Memang agak menarik bila melihat manusia yang menyatakan demo bukan budaya kita dan mengumpamakan berdemo dijalanan itu macam monyet. Tiba-tiba buat kesekian kalinya kini beliau sudah termasuk dalam golongan ‘monyet’ tersebut bersama dengan provokator terkenal Negara yang memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Manusia yang sentiasa mencari peluang untuk menjadi glamour tetapi masih lagi belum dapat menjamin masa depan yang stabil bagi dirinya. Sedang mencari tapak tetapi tidak ada sesiapa yang sudi melamar beliau. Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Pantang ada ruang nak tertonjol muka dalam akhbar, maka beliaulah orangnya yang akan menonjolkan diri, konon membela bangsa dan agama.
Sebab itulah apabila ada saja isu yang konon boleh melonjakkan diri keatas , maka beliau akan pasti ada disana. Cuma ana belum lihat lagi apakah lepas ini beliau juga akan berdemo bila sebut pasal Kelantan tidak mahu mengadakan sambutan perarakan Maulidurrasul saw yang disebut oleh Mufti Perak sebagai tidak ada pun dalam sejaran Islam dan tak menjadi kesalahan pun kalau ditiadakan.
Nak hari ini 3 negeri, Pahang, Johor dan Perlis tidak mahu mengadakan perarakan sambutan saperti yang selalu diadakan diperingkat nasional, apa kata TS Muhyiddin , Pak Lah dan sekor lagi manusia tuh. Malas nak sebut.,rasa loya dan geli. Alasan mereka tidak ada mufti yang kata wajib kena adakan perarakan. Awatlah hampa tak tanya Mufti Perak rasa, kan dia dah kata tak ada pun dalam nas kata kena buat perarakan, tapi dah jadi tradisi, kena buat lah. Ala macam bersanding, walaupun tak ada dalam kitab, tapi nas Melayu kata ada maka kahwin kena bersanding, sebab tu dulu kita lihat ramai anak mufti pun bila kahwin bersanding, tapi tak semua la.
Mohon komen daripada PS Muhyiddin Yassin tentang Johor yang tak nak berarak sambutan mauled nabi ni, kan hari tu bila surat khabar fitnah LGE, bukan main melatah lagi dia. Buat apa la berarak kalau bercampur baur tak kira lelaki perempuan, pakai baju belah sana belah sini, jarang marang dan tudung pun hanya ala kadar tidak saperti yang nabi suruh. Lepas tu selawat dan pusing sana pusing sini, habis cerita. Kan lebih baik kalau nak buat berhimpun dan adakan tazkirah pasal sirah perjuangan nabi, bagaimana baginda menyebarkan dakwah dan kesabaran baginda menghadapi mehnah dan fitnah kaum Quraish Mekah yang terdiri dari bapa saudara baginda, lepas tu arahan berpindah untuk melaksanakan perintah Allah dibumi Madinah . Lepas tu selawatlah banyak-banyak kerana selawat ini ada nas dan dituntut. Berarak tidak ada pun dituntut. Ana sekali lagi mencabar TS Muhyiddin supaya mengeluarkan komen kepada Johor, Pahang dan Perlis pasal perarakan ini dan berikan hujjah dan nas. Begitu juga dengan Pak Lah, pengerusi IKIM yang nampaknya sudah mula bersuara sekarang ini setelah terjaga kot.
Pernah berlaku didalam sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW bahawa manusia yang paling gembira menyambut kelahiran baginda adalah Abu Jahal dan Abu Lahab, bapa saudara baginda sehingga mensedekahkan 100 ekor unta sebgai tanda gembiranya mereka tetapi ternyata merekalah orang yang paling kuat menentang dakwah baginda hatta sampai keperingkat untuk dibunuh dan terpaksa baginda berhijrah ke Madinah untuk mencari tapak baru didalam melaksanakan kerja dakwah dan syariaat Islam.
Ana tidak merasa pelik kalau LGE seorang Cina yang bukan Islam tidak melaksanakan sambutan Maulidurrasul saw , tetapi beliau membuat juga sambutan tersebut atas sensitive beliau dengan masyarakat Islam di Pulau Pinang, tetapi saperti apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Aziz memang diakui bahawa tiada ada apa fadhilat didalam Islam untuk menyambut maulidurrasul dengan perarakan atau apa-apa sambutan berbanding dengan bulan Ramadhan yang diberikan berbagai fadilat dari awal sehingga akhir bulan Ramadhan. Memang ada yang menyatakan kalau terlampau sangat aksi kita, ini akan menimbulakan bidaah dholalah yang sudah pasti akan mengundang dosa pula.
Rasanya mungkin mufti Perak dapat bersetuju dengan hujjah ini dan lepas ini kalau ada negeri yang diterajui oleh Pakatan atau BN tak mengadakan perarakan janganlah sesiapa pertikaikan lagi. Kita nanti akan lebihkan amalan di bulan Ramadhan yang penuh dengan fadhilat yang dituntut pula untuk kita laksanakan.
Kembali kepada isu demo depan kedutaan Australia tadi, rasanya mereka lebih sensitive dengan suasana yang berlaku didalam Negara kita, macam sensitifnya kita dengan apa yang berlaku di Palestin . Mereka sudah melihat apa yang terjadi pada tahun 1998 dan kini ulang tayang oleh mereka yang sama berada ditampuk kekuasaan yang dulu juga , cuma kali ini berada ditahap yang lebih tinggi lagi.
Bukan Australia, bahkan Amerika dan lain Negara juga memberikan respon terhadap isu ini dan jelas apa yang dikhautiri adalah cerita yang tidak masuk dek akal yang waras terus-terusan dijana sehingga dunia melihat bahawa Malaysia ini tidak ada benda lain yang nak dibicarakan , bahkan ini sudah tentu akan memalukan Negara kita dan juga mereka yang bersahabat dengan kita.
Kalau dulu tarikh diubah sampai tiga kali dek kerana Trivoli Villa masih belum siap dan tilam masih belum dibeli, kali ini apa pula yang akan dibuat oleh mereka yang sepatutnya takut kepada azab Allah bukannya kepada arahan dari mana-mana pihak. Apakah tidak timbul keraguan bilamana 3 doktor pakar dan 1 doktor swasta yang periksa menyatakan tidak ada kesan penetrasi tetapi ada pihak kata ada kesan semen didalam rectum Saiful , bagaimana ia masuk dan siapa yang memasukkan dan dari mana semen itu datang. Tak taulah ana kalau ini bukan merupakan ‘reasonable doubt’. Mungkin Dr dari langit kut yang boleh meyakinkan rakyat bahawa ini boleh terjadi.
Ana Cuma nak peringatkan kita sebagai hamba Allah ini akan mati dan akan berhadapan dengan Allah hakim yang maha adil dan didalam hadis nabi ada mnyebut 3 hakim, dua keneraka dan satu kesyurga, siapakah agaknya yang akan dibakar hingga hancur renting dan dijadikan semula dan dibakar semula dan dijadikan semula dan dibakar semula itu dan siapakah yang akan kesyurga?? Hanya iman yang akan menentukan semua balasan tersebut, itupun kalau masih ada iman didalam dada. Arahan siapa diikut, arahan manusia atau arahan Allah?.
Sepatutnya geng ini perlu mendesak agar laksanakan apa yang Allah taala suruh iaitu bawa bukti kalau nak tuduh sesiapapun dengan empat orang saksi yang melihat perbuatan terkutuk tersebut dan kalau tidak bawalah undang-undang khazaf keatas mereka yang menuduh tanpa ada saksi . Seandainya ini tidak berlaku, maka kita serahkan kepada Allah untuk mengenakan azab api Neraka yang amat pedih kepada mereka yang melanggar hukum Allah tersebut.
Thursday, February 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment