Beberapa perkara baru yang dirancang nampaknya akan memberi impak besar kepada rakyat dalam negara khusus kaum Melayu bumi selepas PM baru mengambil teraju pemerintahan negara beberapa bulan lepas. Pastinya orang luar negara bersorak gembira terutama dalam proses rundingan FTA dengan USA masih berlangsung sekarang ini.
1.Liberalisasi 27 subsektor terutama bidang perkhidmatan kepada 'open market'. Ini pasti dan sahih akan menyebabkan kadar kompetesi yang hebat elbih-lebih lagi jika sektor perkhidmatan saperti perbankan, perundangan, kesihatan dan pengangkutan dilibatkan.
2. Penghapusan kouta 30 % IPO untuk agihan saham. Alasan kerana ia tidak menepati matlamat walau 30 tahun lebih dilaksanakan. Ramai yang dapat telah menjual saham tersebut kepada orang lain. Daripada 50 billion, yang leakt hanya 2 billion. Masalahnya siapa semuanya yang jual itu, masalahnya siapa yang dapat blue chip itu. Siapa yang masih kekal dengan 2 billion itu. Bumiputera atau UMNO putera.?
3. Penubuhan biasiswa nasional, kita tidak bantah kalau yang cerdik dan pandai dapat, kalau yang miskin dan tak berduit dapat, bahkan kita syorkan semua yang menjadi pelajar dapat , kera kalau pembaziran tidak dilakukan, kalau ketirisan tidak terus terjadi dan siapa yang dapat hasil yang tiris itu kalau bukan golongan tertentu, dan yang tak boleh belajar kerana tidak berduit adalah rakyat miskin dikampong-kampong.
4. Penghapusan kementerian MECD yang didalamnya ada MARA , Bank Rakyat , TEKUN, dan berbagai agensi yang selama ini menjadi pergantungan rakyat dikampong untuk mendapat sedikit habuan berniaga walaupun terpaksa mengisi borang menjadi UMNOputra, kalau tidak segala projek terbengkalau akibat ketiadaan fulus untuk terus berjalan. Bahkan kalau AIM dan TEKUN pun mesti memasukkan no keahlian UMNOputra, bagaimanakan selepas ini hendak terus menjadikan peratusan kemiskinan tegar terus menurun dan sifar. Kalau dilihat dalam e kasih dan program cari-cari pun mesti ada diskriminasi politik, maka apakah diharap sangat dengat bank dan institusi kewangan yang lain lagi.
Ramai merasakan inilah antara perkara yang perlu dan harus dipandang serius oleh ramai rakyat kerana apa yang dibuat oleh anak sekarang ini menyanggah apa yang dilakarkan oleh siayah lebih 30 tahun lalu untuk menjadikan lebih ramai melayuputra menjadi kaum yang terbela dan kedepan dalam tanah air sendiri, tanpa mengabaikan yang lain-lain dan tidak melanggari perlembagaan negara yang kita junjung dan cintai ini dimana kita dilahirkan dan dibesarkan dan mungkin akan mati disini.
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment