Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, June 28, 2009

Dapat rezeki halal apa salahnya !!!

Apa pun pekerjaan yang kita buat untuk mendapat rezeki yang halal, apa salahnya? Apakah berniaga ikan itu satu pekerjaan yang tidak baik untuk dilakukan sehingga TPM sanggup menghina penjual ikan apabila beliau diumumkan sebagai calon di PRK Manik Urai nanti.

Beliau telah dilaporkan berkata:
“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.“
Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut
Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan oleh parti berkenaan kelmarin.

Amat malang sekali kita mempunyai seorang TPM yang sanggup menghina sesama orang lain hanya kerana beliau mencari rezeki yang halal.
Tetapi apakah komen TPM kepada mereka yang menggadai tanah rakyat kepada satu dua taukeh Cina di Genting Highland dan Bukit Tinggi dan yang mendapat rezeki dengan mengkedarah duit rasuah sehingga buncit perut mereka dan sampai botak kepala mereka.
Apakah kerja berniaga ikan itu cukup hina sehingga beliau sanggup menghina EN Fauzi begitu sekali, Apakah Tuan Aziz

yang menjadi pengurus KESEDAR itu tidak mempunyai apa-apa cacat cela didalam pentadbiran beliau.
Kita ada maklumat terhadap syarikat beliau dan harap biarlah pihak SPRM siasat sebelum beliau dijadikan calon wakil rakyat.
Nabi Muhammad saw merupakan seorang yang paling mulia diatas muka bumi ini, baginda tidak tahu menulis dan membaca tetapi dimuliakan oleh Allah taala, baginda adalah seorang gembala kambing dan peniaga yang mencari rezeki yang halal , bahkan dalam sebuah hadis baginda menyatakan 'sembilan dari sepuluh punca rezeki adalah ada dalam bidang perniagaan'.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.