Aduhai sahabatku di UiTM dan Prof Ibrahim, apa reaksi anda terhadap kenyataan PM kita ini dan renung juga apa yang telah anda lakukan bila TS Khalid menyatakan kouta pelajar bukan bumi perlu ditambah di UiTM sedikit masa dulu.
Menjelaskan mengenai keperluan melaksanakan pendekatan baru itu, Perdana Menteri berkata, ketika FIC dibentuk pada 1974, ia adalah komponen utama strategi pertumbuhan dengan ekuiti, namun ia kini bukan lagi instrumen berkesan bagi tujuan berkenaan.
"Pada 1970-an, ekuiti Bumiputera adalah hanya 2.4 peratus. Berdasarkan jumlah kecil itu, maka adalah sesuai melaksanakan dasar sedemikian bagi menangani ketidakseimbangan. Ketika itu juga, adalah praktikal dilaksanakan susulan kekurangan persaingan bagi mendapatkan pelaburan.
"Bagaimanapun, kini dasar pelaburan itu telah mewujudkan ketidaktentuan dalam pembentukan peraturan dan tidak sejajar dengan amalan antarabangsa, justeru menjejaskan potensi pertumbuhan," katanya.
Najib juga menegaskan, FIC sebagai instrumen penyusunan semula dilihat kurang berkesan kerana peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah sejak 1990 hingga 2006 dengan masing-masing pada kadar 19.3 peratus dan 19.4 peratus.
Daripada RM54 bilion ekuiti yang diagihkan kepada Bumiputera di bawah FIC pula, hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera.
Perdana Menteri turut menegaskan walaupun berlaku perubahan dasar pelaburan, ia tidak bererti matlamat pertumbuhan dengan pengagihan dan sasaran 30 peratus pegangan Bumiputera berakhir.
"Yang berbeza adalah kita anggap ini sebagai sasaran makro bukan sasaran mikro. Kita masih komited untuk mencapai kewujudan negara yang mencerminkan keadilan sosial," katanya.
Selain kelonggaran dalam FIC, Perdana Menteri turut mengumumkan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70 peratus daripada 49 peratus ketika ini.
Pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus.
Itulah antara ulasan terhadap yang diputuskan oleh PM kita sorang ini.
Apa yang ayahanda beliau buat dulu kini akanda beliau telah hapuskan.
Ana nak tanya Prof Ibrahim Abu Shah di UiTM mungkin akan buat demo dengan student dia semua disekitar UiTM sama saperti apa yang dia buat kepada pandangan TS Khalid MB Selangor tentang penambahan peratus pelajar bukan bumi di UiTM supaya prestasi pelajar lebih kompetatif lagi.
Dalam suasana kita tidak dapat mencapai target 30 % saperti yang ditetapkan semasa DEB mula diperkenalkan itu , kita cuma hanya dapat mencapai 19.4 % sahaja , maka kini satu hasrat itu terpaksa dihapuskan atas alasan untuk menarik balik pengundi bukan Melayu kembali menyokong BN.
Begitu juga bila syarat yang dikenakan dalam kelulusan oleh FIC kini sudah dimansuhkan untuk modal kurang dari 20 juta dan kena melalui FIC pada modal melebihi 20 juta.
Ana merasa anih sekali apakah sebenarnya hasrat kerajaan pimpinan BN ni, kalau dilihat kepada modal dan ditinjau kepada jumlah modal yang dilaburkan , lebih banyak kaum bumi yang melabur dalam lingkungan kurang 20 juta ini sekarang . Kalau dibuka seluas-luasnya macam apa yang berlaku sekarang, rasanya apakah tahap viability atau kehidupan projek bumi nanti. Dahlah modal mereka kecil, orang lain pula diberi peluang untuk merebut sama didalam kek yang kecil ini.
Kata UMNO nak bela orang Melayu, kaum bumi, tetapi bila PM menyatakan sesuatu yang bertujuan menaikkan tahap ekonomi Melayu bumi ini, tetapi setakat ini belum nampak ada yang membantah, bahkan senyap dan menyokong, tetapi bila dari pihak pembangkang menyuruh mengkaji semula DEB maka seluruh negara bangun membantah.
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment