang menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun sedikit demi sedikit. Oleh sebab itu, sokongan kaum bukan Melayu untuk memenangkan Pakatan harus diterjemahkan dalam bentuk contoh teladan yang baik dan berlainan berbanding contoh teladan buruk dan negatif oleh UMNO dan BN sepanjang mereka memimpin kita.Sejarah kemenangan PAS di Kelantan dan dapat mengekalkan kemenangan seterusnya hingga kini perlu diteladani.
Dasar-dasar diskriminasi politik, rasuah, penindasan minda dan media, penyalahgunaan dana rakyat untuk kepentingan politik peribadi, rasuah , penyalahgunaan kuasa oleh JKKP, ego yang tak keruan oleh pemimpin masyarakat ikut fahaman politik penguasa sahaja, dan berbagai penyelewengan lain yang sudah mendarah daging dalam masyarakat haruslah diketepikan oleh pemimpin Pakatan agar perubahan yang dibuat rakyat dan contoh yang ditunjukkan setakat ini dapat diteruskan sehingga perubahan total dapat dikecapi nikmat oleh seluruh rakyat jelata.
Memang sikap ego dan pilih kasih didalam pengagihan hak kerajaan kepada rakyat menjadi topik hangat pada PRU 12 lalu, dan rakyat sudah jelak dengan karenah itu lalu perubahan dilakukan , apakah kesempatan ini diambil oleh kita Pakatan untuk membuat pembetulan keatas sifat negatif kerajaan sebelum ini. Inilah yang perlu diberi perhatian sungguh-sungguh oleh kita semua agar perubahan ini tidak ditarik balik oleh rakyat.
Kewujudan MKK atau JKK negeri Pakatan perlu dimanfaatkan sepenuhkan agar sifat diskriminasi dan berat sebelah serta ketidakadilan JKKP yang dahulunya JKKK tidak diwarisi oleh MKK atau JKK Pakatan sehingga nanti rakyat akan menolak kita pula.
Harapan kita agar apa yang dilakukan sekadar kuasa yang ada pada kita adalah melaksanakan keadilan untuk semua agar semua rakyat dapat nikmat anugerah Ilahi ini dengan penuh keadilan dan saksama sehinggalah nanti semua akan memberikan senyuman puas kerana mereka membayar cukai dan mereka juga akan dapat hasil dari cukai yang dibayar mengikut kadar kemampuan kita tersebut, kalau kerajaan negeri maka sekadar hak negeri dan kalau pusat maka kadar di pihak pusat. Tidaklah nanti wujud TEKUN memerlukan borang keahlian UMNO, AIM perlu disokong ketua UMNO, PPRT kena no keahlian UMNO padahal semua itu adalah wang rakyat daripada hasil negara yang disatukan hasil cukai dan khazanah negara yang diluluskan didalam parlimen dan bukan hasil dari persidangan agong UMNO atau Persidangan BN atau persidangan parti-parti komponennya.
Begitu juga nanti kalau Pakatan yang memimpin, harap kaedah menghina dan menekan rakyat ini tidak dipraktikkan oleh pemimpin pakatan, kalau tidak samalah kita dengan BN yang dibenci rakyat tersebut, lalu kita juga akan menerima penolakan rakyat didalam PRU 13 nanti. Sama-samalah kita lakukan perubahan demi untuk kebaikan semua rakyat. Ingat bahawa kita akan mati dan kita akan hidup semula lepas mati untuk dipersoalkan apa yang kita telah lakukan semasa kita hidup ini.
Segala isu yang dimainkan oleh mana-mana parti didalam menghadapi pilihanraya, memang tidak dinafikan akan sedikit sebanyak memberi sumbangan kearah kemenanangan, tetapi ianya untuk sementara, tetapi khidmat atau service yang menusuki hati dan sanubari rakyat itulah yang lebih memberi kesan jangka panjang. Oleh itu ana harap selepas analisa dibuat, maka segala kerja yang menyebabkan punca rakyat menolak BN harus tidak lagi dipraktikkan oleh Pakatan supaya nanti PRU memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mendapat kepercayaan daripada rakyat.
-peyalahgunaan media untuk siran langsung kempen politik
-pengharaman media untuk parti politik menyebarkan pemikiran mereka
-penafian hak rakyat untuk mendapat hak mereka saperti termaktub dalam perlembagaan
-diskriminasi oleh pemimpin peringkat kampong /taman atas alasan politik
-ugutan dan tekanan yang bakal dikenakan jika tidak menyokong politik tertentu
-berita fitnah dan palsu melampaui batas susila Melayu dan ketimuran
-ketidak adilan dalam menyebarkan misi parti masing-masing , dalam pemberian permit dan tajuk-tajuk ceramah tertentu.
-penggunaan badan penguatkuasa yang tidak sama rata, saperti berlawan dengan tangan terikat.
-rasuah didalam mendapat undi, padahal kita berusaha hendak menghapuskan rasuah.
-badan penguatkuasa yang menjalankan tugas saperti mendapat arahan atau tegahan daripada pihak penguasa, apabila kena Pakatan, cepat-cepat ambil tindakan, bila kena pihak penguasa tunggu dan lihat baru nak bertindak.
-penggunaan agensi kerajaan secara berleluasa sehingga menyebabkan kakitangan menjadi serba salah, untuk laksana atau tidak. Kalau laksana salah peraturan, kalau tak laksana, kena tindakan pihak atasan.
Harapan agar Pakatan tidak membuat keilapan sapaerti yang pernah dibuat BN sehingga ditolak rakyat didalam PRU 12 dan PRK 4 kerusi yang lalu.
Berusahlah untuk memperbaiki suasana negara kita agar rakyat faham apa itu sokongan dan hak bukan sokongan kita akan membawa kepada penginayaan dan ketidakadilan sesama rakyat didalam negara ini.
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment