Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, November 7, 2009

Ucapan bajet ana, hanya dalam lingkungan masa 8 minit

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, ini bagus.
Yang Berhormat Pendang, sila.
5.08 ptg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Dalam masa lapan minit ini saya hendak membicarakan empat topik utama.
Yang pertama tentang Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen. Malam ini rasanya ada
satu pelancaran di Sungai Besar yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya rasa ini merupakan satu kemungkinan akan menimbulkan satu masalah kerana baru pagi ini saya mendapat panggilan telefon daripada orang di kawasan, orang miskin tegar mengatakan bahawasanya untuk mengisi borang, mereka terpaksa mendapat cap JKKP dan JKKP ini tidak mahu mengecop di atas borang tersebut kerana mungkin... Saya tidak tahu.
Orang PAS atau orang UMNO ini. Mungkin orang PAS. Ia tidak mahu cop tetapi apa yang
diberitahu oleh Menteri semalam dalam wawancara dengan TV3 di Malaysia Hari Ini mengatakan semua rakyat miskin tegar boleh mendapat bantuan tersebut.
Jadi saya rasa merupakan satu diskriminasi kepada rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan orang miskin. Yang keduanya tentang Klinik 1Malaysia. Saya rasa ini merupakan satu langkah yang baik untuk menubuhkan klinik di bandar-bandar sebagai menggantikan klinik di desa-desa. Yang ada di desa-desa akan diwujudkan di bandar-bandar. Cuma saya rasa ini bukan merupakan satu awlawiyat ataupun satu priority untuk diadakan. Walaupun hanya 50 buah klinik pada permulaan dengan perbelanjaan RM50 juta, kemungkinan ia mungkin digunakan RM20,000 untuk satu bulan.
Saya bertanya kepada rakan-rakan pegawai pembantu
perubatan dalam hal ini, mereka mengatakan hendak tunggu dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam di bandar-bandar besar yang mempunyai kemudahan farmasi dan juga klinik yang banyak mungkin tidak berbaloi dengan apa yang hendak dikemukakan oleh kerajaan.

Kerana kalau kita lihat daripada ucapan wakil daripada Lubok Antu malam tadi,
mewujudkan klinik-klinik di luar bandar adalah lebih priority ataupun lebih ‘awlawiyat’
dibandingkan dengan mengadakan klinik di dalam pekan, di dalam bandar yang mempunyai kemudahan.

Klinik ini hanya akan memberikan rawatan demam, batuk, selesema, saya sebut
bukan Klinik 1Malaysia, klinik panadol dan klinik breacol. Kerana untuk memberikan rawatan yang lain, memang ubat dalam kategori A, pembantu pegawai perubatan ini tidak layak untuk memberikannya. Ianya hanya layak diberikan oleh pengamal perubatan ataupun doktor sahaja.
Jadi kalau setakat panadol, breacol, ubat selesema dan seangkatan dengannya, boleh dibeli difarmasi.

Yang ketiga ialah tentang ura-ura Kementerian Kesihatan untuk mengadakan imunisasi
untuk HPV, Human Papillomavirus Vaccine kepada gadis-gadis berusia 12 tahun ke atas. Ini merupakan satu langkah yang baik kerana vaksin ini dapat menghalang daripada kanser serviks yang mungkin akan mengenai mereka dan dikatakan 70% dapat menghalang daripada kanser serviks, dan 90% dapat menghalang daripada genital warts ataupun ketuat di alat sulit wanita. Ini
merupakan satu langkah yang baik.

Cuma saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah Cevarics ataupun vaksin yang
dipilih ini akan digunakan ataupun jenis yang lain, kerana Cevaric ini merupakan satu vaksin yang belum lagi diluluskan di Amerika, US FDA tidak meluluskan sevariks ini, mereka masih lagi mengkaji dan kemungkinan akhir tahun ini baru dapat keputusan. Itu pun kita belum tahu sama ada diluluskan atau tidak, kerana kerajaan telah berura-ura menghabiskan RM150 juta untuk memberikan vaksin ini.

Harganya untuk tiga kos, daripada 0 bulan, 2 bulan sampai 6 bulan,
berharga kalau ikut UK 350 pound untuk tiga dos. Harganya cukup mahal dan antara kesan sampingan yang agak serius melibatkan penerima vaksin ini adalah autism, dyslexia dan juga hyper active. Ini merupakan kesan-kesan yang agak sukar untuk kita terima kalau ianya wujud dalam masyarakat. Maknanya kerajaan perlu memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini.
Adakah kerajaan sudah menetapkan bahawa vaksin sevariks ini akan digunakan untuk
gadis-gadis kita untuk menghalang daripada HPV ataupun Human Papillomavirus Vaccine ini.

Yang keempat, yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua adalah berhubung dengan
kenderaan berusia 15 tahun. Alhamdulillah Timbalan Menteri pun ada, dia sendiri pergi ke Kedah baru-baru ini mengatakan kita terpaksa melakukan itu, maknanya pemeriksaan untuk menjadikan kenderaan itu tiptop untuk masuk ke jalan raya. Saya rasa ini merupakan satu bebanan kepada rakyat, tetapi apabila saya semak daripada internet hari ini mengatakan ia ditangguhkan dahulu.

Alhamdulillah masyarakat mungkin merasa lega kerana ini merupakan satu bebanan
kepada rakyat apabila kenderaan masuk ke PUSPAKOM, mereka terpaksa menghadapi banyak masalah, selepas itu hendak mendapatkan kelulusan, hendak menunggu, hendak repair kenderaan supaya ianya mendapat surat daripada PUSPAKOM. Kalau dapat surat barulah boleh renew road tax.

Pada tahun lepas, Perdana Menteri mengatakan kita menghapuskan road tax motosikal,
tetapi apabila dihapuskan road tax motosikal, motosikal yang melebihi 10 tahun, insurans tidak mahu terima, terpaksa membeli insurans dengan dua kali ganda. Jadi maknanya apa yang dibuat oleh Perdana Menteri yang lepas mungkin tidak disedari oleh Perdana Menteri yang ada pada hari ini. Saya harap, Tuan Yang di-Pertua sudah habis ke, belum? [Ketawa]

Jadi saya berharap Timbalan Menteri dapat memahami hasrat orang kampung, balik ke
Jerlun insya-Allah boleh beritahu mereka, bahawasanya terpaksa ditangguhkan dahulu perkara ini. Saya pun amat bersetuju kepada pengumuman yang dibuat dalam dasar NAP ini supaya ianya ditangguhkan dahulu, hendak memeriksa kenderaan setiap kali hendak mendapatkan new road tax ataupun road tax baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih
Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching. Orang lama pandai cakap, ringkas tetapi banyak cerita.

"http://www.youtube.com/v/TtaJ0BXwpVs&hl=en&fs=1&">
Ana xuma nak komen sikit pasal perkara NAP , kenderaan kena periksa PUSPAKOM ni, pasal tahun lepas Menteri kata kerajaan telah sambung kontrak kepada PUSPAKOM selama 15 tahun kerana mereka ada kemudahan pemeriksaan dan telah labur banyak dalam menyediakan kemudahan itu, maka bila dah macam tu, ana rasa kena beri habuan kepada mereka dan habuan itu adalah suruh rakyat buat pemeriksaan bagi kenderaan berusia lebih 15 tahun, jadi dengan senang wang akan masuk kantung depa nanti, bayangkan kalau 2.7 juta kenderaan dan satu kenderaan masuk 30 atau 50 ringgit, bagi yang nak cepat macam selalu kita dengar dalam Malaysia ni, ada pelincir, cepat, tak ada pelincir, lambat, maka berleluasalah rasuah nanti.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.