Nasib la, dah dapat ketua macm tu apa boleh buat.
Itu saja keluhan yang dapat kita buat bila melihat gelagat yang dilakukan oleh puak-puak belah sana bila sesuatu isu yang sengaja mereka timbulkan untuk meraih simpati rakyat, tiba-tiba kelepuk jatuh balik atas batang hidung depa macam air liur yang pekat dengan gelema kuning tu.
Ana malas dah nak sebut pasai air di Kedah ni, dari zaman depa perintah lagi benda ni dok berlarutan sampailah kepada la ni dengan hutang mencecah 1.6 billion RM hingga ke penswastaan kepada Telework dan Indah utara yang hanya semacam memberi duit kepada syarikat swasta ni saja. Cuba bayangkan bila syarikat swasta ni hanya bubuh tawas dan klorin saja dalam air yang disedut masuk kedalam kolam takungan,lepas tu bila dah salur kedalam tangki JBA , caj secara pukal, yang nak salur kepada rakyat, nak pasang paip dan nak hadapi NRW sampai 52 % adalah JBA, jadi syarikat Indah Utara ni dapat untung dalam kesusahan dan kerumitan orang lain, yang tanggung susah dan rugi adalah JBA , maka terpaksalah hutang dengan pusat sampai mencecah 1.6 billion tu.
Di Langkawi misalnya penswastaan yang dilakukan oleh BN dahulu menyebabkan kerajaan terpaksa meng’ injek’ sejumlah dana yang besar setiap tahun kerana kepandaian mereka dalam penswastaan bekalan air disana , pandaikah kita kalau hasil yang dipungut hanya 35 juta tetapi belanja sampai 70 juta.
Itu kerja mereka terdahulu, tetapi bila kerajaan kini menubuhkan SADA, yakni mengkorporatkan JBA menjadi Syarikat air Darulaman (sada), mereka menfitnah menyatakan Syarikat Air Dato’ Azizan pula, habis seluruh negeri difitnah bahawa air telah naik tarif pasal sudah diswastakan.
Nampaknya tak tahu nak kelentong apa lagi dah kepada rakyat yang semakin celik dan cerdik ini, maka dikatakan pula oleh Menteri yang sempurna lagi afdal itu bahawa Kedah mundur, tak ada pembangunan dan apa-apa lagi . Ana harap Pak Menteri tolonglah jalankan tugas dengan betul sikit, KPI Datuk dah selesaikah, tengok lah sama nak kata mundur ke, kalaulah kata pembangunan hanya kepada pencakar langit, tengok yang dok ceracak dalam pekan dan pinggir pekan tu apa dia. Orang buat projek sarang burung walit pun 4 tahun baru boleh tengok hasil , inikan pulak nak tengok kemajuan negeri. Ya lah depa dah pegang sampai 50 tahun, nak banding dengan kita yang baru 2 tahun, itu pun rakyat sudah dapat nilai keikhlasan dan ketelusan yang ditunjukkan oleh kepimpinan yang ada. Kalau AG kata pentadbiran yang baik, EPU kata hasil yang meningkat, habis Menteri nak pusing macam mana lagi.
Lagi merapu bila bekas ketua depa di Kedah ni kata PAS takut kat DAP kalau lantik EXCO dari DAP menggantikan EXCO yang bertukar tersebut. Ana rasa dia ni masih meroyan lagi kot, dah lah jawatan MB terlepas, jawatan Ketua di Kedah juga terpelau kepada nun orang dari Sabah sana, sebab tulah dia cakap macam orang baru mati anak saja , meroyan tak tentu hala. Bila lihat siapa yang Ust Azizan lantik, barulah dia tau , tekaanya jauh tersasar, bahkan orang yang tak biasa masuk politik pun tahu siapa yang akan dilantik oleh MB tersebut, lekeh sungguh bekas MB depa ni, padan lah dah 50 tahun duit rumah murah Mergong pun tak tau nak kutip, bila orang buat cara yang lebih berkesan, taja pula orang buat demo, kononnya kerajaan zalim. Yang depa hutang tak mau bayar tu apa pasal, kalau tak ada duit buat apa buat renovation, siap ada kereta, ada astro, ada yang sewa kat student Insaniah pula tu, habis depa duduk dimana.
Tentu yang dapat ni mesti ada hubungan dengan wakil bakar bata ni. Buat lembik tengkok tak nak bayar, maka hapus kira, sampai 25 tahun tak bayar pun ada. Orang yang konsiten bayar dah nak dapat hak milik dah. Ini lah jenis manusia yang kalau duduk dalam negara pun, tapi tak bayar, akhirnya kena halau dari negeri sendiri. Puak jenis inilah.
Memang ni lah jenis manusia yang suka mengbangkrapkan negara, sama macam depa mengbangkrapkan bank bumiputra dulu. Hutang mau , bayar tak mau. Depa tak ingat nak mati kut, atau memang puak=puak ni tak pernah baca kitab atau tak pernah jumpa hadis pasal orang berhutang kalau tak bayar amalannya tuhan tak terima, tergantung antara langit dan bumi. Nak ka macam tu, sembahyang dan sedekah nala punya banyak, tapi tak terkira pasal hutang tak bayar. Naya tu. Masa tu tak boleh balik kedunia balik dah untuk sambung semula buat kebajikan, kesian depa.
Friday, March 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment