Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 7, 2010

Sana tak boleh, sini tak dapat, yang teraniaya pengguna!!

Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apabila sebut tentang kesihatan dan
DR.6.7.2010 55
pengguna ini, saya rasa janji Kementerian Kesihatan masih belum terlaksana iaitu untuk
mengadakan akta kawalan barangan kesihatan. Jadi, saya hendak bertanya kepada
kementerian, bagaimanakah kementerian hendak memantau jika sekiranya di pihak
Kementerian Kesihatan tidak mempunyai akta untuk mengawal barangan kesihatan.
Misalnya, saya hendak memberikan contoh di sini, ada satu alat elektrik yang digunakan
hanya kita duduk di atas barangan elektrik tersebut, ada satu plat kemudian dia kata
boleh menyelesaikan penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, macam-macam.
Semua mak neneklah.
Kita tidak mempunyai akta barangan kesihatan ini, jadi pihak Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak boleh hendak masuk
dalam bidang kuasa tersebut padahal ia tidak disalurkan melalui bidang kesihatan,
hanya barangan elektrik sahaja digunakan. Akan tetapi dikaitkan dengan boleh
menyelesaikan masalah itu dan ini. Jadi, saya hendak bertanya menteri bagaimanakah
caranya menteri hendak menyelesaikan masalah sebegini. Barangan elektrik tetapi ia
boleh menyelesaikan masalah kesihatan. Boleh jawab atau hendak bincang dahulu
dengan kementerian?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Seperti saya sebut, setakat ini
tanggungjawab kita daripada segi representasi palsu dan juga mengenai harga iaitu
berkenaan dengan harga yang mengelirukan dan sebagainya. Jadi, tentang produk dan
sebagainya seperti saya sebutkan tadi Kementerian Kesihatan mempunyai aktanya
sendiri, peraturannya sendiri. Jadi, semua yang kena-mengena dengan kesihatan,
makanan dan sebagainya adalah di bawah Kementerian Kesihatan.
1230
Ini kerana mereka mempunyai kepakaran dari segi bidang-bidang yang berkaitan
dengan kesihatan. Misalnya tadi – bila pakai mesin itu, boleh hilang penyakit. Pihak
kementerian kita tidak mempunyai kepakaran dalam menentukan mesin itu boleh
mengurangkan penyakit atau tidak tetapi Kementerian Kesihatan dia ada pakar-pakar
yang boleh membuat kajian dan menentukan sama ada betul atau tidak apa yang
dikatakan dalam iklan itu boleh mengurangkan penyakit dan sebagainya melalui mesinmesin
itu.
Sebab itu kita katakan bahawa apa saja berkaitan dengan kementerian
Kesihatan sama ada mesin kah apa kah, kalau ia berkait dengan penyakit dan
sebagainya, kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan. Itu saja yang boleh saya
jawablah di dalam perkara ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.