Dalam perbahasan semalam ana ada bawa masalah yang baru berlaku dikawasan sana berhubung program SUBUR ( subsidi beras untuk rakyat) yang akan dilancar oleh PM di Sungai Besar kononnya nak bantu rakyat miskin dan miskin tegar diseluruh negara. Macam kita selalu dengarlah, atas kertas memang manis , bergula dan penuh semut tapi bila sampai nak laksanakan, baru semalam depa telefon JKKKP tak mau sain borang, dikhabarkan kepada yang miskin tegar ni hanya untuk orang UMNO saja. Sebab tu ana dalam hal ni sokong apa yang YB Ibrahim Ali kata, kalau SUBUR ni tak dibuat dengan teliti dan telus, tunggu dan lihat masa saja akan menentukan perpecahan yang akan berlaku bahkan lebih parah lagi diperingkat kampong sana. Puncanya adalah JKKKP yang mengkhianati amanah rakyat ni lah. Kalau hanya depa yang diiktiraf sain borang dan tak mau sain, kata pula hanya untuk orang UMNO saja, tunggulah mungkin ada yang lebam dahi nanti.
Ana memang sangsi dengan apa yang berlaku nanti dan dah pun nampak akan berlaku sekarang ni, akan berlaku diskriminasi dan pilih kasih kalau inilah bentuk pembahagian yang dilakukan. Masalahnya adalah kenapa selama ini jabatan kebajikan yang dok pilih orang miskin dan bagi bantuan tak mahu digunakan data itu, nak harap pada JKKKP yang dah diketahui UMNO hangit dan bias ini buat kerja pasal apa.? Apakah tugas yang dibuat pegawai kebajikan selama ini adalah tak boleh dipercayai ? Apakah selama ini bantuan yang diberi itu tak kena pada sasaran, adakah mereka yang dipilih oleh JKKP ini yang lebih adil, tanyalah orang kampong dalam hal ini. Kadang-kadang bila kita tinjau diperingkat bawah sana, segala yang ada motosikal penuh rumah, yang ada kereta, yang agak mewah hidup oleh kerana mereka ini dekat dengan JKKP, maka akan dapat tetapi yang betul-betul miskin dan miskin tegar, tak dapat pasal tak jadi ahli UMNO atau tak baik dengan JKKP.
Apa yang dimushkilkan adalah kenapa ini berlaku padahal duit untuk program SUBUR itu adalah dari kementerian pertanian yang diambil daripada duit yang disatukan dari kantung kerajaan dan sedang dibahaskan dalam parlimen untuk diluluskan oleh semua wakil rakyat, bukan hanya oleh wakil rakyat UMNO atau BN dan pembangkang sahaja.
Diharap Menteri dapat lihat hal ini dan perbetulkan diperingkat bawah sana supaya perpecahan lebih teruk tidak berlaku lagi dengan sebab program SUBUR ini.
Biarlah agensi kerajaan yang buat kerja dah elok dah JKM buat kerja, MADA buat Kerja, LPP buat kerja dan Agro bank buat kerja .
Tapi satu lagi kekangan, yang jadi penegerusi majlis pembangunan pertanian parlimen ini pula yang memilih senarai hasil dikumpulkan ini , adalah wakil rakyat parlimen BN sahaja, yang bukan BN tak boleh jadi, bagi kawasan pembangkang ada orang yang lain akan jadi pengerusi, ana harap jangan yang jadi pengerusi tu ketua UMNO kawasan sudahla, biarlah Pegawai kerajaan diperingkat daerah.
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment