Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, August 31, 2009

Golongan muda sudah jelak dengan UMNO.
Semalam, sebelum majlis berbuka puasa , satu majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diadakan dirumah Ketua Cawangan PAS Kampong Lincan, En Abdul Rahman Ismail .Apa yang menggembirakan kami adalah kesemua mereka terdiri daripada golongan muda dan mereka ini ternyata sudah jelak dengan UMNO dan ingin mendampingi PAS dan ingin memberikan sokongan padu kepada PAS untuk terus mencapai kejayaan dimasa depan dalam politik di Kedah dan Malaysia.
Majlis semalam didahului dengan ucapan ana yang menyentuh mengenai trend didalam negara sekarang yang mana UMNO dan BN sudah menjadi semakin terpinggir . Keadaan ini semakin jelas kelihatan didalam PRK Permatang Pasir baru-baru ini dimana didalam 9 UPU dengan 39 saluran , PAS memenangi 36 saluran dan UMNO hanya memenangi 3 saluran sahaja. Apa yang cukup menggembirakan juga adalah saluran yang UMNO menang itu adalah saluran satu , dimana golongan veteran / tua yang sanggup berpaut pada UMNO sekarang ini. Bagi UPU yang mempunyai pengundi Kaum Cina yang ramai juga , saluran tersebut dimenangi oleh PAS.
Masyarakat terutama kaum muda jelas menolak UMNO /BN sekarang ini kerana mereka telah melihat betapa 52 tahun negara merdeka , tetapi suasana masyarakat masih ada lagi yang berkeadaan sebelum merdeka tetapi pemimpin UMNO /BN senang mewah hidup dalam istana hasil dari berbagai bentuk penyelewengan yang dilakukan terhadap dana negara dan hak rakyat. Cuma yang masih teguh bersama mereka adalah pihak yang kurang melihat perkembangan semasa melalui media alternatif saperti internet dan akhbar alternatif.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh En Rahmat bin Mat Isa kepada ana sambil diperhatikan oleh Tuan Hj Sobri Awang Setiausaha PAS Kawasan dan Ketua cawangan En Abdul Rahman Ismail.

Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah juga diadakan disitu.Slepas itu kami terus menuju ke Surau Kampong Chelong untuk solat tarawikh.


Moga mereka terus istiqamah dengan PAS dan menjadi penggerak menggantikan golongan tua disitu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.