Tahniah, tahniah dan tahniah.
Itu yang dapat ana ucapkan kerana kejayaan Ketua Perhubungan UMNO Kedah yang telah menjadi ahli memvbuat fatwa dan hukum terbaru walaupun tak pernah diiktiraf oleh mana-mana jabatan mufti atau majlis fatwa mana-mana negeri yang berhak mengeluarkan fatwa. Beliau mendahului majlis fatwa dan jabatan mufti yang meletakkan salah satu dati pertubuhan ajaran sesat adalah PAS ( Parti Islam Malaysia ) yang dari sejak mula ditubuhkan hingga kini menjadikan Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qias sebagai landasan hukum perjuangan dan perlembagaan yang diperjuangkan oleh PAS dari dulu hingga kini dan insyallah hingga sampai kiamat pun.
Alasan beliau kenapa melabelkan PAS sebagai parti ajaran sesat adalah kerana nak rebut kerusi nak menang dalam pilihanraya. Itu yang ana kata dia mendahului mufti dan majlis fatwa tu, belum pernah ada dalam mana-mana fatwa yang ana terbaca atau termaktub bahawa memasuki pilihanraya untuk menang mendapat kerusi dan menduduki putrajaya atau perlimen ke, dijatuhkan hukuman sebagai ajaran sesat saperti Hasan Anak Harimau ke, Cikgu yang mengaku Rasul Melayu ke atau yang lain-lain yang telah banyak dilabelkan sesat oleh majlis fatwa tetapi ada yang sampai la ni masih berleluasa tak terkawal.
Pelik juga dia sorang ni, dalam suasana UMNO Kedah tengah dok kalut nak setuju atau tidak nak ganti ketua perhubungan yang baru, dia boleh mengeluarkan fatwa macam tu, alamat lagi cepatlah rasanya akan ditendang keluar oleh UMNO Kedah di Negeri dahla UMNO jadi pembangkang, nak kena hentam dengan geng sendirilah jawabnya kalau buat perangai macam tu.
Dalam sejarah perjuangan PAS, tidak pernah ada pun yang berjuang dalam PAS yang menyeleweng dari asas perjuangan yang berlandaskan kepada 4 teras hukum dalam kontak ahlus sunnah waljamaah ini yang boleh dilabelkan sebagai ajaran sesat oleh mana-mana mufti atau pun majlis fatwa mana-mana negeri pun.
Kalaulah katanya sesat kalau hanya nak rebut kerusi nak menang dalam pilihanraya, apakah salahnya kalau PAS dalam Pakatan bersatu merampas kerusi tersebut daripada orang sesat untuk dibetulkan kembali mereka tersebut?.
Begitu mudah melabel orang menjadi sesat dan mengamalkan ajaran sesat padahal bagaimana pula halnya kalau mereka yang mengaku Islam tetapi menghalang orang Islam lain atau menyusahkan pelaksanaan Islam yang syumul didalam negeri yang diterajui oleh PAS.
Ana rasa orang yang merampas royalti negeri, mengalihkan peruntukan negeri , melewatkan peruntukan negeri dan mengabaikan pembangukan negeri atas alasan berlainan parti memerintah adalah merupakan perbuatan zalim yang jauh lebih teruk dari melabelkan ajaran sesat kerana hanya nak menang kerusi dalam pilihanraya.
Kalaulah begini mentaliti Naib Presiden mereka bercakap, ana rasa alamatnya pemilihan parti sekali lagi bungkuslah nampaknya DS Shafie ni, dan yang akan bungkuskan dia awal-awal lagi adalah Ketua Perhubungan Kedah lah agaknya!!.
Wednesday, July 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment