Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, March 9, 2010

Dialog masyarakat


Dialog merupakan satu bentuk intereaksi yang berkesan untuk memahami keluhan masyarakat dan juga menyampaikan maklumat dua hala yang perlu diadakan. Menyedari hakikat ini maka satu perjumpaan dan majlis dialog telah diadakan di Kampong Sungai Jagong pada 8 Mac 2010 selepas waktu Isyak.

Majlis ini dihadiri oleh Ahli EXCO Negeri Kedah Dato’ Hj Mohd Taulan Mohd Rasul yang juga ADUN Tokai , Dato’ Dr Hj Mohd Hayati Othman, Ahli Parlimen Pendang dan Tuan Hj Sobri Awang , Ahli Majlis , Majlis Daerah Pendang merang Setiausaha PAS Pendang . Turut memeriahkan majlis adalah kaum Muslimat dari Kampong tersebut yang ingin mendapat penerangan dari wakil negeri dan Parlimen berhubung dengan perjalanan kerajaan negeri dan pusat.
Banyak pandangan yang telah dikemukakan dan juga maklumbalas yang diterima oleh ahli panel dan pentadbir negeri serta teguran yang diberi terhadap perjalanan kerajaan negeri Kedah selama 2 tahun diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Antara yang banyak disentuh adalah kes air yang melanda Kedah sekarang , masalah pengkorperatan air negeri yang dikatakan diswastakan, masalah kebajikan yang dijanjikan didalam manifestopilihanraya serta maklumat berhubung keadaan ekonomi dan pelaburang negeri serta dakwaan menyatakan Kedah tiada pembangunan dalam masa 2 tahun dibawah Pakatan.

Semua permasalahan tersebut diterangkan satu persatu baik oleh Ahli Parlimen, EXCO dan juga Ahli Majlis dan daripada reaksi yang dapat dilihat, kebanyakannya dapat menerima penerangan yang diberikan, walaupun ada satu dua orang yang masih belum berpuas hati.
Berhubung dengan masalah moral dan akhlak remaja yang nampak makin merudum sekarang ini, ahli EXCO yang khusus menjaga bahagian Agama dan pendidikan ini menyatakan bahawa kerajaan negeri telah dan terus mengadakan kursus, kem motivasi dan program untuk remaja saperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan serta program secara berkala lain untuk membimbing remaja agar menjadi anak dan warga yang berguna.
Moga majlis saperti ini dapat memberi input yang berguna kepada kami dalam membaiki perkhidmatan kepada rakyat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.