Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, November 2, 2009

Jangan halang berapa subjek mereka nak ambil.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman: Terima kasih Yang Berhormat Ledang, Tuan Yang
di-Pertua, saya amat tertarik apabila Yang Berhormat Ledang menyebut tentang sepuluh subjek
sahaja yang dihadkan untuk SPM, saya dapati mereka yang berada di Tingkatan Empat,
Tingkatan Lima sekarang ini di sekolah sains agama, saya tengok anak saya yang belajar
sekarang, 23 subjek. Ada 23 subjek dan alhamdulillah dia boleh mendapat 9A dalam PMR dan
insya-Allah dalam SPM pun, saya rasa mungkin kalau sekiranya dibenarkan untuk mengambil
lebih banyak subjek-subjek ini, insya-Allah mereka akan mampu untuk mengambil. Akan tetapi
saya rasa bukan setakat 12, berilah mereka peluang untuk mengambil seberapa banyak subjek
yang mampu diambil oleh pelajar tetapi bukan semua pelajar-pelajar, pilih pelajar yang tertentu.
Apa pandangan Yang Berhormat Ledang?



Ir. Haji Hamim bin Samuri: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sebut tadi, ini adalah
perkara-perkara pokok yang memerlukan pertimbangan yang serius kerana ada keperluan di situ.
Sekurang-kurangnya kita tidak rigid kepada subjek yang perlu diambil oleh pelajar SPM kepada
sepuluh, mesti ada fleksibiliti bagi kes-kes tertentu sekurang-kurangnya ataupun kita longgarkan
sedikit kepada 12, mudah semua lepas. Kalau 12 semua lepas tetapi kalau sepuluh ini ada yang
lepas ada yang hendak timbang dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua. Saya suka pandangan
daripada sahabat saya daripada Pendang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.