Banyak hari ana tak tulis dan upload apa yang tersangkut didalam hati ini bukan kerana malas atau tak ada bahan, tetapi kerana kabel telefon telah dicuri sejak hari Ahad lepas . Minggu sebelum tu dah satu minggu tak ada line, tetapi mujur duduk KL boleh lah guna dari sana, tetapi bila balik rumah di Kampong ni, line telefon kena curi, maka satu minggulah tak dapat main internet. Apa yang menghairankan ana, pihak kontraktor pasang balik hari Ahad, malam Isnin tu ada yang curi potong kabel dah, tak sampai 24 jam , dan yang pelik pula tu, bila dah tak ada kabel telefon dalam 1 minggu ni, tak ada pula yang nak mencuri potong kabel pula, dah putus dua tiang dok macam tu le kabel tu, seolah-olah ada orang sengaja dengki dengan kita yang ada kemudahan untuk guna internet, kalau tak boleh guna , maka mereka tak potong dan tak curi lagi.
Masa ni baru sahaja dapat line balik, ana uccapkan terima kasih kepada TM kerana berusaha untuk menyambung balik kabel ni, dan tak tahulah ana berapa hari boleh tahan yang ini. Sebab tu lah bila bicara bab ini, satu saja yang perlu ada didalam hati dan pemikiran kita, apakah rezeki yang kita dapat tersebut rezeki yang halal, kerana mencuri dan mendapat hasil daripada kerja mencuri, sudah tentu duit yang diperolehi itu adalah haran dan setiap daging yang terhasil dari sumber yang haram maka api nerakalah tempatnya.
Jadi ana merayu kepada insan yang buat kerja ni, kena ingat anak isteri kita, kenapa mereka menghadapi berbagai masalah dalam hidup, kesusahan anak nak belajar, kedegilan anak untuk mengikut kata ibu bapa, kegagalam anak dalam didikan, menjadi penarik dadah dan ingkar arahan ibubapa dan guru serta berbagai magi masalah sosial yang meninpa umat Islam masakini apakah tidak berpunca dari masalah rezeki yang diberi oleh ibubapa hasil dari sumber yang haram tadi, yakni duit hasil curi kabel ?.
Rasulullah nberpesan, rezeki yang haram itu tempatnya neraka, maka apa yang dilakukan oleh anak-anak sudah pasti nanti tidak dapat lari daripada mengarahkan mereka kepada kerosakan diri dan seterusnya menghumbankan mereka kearah perbuatan yang mengakibatkan mereka dilontar kedalam api neraka Allah, nauu zu billah min zaa lik!.
Kes zina, buang anak, bohsia dan bohjan, rempit, dadah dan berbagai lagi gejala sosial yang semuanya itu menjadi buah mulut masyarakat dan mendapat penghinaan daripada seluruh anggota masyarakat kita hari ini, kenapa semua ini berlaku, tanyalah iman kita, dari mana sumber rezeki yang diperoleh.
Sunday, July 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment