Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, July 9, 2010

Boleh agak ke siapa dia ni??

Cilok duit TOTO pie sedekah orang kampung

Wakil Rakyat Oportunis Tipu Orang Kampung


Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

Malam tadi saya jumpa kawan lama yang sama-sama bekerja keras untuk menaikan seorang manusia bagi mencapai cita-citanya dalam dunia politik. Semasa wakil rakyat berkenaan 'jelepek' macam anjing buruk telinga, kawan inilah yang jadi hamba abdinya, mengangkutnya ke sana ke sini masuk kampung keluar kampung. Dialah menjadi teman bercakap, berbual dan juga minum kopi dan popia panas di hotel Perdana di Kota Bharu.

Saya selalu melihat dia kerana saya juga bersama individu berkenaan. Baik saya atau kawan ini membantu manusia ini atas dasar kesian mengenangkan nasibnya yang tidak ada kuasa, dicemuh dan dibenci orang serata tempat kerana perangainya dan hidup macam kera sumbangan selepas dibuang oleh partinya.

Saya kira kawan ini juga sama seperti saya. Suka memikul biawak berlumut untuk dibersihkan sebelum dilepaskan semula dalam kloni awam. Prinsip saya selagi manusia itu tidak berbuat jahat di depan kita dan melibatkan diri sendiri, sejuta kali kejahatan dikatakan orang saya tidak akan terima. Itu semua adalah cocokan dan hasutan bagi merenggangkan kita dengan seseseorang.

Bukan tidak tahu dan tidak dengar kejahatannya yang dicerita dan diperkatakan orang kepada manusia ini, sudah padat telinga mendengarnya. Baik saya dan kawan berkenaan mendengarnya, malah tahu lebih daripada itu mengenai diri manusia itu. Kata si kawan itu (maaflah), berapa panjang rambut-rambut kecil dalam kain orang itu juga dia tahu. Bidalan itu bagi menggambarkan dia rapat dan intim dengan manusia berkenaan.

Namun dia tidak peduli dan terus membantunya. Berkat bantuan dan sokongan akhirnya manusia itu berjaya. Kedudukannya terpulih semula. Dia dilihat hebat kerana dalam orang tidak sangka boleh berjaya dapat berbuat demikian. Selepas dia menang maka ramailah kawan-kawan mengerumuninya. Yang dulu pandangnya macam tengok anjing, kini terbelalak mata melihatnya bagaikan seekor gajah hitam yang perkasa dapat memberi wang bergunung.

Kawan yang dulu membantu siang dan malam mulai berjauhan dan dijauhi. Tetapi kawan itu tidak kisah, asalkan dia selamat dia sudah gembira dan bahagia. Umpama kita yang diminta tolak kereta mampus, tidak mengapa kita ditinggal asalkan kereta hidup dan terus berjalan. Biasalah si penolak kereta yang dapat hanya asap dan habuk saja.

Tetapi katanya apa yang beliau sedih bila manusia itu tidak berubah, tidak insaf dan kembali menjadi mangak dan ego seperti dulu. Ini yang dia kesal. Dia merasakan bantuan yang diberikan itu sia-sia saja kerana tidak dapat mengislahkan seorang manusia.

"Tidak mengapa dia tak ingat kat kawan, itu tak penting. Yang penting dia sudah berjaya, tetapi janganlah buat perangai lama yang membawa beliau berada dalam keadaan hina. Kawan tidak mahau dia hina semula," kata kawan itu bersedih.

Banyak yang kawan itu bercerita dan meluah perasaan, maklumkan sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan saya. Tidak elok kalau tulis semua apa yang dihemburkan. Tetapi apa yang hendak diceritakan di sini bagaimana sikap munafik dan oportunis manusia berkenaan makin menjadi-jadi.

Baru-baru ini berlaku kebakaran di bandar di mana manusia itu menjadi wakil rakyat. Biasalah kalau ada orang susah ditolongnya. Jadi menurut kawan itu manusia ini juga nak tunjuk baik membantu mangsa kebakaran berkenaan. Empat orang keluarga Cina terlibat dalam tragedi itu. Satu keluarga diberi RM10,000 seorang.

Rakyat yang tidak tahu suka dan bangga dengan wakil rakyat berkenaan. Mereka beranggapan wakil rakyat itu menghayati perangai Umar Ibnu Aziz. Sanggup menghabiskan wang sebanyak itu. Para pengangguk dan peminum teanya bukan main lagi, manggak sampai pipi tinggi daripada hidung beranggapan bos mereka itu ada duit banyak dan baik hati.

Kesimpulan mereka mudah kalau wakil rakyat itu tidak ada wang masakan dia boleh berikan satu keluarga RM10,000.

Cerita sebenar di sebalik wang RM40,000 itu tidak siapa tahu. Tetapi si kawan ini panjang kaki dan banyak 'saing sobat' yang bercerita dengannya. Akhirnya pecah tembelang wang RM40,000 yang manusia itu berikan kepada mangsa kebakaran bukan wangnya dari kocek atau elaunnya tetapi wang dari sport toto. Wang dari syarikat judi yang taukehnya berada di Kuala Lumpur yang disumpah malam dan siang.

"Kawan tidak belawak (bohong), kawan tahu bila mana Cina MCA yang bagi tahu. Cina MCA itu kini pening kepala kerana sepatutnya wang itu diberi melalui dia tetapi disamun oleh manusia itu dan berikan kepada mangsa kebakaran," cerita kawan itu.

Oh! Sebenarnya kejadian itu tidak hairan. Selalu berlaku begitu orang politik suka berak atas pusu. Atau bersikap macam pelanduk nak berak besar bila tengok gajah besar besar. Dia tidak tahu kapastitinya tak setanding. Namun kerana cerdik (bukan cerdik tak malu muka), dia sebat dan sapu sahaja untuk dijadikan modal politiknya tak kira wang halal atau haram.

Sebenarnya masih boleh dimaafkan atas kelicitan itu. Orang boleh menerimanya. Namun bagi mereka yang kenal orang ini dan dengar bagaimana dia melalak bencikan wang judi, menafikan tidak ada sher dalam syarikat judi, saman orang itu dan orang ini, alih-alih akhirnya ambil wang judi untuk dijadikan modal politik supaya orang tenguk kita baik dan dermawan. Tipu orang kampung bolehlah...

Kawan, sebenarnya saya tidak hairan dengan kejadian itu, ia kecil saja. Masih ada dosa paling besar yang dilakukan orang politik untuk dijadikan modalnya. Kita bercerita kemudian bila sampai masa nanti. Titik. MSO TQ

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.