Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 7, 2010

Dalam parlimen 5/7/2010

perbahasan 5 Julai 2010.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Ya,
Yang Berhormat Pendang. Ringkaskan soalan.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ringkas, tepat dan padat,
insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Timbalan
Menteri, setakat ini dari April 2009 hingga Mei 2010 ini, apakah kekangan-kekangan
yang dihadapi oleh negara terhadap kemasukan pelabur-pelabur asing ke dalam negara
kita yang berhubung kait dengan human resource yang ada? Ini kerana kita tahu 25%
sahaja tenaga pekerja di dalam negara kita ini yang mempunyai pendidikan tinggi. Saya
harap kekangan-kekangan yang dihadapi oleh negara – jawapan daripada Timbalan
Menteri. Terima kasih.
Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat dari
Pendang dengan soalan tersebut. Sebenarnya kita tidak begitu menghadapi kekangan
seperti itu. Seperti yang kita sedia maklum, kita terpaksa mengimport pekerja asing
untuk memenuhi pelbagai jawatan yang diwujudkan di negara ini kerana pelaburan
daripada FDI. Kekangan yang dihadapi sekarang ini sebenarnya adalah kekurangan
pekerja iaitu apabila mereka melabur di dalam industri berintensif buruh, sudah tentu
DR.5.7.2010 29
mereka mengharapkan agar kita dapat menyediakan pekerja-pekerja yang
berkemahiran rendah seramai yang mungkin.
Itu sudah tentu tidak menjadi satu kelebihan kita buat masa ini memandangkan
kita mempunyai ekonomi yang terdekat seperti China dan India yang bersaing dengan
kita dalam soal itu. Oleh sebab itu, tumpuan kita buat masa ini adalah untuk menarik
pelaburan yang lebih berintensif modal dan teknologi yang tinggi yang tidak memerlukan
begitu banyak pekerja yang kurang mahir ini. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
12.10 tgh.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, Yang Berhormat Menteri dan juga Assalamualaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh dan salam sejahtera. Ada empat perkara yang ingin saya bangkitkan
dalam perbahasan berkenaan akta ini.
Pertama sekali berhubung dengan tindakan penipuan yang sering digunakan
oleh syarikat-syarikat kad debit ini. Saya dapat makluman bahawasanya ada satu
syarikat mengeluarkan kad debit yang apabila kita memasukkan minyak, misalnya
RM50, menggunakan kad debit tersebut, mereka akan potong sehingga RM200 dan tiga
hari kemudian baru mereka beri balik RM150. Maknanya dia akan ambil duit kita
RM150, simpan tiga hari dan selepas itu baru beri balik kepada pengguna tersebut. Ini
banyak kali berlaku dan ramai rakan-rakan kita yang menghadapi masalah begini.
Apabila dia check akaun dia tengok sudah RM200. Padahal dia masuk minyak RM50
sahaja. Apabila bertanya kepada syarikat bank, inilah jawapan yang diberikan oleh
mereka. Jadi kita hendak tahu kenapakah syarikat bank tersebut membuat tindakan
sebegini? RM150 selama tiga hari disimpan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Seorang?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ya lah, kalau seorang... Tetapi
Alhamdulillah saya tidak pernah guna, saya guna duit cash lah ya, Yang Berhormat Sri
Gading.
Kemudian yang kedua berhubung dengan kad Touch ‘n’ Go. Touch ‘n’ Go ini
kalau sekiranya kita pergi top-up di kedai minyak Tuan Yang di-Pertua, kalau kita top-up
RM20, RM30, RM40 dikenakan caj RM1 – service charge kepada syarikat minyak
tersebut. Akan tetapi kalau kita top-up sebanyak RM50 dan juga ke atas, mereka
kenakan sebanyak 50 sen. Jadi kenapakah kalau sikit kita top-up banyak charge yang
DR.5.7.2010 43
diambil, apabila RM50 ke atas hanya 50 sen yang dikenakan? Jadi saya harap pihak
kementerian memberi perhatian kepada perkara-perkara begini.
Ketiganya berhubung dengan SMS yang sering kita terima terutama sekali di
musim-musim sesuatu pertandingan yang diadakan. Saya ada satu bukti di sini
berhubung dengan sebuah syarikat Telco. Apabila kita menghantar SMS, dicaj kita
dengan 15 sen tetapi apabila kita menerima pesanan daripada syarikat yang
mengadakan pertandingan tersebut, kita receive SMS dicaj sekali receive RM8. Kita
menghantar SMS 15 sen tetapi kita menerima SMS dicaj kena RM8. Ini merupakan satu
penipuan yang terang-terang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan.
Seterusnya yang keempat adalah berhubung juga dengan syarikat Telco yang
berleluasa sedang berlaku. Ini berlaku kepada anak saya sendiri. Mungkin ada
kepentinganlah di sini. Akan tetapi saya hendak mendedahkan bahawasanya sebuah
syarikat Telco dan saya telah membuat laporan polis. Kita tidak mendaftar pun dengan
syarikat tersebut, tiba-tiba menerima bil sebanyak RM2,307 dan menggunakan khidmat
seorang peguam untuk membayar bil tersebut. Peguam ini di Johor ya, yang
menggunakan syarikat Zittrek Malaysia Sdn Bhd. Jadi saya harap pihak kementerian
dapat memberi perhatian kerana ramai di antara pengguna yang telah tertipu dengan
syarikat Telco tersebut.
Biasanya syarikat Telco mempunyai had limit untuk kita membuat panggilan.
Sampai limit tersebut dan jika tidak membayar bil tersebut, maka dipotong. Akan tetapi
ini sampai RM2,300 dan kita terpaksa membuat laporan polis. Apabila pergi ke syarikat
tersebut, dia tolak ke sana, ke sini, ke sana, ke sini. Sampai sekarang masih belum
selesai kes ini. Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian terhadap Telco
yang membuat penipuan sebegini. Itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat
Kinabatangan. Sedikit Yang Berhormat Kinabatangan, menyentuh tentang jiran-jiran
sebelah ini. Saya tertarik apabila disebut tentang jiran sebelah menyebabkan masalah
kepada kita. Tahukah Yang Berhormat Kinabatangan bahawasanya secondary smoker,
duduk sebelah orang hisap rokok itu lebih tiga kali ganda bahayanya kepada kita
daripada kita sendiri hisap rokok? Minta pandangan daripada Yang Berhormat
Kinabatangan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia memang. Kalau dia duduk
dalam satu bilik yang terkongkong cuaca, dia memang terdedah. Jadi saya nasihatkan
kepada yang tidak merokok jangan ikut kepada yang pandai merokok kecuali dalam
legar yang terbuka, itu tidak apa. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.