Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, February 18, 2010

Hanya ini yang mampu, apa boleh buat!!

Tahniah ana ucapkan kepada pelajar Mohd Faridzuan bin Yaacob dari Kampong Paya Mengkuang yang belajar di Sekolah Model Khas Jenun yang telah mendapat 7A dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Walaupun seorang remaja kampong yang belajar disekolah yang tidak berprestij mengikut kadar KPM , tetapi dengan berkat usaha dan ransangan guru serta ibu bapa, maka beliau telah mendapat kejayaan yang membanggakan. Beliau sekarang ini ketika ana temui masih lagi bersekolah disekolah yang sama dan berharap untuk mendapat tawaran kesekolah berasrama penuh atau kesekolah lain untuk menambahkan lagi ransangan kepada beliau untuk menghadapi SPM 2 tahun lagi.
Bapa beliau hanyalah seorang penoreh getah dan ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Dalam kekangan hidup yang serba sederhana itu, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan cemerlang dan hasilnya kita ucapkan tahniah atas kadar yang beliau capai tersebut.
Didalam kunjungan saya tersebut, saya memberi ransangan untuk beliau terus berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dimasa yang akan datang dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi diatas kejayaan tersebut.

Satu lagi kunjungan adalah kepada pemuda di Kampong RTP Paya Mat Inson untuk menyampaikan sumbangan papan karom dan bolasepak untuk mereka gunakan sebagai memenuhi masa lapang dan menasihatkan mereka agar tidak melibatkan diri dengan mat rempit atau aktiviti yang memudaratkan saperti hidu gam atau dadah. Moga sedikit sumbangan ini akan dapat dimanfaatkan oleh mereka semua dipetang dan malam hari dikampong tersebut..

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.