Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, February 16, 2010

Gong Xi Fa Cai



Ana nak ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kawan-kawan Cina yang menyambut Tahun Baru Cina pada tahun harimau ni dan diharap mereka akan membuka mata dan berhati-hati dengan apa yang sedang berlaku didalam negara Malaysia sekarang ini yang semua merasa sudah kurang selesa dengan berbagai masalah yang dirancang oleh pihak desperado untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sudah dipinggirkan oleh golongan tertentu.
Kalau sebelum ini ada yang marah kepada Hindraf kerana menyatakan kaum India di'merginalize'kan, kini wujud pula golongan yang sama di Pulau Pinang menyatakan Melayu dinegeri Pulau Mutiara itu pula yang terkena bahadi tersebut sehingga membuat perhimpunan dan demo diketuai oleh manusia yang tak dapat diterima oleh semua parti politik sekarang ini lari dari pantai timur kepantai barat pula, konon bangsa beliau telah terjajah baru 2 tahun ini.

Amat malang persepsi ini digambarkan kepada rakyat ramai bahawa kita sudah di 'marginalize' 2 tahun sejak Pakatan perintah Pulau Pinang, tetapi apakah kita tidak sedar dimana aset dan hak yang telah berlaku sejak 50 tahun Perikatan dan BN perintah Pulau Pinang ?. Dimana mereka yang dulu berada di Tanjong Bunga, dimana mereka yang dulu berada di Bayan Lepas dan banyak lagi tempat yang jenuh kita sebut suatu ketika dulu yang kini tinggal kenangan setelah 50 tahun mereka terajui. Biarlah rakyat sendiri buat kesimpulan.
Ana baru balik dari Kelantan , apa yang menarik bila lihat poster Ceramah pasal royalti minyak di Kelantan yang bakal diadakan di Perkarangan Bangunan UMNO Kelantan di Kota Bharu yang khabarnya akan dilelong oleh seorang ahli UMNO kerana apa pun tak berminat ana selidiki. Antara penceramah didalam set blok UMNO tersebut adalah MP Pasir Mas , nama yang sedang meningkat naik sekarang ini didalam PERKASA yang berganding bahu dengan Dato' Mustafa Mohamah, ana ucap tahniah kepada Dato' kerana sudah boleh masuk blok dan kem tersewbut, moga lepas ni dapatlah restu untuk jadi ahli semula setelah dipecat seumur hidup, kot-kot ada orang teringin nak ambil.
Bercakap pasal Tahun Baru Cina yang ana hadiri di Pendang tu, ianya diadakan bertujuan untuk mengutip sumbangan untuk bomba sukarela Pendang yang sekarang ini kekurangan dana untuk terus menjalankan operasi mereka terutama menjelang musim kemarau sekarang ini. Pernah ana menyuarakan hal ini kepada Menteri kerajaan tempatan , apa yang diberikan hanyalah sedikit bantuan berupa peralatan yang kini sudah tidak boleh digunakan lagi, dah rosak. Entah barang yang macam kapal selam scopene dapat la kot, baru setahun dak tak boleh menyelam. Kita pohon balai bomba di Pendang, depa kata RM ke sepuluh baru nak buat, begitu juga dengan balai polis IPD Pendang dan Hospital Pendang. Tapi bila sampai ke Cukai, belum cerah lagi nak sapu daripada rakyat, sale and service tax la, GST la dan berbagai lagi depa nak kaut.
Harap Menteri dapatlah semak senarai yang diberikan , jangan jadi macam Menteri Dalam Negeri dari Kota Tinggi hari tu, berjanji bila melawat tapak IPD Pendang kata nak mula buat IPD Pendang pada 2009, dah lepas 2 bulan habuk pun tarak lagi. Sampai penuh dengan ular sawa dan musang membiak. Dah beberapa kali ana bising pasal hal ini, bersama wakil dari Jerai dulu, tapi no responce.


Moga tahun harimau ni dapat menjadikan mereka lebih garang dan membuat lebih banyak porubahan didalam negeri yang lain selain 5 negeri yang telah dibuat didalam PRU 12 lalu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.