Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, March 10, 2010

Syabas Yop !

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata beliau telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.

“Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG),” katanya.

Syabas kpd yob sorang ni.
Sebelum ni ana tak berhasrat nak ulas pasal yob sorang ni, tapi bila dia kata nak suruh penyokong dia buat road show di KBB maka tertarik juga ana nak buat komen, nak tengok sapa pemimpin kanan PAS yang turut serta itu. Sebab daripada kawan-kawan di KBB yang cerita apa yang terjadi disebalik penarikan balik petisyen pilihanraya kerusi Parlimen KBB hari tu dan siapa yang terlibat dan apa arahan yang beliau terima daripada pihak lawan sehingga terjadi apa yang telah kita sama-sama saksikan sampai hari ini. Menurut yang empunya cerita, ini semua adalah perancangan yang telah diatur, dan segala susur galur kejadian yang berlaku memang mereka yang ceritakan itu sudah jangkakan.

Sebab itulah apa yang disebut oleh 'penarik beca' Bakaq Haq dalam blog dia tatkala mana Almarhum Ust Fadhil sendiri pun suruh patah balik bila terdengar dalam pertemuan itu ada manusia bernama '.....' ini didalam majlis tersebut.

Kalau dah begitu berlaku, maka yang begini sedang berlaku dan seterusnya kita akan pasti lihat ada yang akan berlaku lagi lepas ini, maka jelas bahawa apa yang ditulis oleh Zul sulong memang ada kebenarannya saperti yang pernah diwar-warkan oleh ahli PAS Bandar Tun razak suatu ketika dulu semasa ana jadi calon PRK Pendang pada 2002 selepas kematian AlMarhum Ust Fadhil Nor.

Apa yang ana nak sahabat di KBB tolong hadir dan ambil gambar semua yang hadir dalam road show beliau ini dan kita nak tengok siapakah yang terlibat dari golongan mana mereka ini PAS, PKR, UMNO atau SB atau NGO .

Cuma satu pesanan yang orang yang masih berhingus ini agar kalau kita lupakan saja sebutan maka akan lenyaplah glamour beliau saperti yang disebut "man ahabba syai in, fa akthara zikrih" sesiapa yang suka kepada sesuatu maka perbanyakkan sebutan kepadanya , kalau tak sebut maknanya tak suka lah tu. Jadi kepada kawan kita yang dok diatas tu, lupakan saja barulah kes ni akan senyap dan sepi, tok sah nak layan sangatlah, hilanglah cerita .

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.