Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, December 31, 2008

Bantuan kepada yang memerlukan. TQ Kedah Sejahtera.

Kedatangan tahun baru 2009 besok, merupakan satu iagauan ngeri bagi kebanyakan ibubapa dalam keadaan sekarang ini. Bayangkan dengan kos yang terus meningkat mutakhir ini yang tidak nampak kesudahan dan tidak ruang untuk turun, maka memahami dan menginsafi hakikat ini, maka kami wakil rakyat dari PAS Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri melalui pejabat Daerah Pendang, telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Jom Kembali Kesekolah pagi tadi didataran Pendang untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan dan daif/ miskin yang dipilih oleh Ahli MKK dan Penghulu.



Majlis tadi hanya permulaan untuk pemberian bantuan sebagai pelancaran iaitu sejumlah 40 buah basikal beserta beg sekolah dan kamus serta alat tulis telah diberikan, bakinya akan disampaikan kemudian di tempat tertentu dikawasan penerima agar tidak menyusahkan mereka untuk membawa pulang basikal tersebut.

Acara pagi tadi disempurnakan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, EXCO Kerajaan Tempatan Kedah. Penyampaian basikal dan beg sekolah telah dilakukan oeh ana selaku Ahli Parlimen Pendang dan Tuan Harun Jasin, Pegawai Daerah Pendang.

Harapan kami agar mereka yang menerima basikal tersebut dapat menggunakannya untuk faedah anak-anak buat perjalanan kesekolah dalam keadaan yang susah sekarang ini dimana harga komoditi utama negara saperti getah dan sawit menjunam teruk hari ini. Keadaan bertambah parah lagi dengan berita daripada persatuan pemilik bas sekolah juga akan mengenakan surcaj kepada tambang bas sekolah sebanyak 30 %, ini sudah tentu akan meningkatkan lagi kos tambang bas sekolah diantara RM 9.00 hingga RM 30.00 sebulan.





Alasan yang diberikan mereka adalah keraja subsidi minyak untuk disel masih rendah dan memnta kerajaan mengurangkan harga daripada RM 1.43 seliter kepada RM 1.00 seliter disamping kos bahan ganti yang meningkat sejak akhir-akhir ini.

Ana pun merasa hairan kerana mereka ini dengan begitu mudah mendesak kerajaan untuk sesuatu kenaikan seolah-olah kerajaan sekarang ini tidak mampu untuk membendung apa-apa , tetapi bagi rakyat yang bergantung kepada harga sekerap dan sawit, maka seolah-olah tiada ada apa-apa pembelaan yang dapat diberikan.

Monday, December 29, 2008

Eidul Ilmi SRI Islah




Atas kesedaran dan kekuatan iman semua pendokong dan penyokong ilmu agama, maka berkekalan lagi SAR yang telah lama di wujudkan oleh Tuan Guru Hj Aziz Seberang Pendang sehingga hari ini bahkan bertambah lagi kepada peringkat yang lebih rendah sehingga ke PRA dan Sekolah Rendah Islam.

Ini merupakan tahun ketujuh ianya beroperasi dan pada tahun hadapan sebuah bangunan baru yang menelan harga 1.6 juta telah siap dibina untuk menerima kemasukan pelajar baru dengan 18 buah kelas semuanya adalah atas sumbangan orang ramai yang bertungkus lumus mengumpulkan dana untuk pembinaan sekolah tiga tingkat tersebut.



Dua anak ana merupakan pelajar sekolah tersebut dimana satu sudah pun habis belajar dan mendapat 5 A dalam UPSR pada tahun lepas dan satu lagi baru berada ditahun 6. Hari ini, 30 Disember 2008 , Puteri KDYMM Sultan Kedah, Tungku Suraya Ibn Sultan Abd Halim telah berkenan untuk hadhir menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang di Sekolah ini pagi tadi.

Nampaknya baginda begitu bersemangat untuk melihat kemajuan sekolah ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai penaung Tunas Bakti di Yayasan Sultanah Bahiyah telah diangkat sebagai penaung angkat kepada sekolah ini.

Baginda menunjukkan minat yang begitu mendalam didalam memajukan sekolah ini apabila melihat perkembangan yang begitu menggalakkan yang ditunjukkan oleh perkembangan sekolah rendah ini sejak ianya mula dibuka.



Walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan, atas inisiatif sekolah dan pentadbir, alhamdulillah ianya dapat juga membangunkan sekolah yang tersergam indah tiga tingkat hasil keprihatinan pihak masyarakat yang inginkan pendidikan agama terus berkembang .

Sunday, December 28, 2008

LA 21 dilancarkan di Pendang.


Semalam, 27 Disember 2008, pelancaran salah satu dari 5 teras dalam LA 21 ( local agenda 21) telah berlangsung di Dataran Pendang, Upacara peresmian dilakukan oleh YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, iaitu EXCO Kerajaan Tempatan Kedah mewakili YAB MB Kedah.



Dalam LA 21 ini yang direktifikasikan bersama oleh Malaysia hasil daripada sidang Rio De Jenario pada tahun 1992 adalah terdiri daripada 5 komponen utama
1. Gotong royong , yakni bersama-sama masyarakat melakukan usaha untuk melakukan pembersihan persekitaran secara bersama, yakni gotong royong sesama anggota masyarakat.
2. Kitar semula , dimana usaha ini nampaknya masih lagi belum berkesan walaupun Kerajaan pusat sudah memulakan sejak beberapa tahun yang lalu, saperti plastik, kertas dan kaca. Nampaknya usaha ini masih belum mendapat tempat dihati rakyat. Kalau kita lihat dinegara-negara maju, lebih kurang 70 % hasil sampar mereka adalah dikitar semula.
3. Hidup sihat, usaha untuk melakukan senaman atau aktiviti riadah ringan yang akan menjadikan badan sentiasa dalam keadaan cergas dan sihat, disamping menjaga pemakanan yang seimbang dan persekitaran untuk hidup yang sihat.
4.Penjagaan kejiranan samada dari segi keselamatan individu, rumahtangga serta persekitaran dan harta benda. Seandainya sesama jiran memberikan perhatian yang serius dalam hal keselamatan kejiranan ini, maka setiap sesuatu yang mencurigakan akan mendapat perhatian jiran dan ini akan dapat mengurangkan jenayah dalam masyarakat tersebut.



5. Jiwa murni, peranan yang dimainkan oleh tuan gura, imam dan alim ulama serta pemimpin masyarakat serta para motivator dalam mendidik jiwa setiap anggota masyarakat supaya mencintai sesama insan dan hairan serta persekitaran. Dalam suasana dunia yang penuh mencabar hari ini, dengan kemusnahan alam sekitar dan penyebab pencemaran serta kerosakan mukabumi oleh tangan manusia, maka kalau kita mempunyai jiwa yang murni, semua perkara ini dapat dihindarkan termasuklah menghapuskan gejala rasuah yang akan mengakibatkan ujudnya prijek ditanah tinggi yang swecara perturannya tidak dibenarkan, tetapi dengan duit suap bawah meja, maka ianya dapat dilaksanakan juga, akhirnya manusia sendiri yang menaggung derita kerana bencana datang menimpa.

Suatu majlis gotong royong perdana telah diadakan selepas pelancaran dimana dipekan lain saperti di Kubor Panjang dan Tokai juga diadakan majlis itu dengan diketuai oleh penghulu mukim masing-masing.





Apa yang membimbangkan kami di Pendang ini yang berkepadatan penduduk 112 ribu orang yang menghasilkan sejumlah 50 tan sampah sehari, maka ianya akan menambahkan lagi permasalahan ini memandangkan kelewatan pengambilan sistem pembuangan sisa pepejal oleh kerajaan pusat yang janjinya pada Julai 2008.kemudian ditangguhkan kepada September 2008 dan sekarang ditangguhkan lagi kepada bulan Januari 2009.


Memandangkan jadual penangguhan ini melihatkan sistem pengumpulan yang akan dilakukan oleh syarikat konsesi yang dilantik, maka segala aset didalam PBT sekarang ini sudah menysut memandangkan kelewatan kepada janji dan tarikh yang berubah ini.
Sekiranya ini berterusan, rasanya pihak PBT dan kerajaan tempatan terpaksa diberi peruntukan baru untuk maintainance dan servise kenderaan dan juga kos penyelenggaraan termasuklah gaji pekerja didalam bidang pengupulan sampah ini.
Harapan agar kerajaan pusat mempercepatkan akan mengikut jadual didalam melaksanakan segera proses pembuangan sisa pepjal ini yang telah pun diluluskan oleh parlimen pada sesi lepas lagi.

Tahniah Nisak Pendang



Ana sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada unit amal nisak Pendang kerana telah berjaya mengadakan kem remaja Islam di kawasan perkelahan Titi Hayun , Yan pada hujung minggu ini , iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu 26 dan 27 Disember 2008. Peserta terdiri dari anak-anak remaja yang menjadi anggota unit amal nisak Pendang . Jumlah peserta seramai 72 orang.

Apa yang menggembirakan kami adalah semua urusan dilakukan oleh JK Nisak Pendang sendiri dan urusetia juga dikendalikan oleh mereka , cuma kenderaan sahaja mereka minta Pas kawasan membantu untuk menghantar dan mengambil balik peserta.
Buat kesekian kalinya ana ingin mengucapkan syabas kepada mereka atas sambutan yang diberikan oleh remaja sekitar Pendang dan diharap kalau ada lagi program semacam ini, sambutan hendaknya lebih meriah lagi.



Remaja perempuan ini diajar tentang selok belok menjadi seorang wanita solehah , menjadi seorang yang taat ibu bapa, dari segi tata susila seorang wanita menjaga aurat, menjaga solat dan sebagainya , dan kepada perkara-perkara yang menjadi tegahan kepada seorang wanita muslimah yang perlu dipelihara.

Makan dan minum juga diuruskan sendiri oleh mereka dengan membawa tukang masak untuk membantu persiapan. Pengalaman tidur didalam khemah dan berada jauh dari ibu bapa serta pengalaman untuk tinggal dipinggir hutan merupakan sesuatu yang asing bagi remaja ini dan diharap pengalaman bermakna ini dapat memantapkan lagi jiwa mereka kelak untuk menghadapi mehnah dan tribulasi menghadapi alam dewasa dan dunia politik sebenar dimana yang hak sudah pasti akan bertembung dengan yang batil. Apa yang menjadi pengalaman berguna kepada remaja ini adalah diajar juga cara-cara survival didalam hutan dalam suasana yang serba kekurangan, memasak menggunakan api yang dibikin sendiri menggunakan bahan semulajadi didalam hutan serta cara memasak tidak menggunakan periuk saperti didapur biasa. Semua ini membrikan pengalaman baru kepada mereka yang sedang menuju kealam dewasa kelak.
Terima kasih diucapkan kepada unit amal Pendang yang menjadi tenaga pengajar dan menjaga keselamatan perkhemahan dimalam hari.

Didoakan moga usaha murni mereka ini akan mendapat perunjuk serta hidayah dari Allah serta mendapat kekuatan yang lebih untuk meneruskan lagi usaha dimasa akan datang.



Upacara penutup disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslihat PAS Pendang, Puan Dr Rahimah Sahit, isteri kepada Ahli Parlimen Pendang sendiri.

Tuesday, December 23, 2008

Jimat masa berada agar senang masa susah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan ekonomi negara masih dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5.7 peratus tahun ini.

Beliau turut menyatakan ekonomi Malaysia juga mampu mengharungi krisis kewangan dunia kerana ianya dilindungi sistem pengawasan yang baik dan tidak terlalu terdedah kepada pasaran kewangan global.

Sekarang apa dah jadi. 4,749 bakal diberhenti. Tajuk Utusan Malaysia hari ini menjelaskan segala-galanya.

Persekutuan majikan-majikan Malaysia(MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Terdahulu di Petaling Jaya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Febuari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Itulah mungkin salah satu kesan keruntuhan ekonomi global yang turut dirasai oleh negara kita, tapi bakal PM kita dia tidak nampak yang global, dia hanya tahu glokal saja, satu istilah baru yang dia sendiri cipta sampai ahli pun tak faham apa makna. Cari dalam kamus muktabar pun tak jumpa, mungkin kamus orang Pekan ada la kut.

Bercakap pasal ekonomi ni, kesian ana lihat orang kampong sekarang ni, yang pak cik menoreh getah, sekerap harga 1.05 sen sekilo dengan harga barang yang masih tinggi ditakok lama, harga sawit tinggal 200 setan dan berbagai kerenah barangan yang tak nampak nak turun harga, dah la anak-anak nak mula masuk sekolah minggu depa, terpaksa bayar yuran itu dan yuran ini, baju sekolah, buku, beg dan berbagai lagi semuanya akan menbocorkan poket ibu dan bapa yang bergantung hidup pada hasil komoditi negara yang kian menjunam akibat kemelesetan ekonomi dunia, tapi bakal PM kata kita tak terjejas dengan kemelesetan ekonomi dunia.

Kalau masa Dr M dulu , dia kata George Soros punya hal, tapi yang ni, tak tahu lah nak cakap sapa punya hal pula, tapi jangan dok dabik dada kata ekonomi kita kukuh tak terjejas pun. Ana rasa tahun depan tahu lah kita apa akan terjadi kepada ekonomi dunia dan kita, cuma kita harap dapat dilakukan sesuatu agar kita tidak terus terjejas lebih teruk , takut tengok sahabat di Somalia yang besar kepala kecil perut keran tidak ada makanan berbanging dengan kita diMalaysia yang kecil kepala besar perut kerana lebih makanan. Beruntunglah mereka yang mendengar nasihat Nabi Yusuf Alai hissalam , imat semasa berada untuk menghadapi kemelesetan semasa susah yang akan tiba.

Monday, December 22, 2008

Runtuh lagi, sampai bila da !

Menurutnya, jeti yang dibina pada tahun 2000 dengan kos RM9 juta sebagai transit mengangkut barang-barang keperluan harian, urusan harian penduduk ke pulau besar dan pengangkutan pelancong.

“Disebabkan jeti ini roboh, semua penduduk terjejas dan kami amat malu kerana para pelancong akan takut datang ke sini kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.

Tambahnya, pihak JKKP telah beberapa kali membuat aduan tentang perkara tersebut, namun tiada tindakan susulan dibuat.

Hari tu dalam usul 18(1) ana dalam parlimen untuk membahaskan Hospital QEH yang retak nak kena roboh tu, speaker tak beri ruang untuk bahas dan kini menunggu masa nak menyembah bumi kerana terpaksa dirobohkan pasal dibuat dengan pasir laut yang mudah mengkaratkan besi, kerana ada garam , lalu menjadi mudah retak bila terkena gegaran walau sedikit pun, itu baru dibina dalam tahun 1985 , baru 23 tahun, sudah nak dirobohkan, harga dekat 85 juta.

DiPulau Tuba ni. baru dibina dalam tahun 2000, siapa punya kerja dan kontraktor mana punya hal dan kita harap lepas ni SPRM kena masuk siasat la tengok, betul ke harganya berjuta tapii lapan tahun sudah ranap menyembah laut. Sayang duit rakyat, hangus begitu saja, ni tak lain dan tak bukan daripada kerja tangan ghaib yang meluluskan projek yang tak sepatutnya diluluskan, mungkin kerana ada manusia yang makan duit haram ni.

Apa yang syok nya JKKP yang baru terlantik, sebuah organisasi asing didalam negeri Kedah ni kata dah lapor, tapi tak ada orang/agensi ambil tindakan. Kalau dah buat dengan bahan yang low quality sampai senang-senag boleh runtuh, nak maintain macam mana lagi aduhai JKKP oi, pi la suruh Tok Menteri hampa tu maintain tengok, kot-kot dapat yang terlebih bawa balik duit cash dari Australia tu boleh lah tumbang semangkuk.

Lepas ni tak tau apa benda lagi yang bakal menyembah bumi, lepas satu satu Allah taala tunjuk kesan daripada kerja tak baik yang dilakukan , lalu yang terima akibatnya adalah rakyat juga, nasib baik tak ada yang mati dalam peristiwa tu, kalau tidak tambah lagi la juga yang masuk dalam statistik kematian terkena bencana alam, padahal manusia yang melakukannya dengan cara yang tak ikut spesifikasi.


Baru ni di Bukit Antarabangsa,

kawasan curam yang tak sepatutnya dibuat rumah pun, boleh diluluskan untuk buat bangalow dan rumah teres sampai JKR kata selamat pun , penghuni tak berani nak duduk semula dirumah mereka. Siapa yang meluluskan projek tu walaupun sudah digazetkan tak boleh diluluskan, tentu ada tangan ghaib yang memberikan lampu hijau.

Ana cuma risau satu saja, takut jadi macam apa yang ana sebut dalam perbahasan SPRM hari tu, menteri lepas, KSU yang kena, arah hanya dengan tulis tangan, pakai pensil pula tu, bila nampak nak sangkut, terus padam. Masuk mahkamah, hilang bukti, ana teka saja tu, tapi kalau betul sungguh, apa tindakan kita selepas ni, agar nyawa manusia tidak menjadi pertaruhan kerana wang dan fulus berjuta-juta.

Celik mata betul-betul, jangan sepet sebelah !


Nasihat KPN kepada mereka yang sudah dan akan menggunakan kanak-kanak dalam apa juga program yang berbentuk demo walaupun untuk tujuan menegakkan demokrasi. Rasanya amaran dan teguran ini diberikan oelh KPN kepada mereka yang jelas menyalahgunakan kanak-kanak yang secara perlembagaan masih belum boleh menjadi pemilih dan tidak boleh digunakan untuk menjadi bahan berkempen. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka ini dan apakah Ketua Polis Selangor juga akan menyuarakan perkara yang serupa kepada mereka ini.


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kumpulan yang sering melakukan demonstrasi jalanan termasuk memperalatkan kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bertapak di negara ini kerana mereka akan melahirkan generasi pemberontak yang membahayakan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita di sini hari ini menegaskan, walaupun bertopengkan perjuangan menuntut hak asasi dan menegakkan demokrasi, kumpulan itu sebenarnya golongan democraze iaitu gila melakukan demonstrasi.

Menurutnya, kumpulan democraze ini sebenarnya bukan pejuang demokrasi sebaliknya terang-terangan mencabar undang-undang demi kepentingan diri atau organisasi masing-masing.

Tambahnya, tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.

“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze... kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.



“Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya.

Betul dan memang betul tu aduhai KPN , tapi jangan sepet sebelah mata saja, buka kedua-dua belah mata, baru nampak yang biru sama, bukan yang pakai T shirt merah saja. Suruh SPR masuk campur sama, siapa yang guna kanak-kanak untuk kempen, nanti hilang kelayakan untuk jadi calon pilihanraya.

Sunday, December 21, 2008

Siapa sebenarnya yang melantik Ketua Hakim Negara?.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat semalam bakal mencetuskan masalah dalam pemilihan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata masalah tersebut timbul apabila mesyuarat pemilihan dalam suruhanjaya itu akan dianggotai oleh orang-orang yang sama yang mempunyai kepentingan bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara atau Presiden Mahkamah Rayuan.

"Saya cuma menarik perhatian dan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan mereka," kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

"Diperhatikan bahawa mengikut peruntukan rang undang-undang ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mempunyai bidang kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Tinggi.

"Juga diperhatikan bahawa suruhanjaya ini akan dianggotai oleh sembilan orang anggota termasuk lima hakim kanan di mana empat daripadanya adalah hakim-hakim yang paling kanan di negara ini."

Beliau merujuk kepada fasal 5 rang undang-undang tersebut yang memperuntukkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dianggotai sembilan ahli terdiri daripada Ketua Hakim Negara sebagai pengerusinya, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan serta empat orang yang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Menurut fasal 21 rang undang-undang itu, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab bagi memilih calon yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan.

Calon yang layak untuk pemilihan itu pula perlulah memenuhi beberapa kriteria termasuk mempunyai peribadi moral yang baik, berintegriti serta mempunyai kebolehan menguruskan kes dengan baik.

Dalam temu bual itu Abdul Hamid berkata mengikut peruntukan rang undang-undang tersebut, pemilihan pelantikan seorang pesuruhjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan, hakim mahkamah persekutuan, hakim besar Malaya dan hakim besar Sabah dan Sarawak tidak akan menimbulkan masalah, tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi pemilihan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

"Dalam pemilihan Presiden Mahkamah Rayuan, anggota suruhanjaya iaitu Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak malah Hakim Mahkamah Persekutuan adalah orang-orang yang berkepentingan untuk menjawat jawatan tersebut yang bererti bahawa mereka terpaksa mengecualikan diri.

"Oleh sebab rang undang-undang ini mengkehendaki korum (sic) (bagi mesyuarat pemilihan) seramai tujuh orang, maka ada kemungkinan korum (sic) itu tidak boleh dicapai.

"Keadaan menjadi lebih rumit mengenai pemilihan Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah orang-orang yang berkepentingan dan mereka juga terpaksa dikecualikan. Ini bererti bahawa korum (sic) tujuh orang tidak boleh diperolehi (sic) juga," kata Abdul Hamid, yang telah bersara Oktober lalu.

Malah katanya, jika Ketua Hakim Negara tidak ada pada masa mesyuarat pemilihan hendak diadakan maka mesyuarat itu akan berjalan tanpa kehadiran Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

"Ini akan memberikan dua akibat, pertama korum (sic) tidak akan diperolehi (sic). Kedua ini bererti untuk pelantikan hakim-hakim yang lebih rendah, mesyuarat pemilihan akan dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli termasuk empat hakim paling kanan tadi, sebaliknya untuk pelantikan hakim yang paling kanan iaitu Ketua Hakim Negara, keempat-empat hakim yang terkanan tidak akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

"Ini juga bererti untuk pemilihan Ketua Hakim Negara, mesyuarat itu hanya akan dihadiri oleh anggota yang paling tinggi iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan bersama-sama empat anggota bukan hakim yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Apa makna ungkapan diatas, orang yang dilantik PM ada empat (4) orang ditambah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Siapa yang sebenarkan berkuasa disini. Fikirlah sendiri.

Friday, December 19, 2008

Ucapan ana pada membahaskan SPRM9 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

DR. 16.12.2008
33
11.54 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Harapan rakyat untuk melihat suruhanjaya yang dibahaskan pada hari ini tidak menjadi seperti mana suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ada, seperti mana SUHAKAM dan juga suruhanjaya untuk penambahbaikan polis, kerana syor-syor yang dibuat oleh dua-dua suruhanjaya ini nampaknya tidak berjalan dan kita harap ini tidak akan berlaku kerana suruhanjaya yang dibentuk untuk membanteras rasuah ini.
Sebagaimana yang kita tahu, rasuah ini merupakan satu penyakit. Kalau dadah kita boleh najis, rasanya rasuah ini lebih teruk daripada najis, kita boleh sebut kepada pengamal-pengamal dan juga bentuk rasuah itu sendiri. Jaminan yang telah diberikan oleh Padang Rengas iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan suruhanjaya ini akan mempunyai gigi yang tajam, kita rasa ini merupakan satu jaminan dan kita harap Menteri yang selepas beliau yang menjaga, akan mengotakan apa jaminan yang telah diberikan oleh beliau kerana jaminan hanya jaminan mulut, tidak ada terkandung di dalam bentuk tulisan dan juga bentuk undang-undang.
Jadi kita harap menteri yang ada, seperti mana yang disebut oleh Padang Serai tadi, adalah menteri yang mempunyai tahap ataupun integriti yang sama seperti mana yang ada pada hari ini. Kita tidak mahu suruhanjaya yang ditubuhkan ini menggunakan hanya banyak wang pembayar cukai untuk membayar emolumen kepada mereka-mereka yang menjadi anggota suruhanjaya, tetapi apa yang disyorkan oleh mereka tidak terpakai, ataupun tidak akan menjadi apa-apa pelaksanaan di dalam melaksanakan, kerana yang akan menjadi titik tolak kepada pelaksanaan syor-syor adalah terletak pada Peguam Negara ataupun AG dan juga Perdana Menteri sendiri.
Di dalam rang undang-undang ini, tidak nampak satu ikatan yang memberikan kuasa kepada Suruhannya untuk bertanggungjawab dalam proses pendakwaan dan tidak ada kemestian bagi Peguam Negara mematuhi syor yang dibuat oleh suruhanjaya ini. Apakah ini menandakan suruhanjaya ini tidak bebas menjalankan tugas mereka setelah mereka bertungkus-lumus menjalankan siasatan. Tiba-tiba bila sampai kepada proses untuk dakwaan, sebagaimana saya sebut tadi, Peguam Negara tidak mahu meneruskan prosedur tersebut kerana tidak ada klausa di dalam rang undang-undang ini yang menyatakan syor itu mesti dipatuhi oleh Peguam Negara.
Peguam Negara pula tidak tertakluk kepada persoalan yang boleh mempertikaikan keputusan beliau, apakah beliau boleh ditanya dan dipersoalkan, kenapa tidak didakwa kes yang telah disiasat oleh suruhanjaya, dan apakah beliau boleh dipersoalkan juga di dalam Parlimen, sebagaimana yang kita pernah lihat di zaman Tan Sri Kadir Yusof dan juga Tan Sri Hamzah Abu Samah. Kita lihat ada tiga Jawatankuasa yang dibentuk yang terdapat dalam rang undang-undang ini iaitu Jawatankuasa Pemantau, Jawatankuasa Aduan, dan juga Lembaga Penasihat
DR. 16.12.2008
34
yang mana satunya dilantik oleh Yang di-Pertua Agong, satunya oleh Perdana Menteri dan satu lagi oleh Menteri.
Akan tetapi dari satu segi, yang nampak mengamalkan Suruhanjaya ini macam dipengaruhi oleh sama ada yang dilantik oleh Agong, dilantik oleh Perdana Menteri ataupun yang dilantik oleh menteri. Cuma kita lihat Jawatankuasa Aduan sahaja yang boleh mempertikai ataupun membuat apa-apa laporan terhadap ketidaktelusan ataupun apa-apa yang kita rasa tidak puas hati berhubung dengan jawatankuasa ini.
Walaupun roh suruhanjaya ini nampak menunjukkan ketelusan dan akan mencengkam semua yang mungkin terlibat dengan rasuah seperti yang disebut oleh menteri semasa pembentangan sampai anak, menantu, saudara mara juga akan terkena, sebenarnya ia nya akan akhirnya berakhir ataupun berpunca ataupun ditentukan oleh Peguam Negara itu sendiri.
Jadi saya rasa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam rang undang-undang ini. Dalam tugas Ketua Pesuruhjaya tersebut bahawa mereka hendaklah mempunyai kuasa, pegawai suruhanjaya ini hendaklah mempunyai apa-apa kuasa Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya, tetapi apabila sampai kepada pendakwaan mestilah dimulakan oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. Apa mana kuasa Pendakwa Raya yang diberikan kepada Ketua Pesuruhjaya tadi.
Ini yang dikatakan suruhanjaya ini kita tak mahu menjadi sebuah suruhanjaya yang disebut sebagai suruhanjaya harimau yang tidak bergigi ataupun harimau robot yang tidak mempunyai gigi. Rang undang-undang ini juga, Tuan Yang di-Pertua, menyamakan suruhanjaya ini seperti polis dan juga Pegawai Penjara di dalam sesetengah klausa dia dalam menjalankan tugas seperti tugas menahan dan juga pejabat suruhanjaya dikatakan sama seperti pejabat polis, boleh menahan orang-orang yang disiasat.
Apakah selepas ini akan ada pusat tahanan di dalam pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ini seperti mana yang wujud di pejabat polis yang lain dan bagaimana pula dengan latihan yang mereka terima, adakah mereka yang berada dalam suruhanjaya ini mendapat latihan sebagaimana latihan yang diberikan kepada pegawai polis dan juga kepada pegawai-pegawai penjara. Dalam klausa yang mengatakan...
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Perhatian, sedikit penjelasan.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: 30 saat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: 30 saat sahaja. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa SPRM ini akan mempunyai taring untuk menyemak kembali kes-kes yang telah diselesaikan oleh BPR yang sekarang ini berada ataupun tersekat di Pejabat AG. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kita harap kalau kes ini adalah prima facie ataupun integriti ataupun komitmen yang ditunjukkan seperti mana yang dijelaskan oleh
DR. 16.12.2008
35
menteri, kita harap benda ini akan dapat berjalan dan akan membuka balik kisah-kisah lamalah yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan.
Di bawah klausa yang menyatakan tugas pegawai bawahan anggota suruhanjaya, mereka hendaklah menerima arahan dan petunjuk dari pegawai atasan secara lisan atau tulisan. Apakah ini bukan merupakan satu perangkap kepada pegawai bawahan kerana kalau hanya arahan berbentuk lisan yang perlu dipatuhi, maka apa akan berlaku jika berlaku penafian setelah sesuatu yang nampak akan mengenai atau membabitkan pegawai atasan tersebut, maka tidakkah pegawai penyiasat tadi akan menjadi kambing hitam.
Saya rasa ini menganiayai pegawai yang menyiasat, hanya mendapat arahan dalam bentuk lisan, tidak bentuk tulisan. Tidakkah lebih baik jika dikatakan arahan lisan yang mesti dituruti, arahan lisan tetapi mesti dituruti dengan arahan bertulis atau arahan lisan dan bertulis kerana kita tahu dan masih segar dalam ingatan kita di mana kes Menteri memberi arahan bertulis dengan tulisan tangan kepada Ketua Setiausaha satu kementerian satu masa dahulu, akhirnya Ketua Setiausaha masuk jel, menteri bebas dan masih dapat mengumpul....
■1200
Akhirnya Ketua Setiausaha masuk jel, Menteri bebas dan masih dapat mengumpulkan harta. Akan tetapi kalau kita lihat kepada kuasa menyiasat terhadap aduan pula. Walaupun ianya dalam bentuk lisan tetapi ia mesti diubah ke dalam bentuk tulisan dan dibaca kepada pengadu dan ditandatangani oleh pengadu serta dimasukkan dalam rekod untuk siasatan, simpanan dan rujukan. Saya rasa ada macam satu perbezaan di antara arahan dengan siasatan tadi.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kesalahan rasuah ini dia berbeza dengan kesalahan jenayah untuk lain. Di mana dalam pertuduhan jenayah pendakwa mesti membuktikan bahawa orang yang kena tuduh melakukan kesalahan dengan bukti yang nyata. Akan tetapi dalam kes rasuah orang kena tuduh mesti membuktikan bahawa harta dan barangan dan lain-lain yang ada pada beliau itu bebas dari unsur-unsur rasuah. Maka tidak hairanlah jika suatu ketika dahulu bekas Ketua Polis Negara mengatakan bahawa 40% daripada pegawai atasan polis boleh disabitkan dengan rasuah hanya kerana gaya hidup mewah mereka.
Dalam proses menerima aduan, apakah pihak anggota suruhanjaya akan menjalankan siasatan hanya apabila;
(i) menerima aduan atau;
(ii) hanya dengan mensyaki sesuatu kelakuan mewah yang tidak sepadan dengan tugas pegawai tersebut atau;
(iii) menerima aduan dengan hanya surat layang atau hearsay; dan
(iv) gaya hidup seorang pegawai tersebut hanya berdasarkan maklumat yang diterima oleh pegawai suruhanjaya untuk melakukan penyiasatan.
Saya bersetuju jika pembawa fitnah dihukum dengan hukuman yang berat sepertimana yang disebut Yang Berhormat Maran tadi [Membaca sepotong ayat al-Hadis] “Sesungguhnya
DR. 16.12.2008
36
fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh”. Harapan agar kerahsiaan nama pemberi maklumat perlu dijaga walaupun oleh sesiapa dan tidak perlu didedahkan oleh pendakwaan raya dan pegawai suruhanjaya. Melainkan hanya untuk tujuan siasatan dan dalam mahkamah. Tidak seperti yang dinyatakan dalam fasal 29 (4). Saya rasa Rang Undang-undang Pelindungan Saksi yang dibentangkan pagi ini diharap dapat membuka ruang untuk lebih ramai memberi maklumat berhubung dengan kes rasuah ini. Tahniah kepada menteri yang membawa undang-undang pada pagi tadi.
Tuan Yang di-Pertua, pegawai suruhanjaya juga dikatakan sentiasa dalam keadaan bertugas. Apakah maknanya mereka ini dalam sentiasa dalam keadaan bertugas. Apakah macam di dalam hospital kita ada tugas on call ataupun tugas standby call? Bagaimana pula dengan elaun yang didapati oleh mereka. Apakah berdasarkan masa ataupun ketika yang mereka gunakan untuk melakukan tugas-tugas. Adakah sentiasa dalam keadaan ini, bermakna mereka boleh mendapat over time elaun sentiasa kerana mereka ini sentiasa dalam keadaan on call. Jadi saya minta penjelasan daripada menteri berhubung dengan perkara ini.
Satu lagi saya rasa kredit kita berikan kepada rang undang-undang ini yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan jelas mengatakan bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah merupakan satu kesalahan. Sesuai dengan hadis yang dibaca oleh ramai sahabat-sahabat tadi, [Membaca sepotong ayat al-Hadis]. Ini kerana kita tahu hasil yang mereka dapati daripada hasil rasuah ini merupakan satu hasil yang haram bagi orang Islam. Kita kena tahulah, [Membaca sepotong ayat al-Hadis] “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram itu, api neraka adalah lebih aula”.
Jadi sekiranya kita tahu terutamanya orang yang beragama Islam, kita mestilah kena faham bahawasanya setiap yang tumbuh itu walaupun setitik darah yang kita dapat itu daripada sumber yang haram maka, akhirnya akan dihumban oleh Allah SWT di dalam api neraka. Walaupun begitu, saya rasa satu penelitian harus diberikan kepada mereka yang menerima dan memberi rasuah yang tidak mempunyai kaitan. Ini kerana dalam rang undang-undang ini ada menyebut khusus berhubung dengan kaitan ataupun orang yang tidak mempunyai kaitan dengan hal ehwal perniagaan atau principle. Bahkan mereka yang tidak ada kuasa atau tidak ada niat, bahkan tidak sebenarnya berbuat sesuatu dan tidak pun ada hubungan dengan hal ehwal yang melibatkan rasuah tersebut.
Kita mula berasa hairan di dalam klausa ini dikatakan agen kepada seseorang tetapi dalam sub klausa dikatakan tidak mempunyai kuasa. Ini suatu yang agak janggal dan contradict atau mungkin kesilapan daripada penjelasan yang diberikan kepada saya. Saya harap menteri juga dapat memberikan penjelasan terhadap klausa ini. Bagaimana ia boleh menjadi agen kalau ia tidak ada kuasa, bahkan tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi.
Kalau kita lihat kepada apa yang berlaku dalam negara kita ini kadang-kadang kepada driver menteri misalnya ataupun mereka yang dekat dengan menteri walaupun dia tidak
DR. 16.12.2008
37
mempunyai kuasa tetapi ia boleh mempengaruhi. Adakah ini yang dimaksudkan di dalam klausa ini. Kalau kita sebut tentang tolong ataupun kuasa ataupun membantu saya rasa kesusahan hati yang disebutkan oleh seorang daripada wakil BN semalam, saya tidak ingat dari mana. Orang-orang politiklah merupakan mereka-mereka yang mungkin terdedah kepada mereka yang boleh didakwa dalam klausa ini.
Tentang penterjemahan dokumen terdapati dalam ini disebut tentang mereka-mereka yang akan diberikan ganjaran apabila mereka dikehendaki untuk menterjemah sesuatu dokumen ataupun data. Saya hendak tahu adakah mereka yang sedang disiasat itu sendiri akan diberikan sesuatu kredit ataupun ganjaran sekiranya mereka itu sendiri yang menterjemah.
Dalam ini hanya disebut orang yang membantu untuk menterjemah kepada sesuatu yang disiasat. Harta yang disita yang tidak mudah rosak dan tidak perlu dijual didapati susut nilai. Apakah ganti rugi akan dibayar seandainya habis siasatan. Maka tidak didapati tidak disabitkan kesalahan kepada orang yang disiasat supaya penganiayaan tidak berlaku kepada mereka yang siasat tetapi tidak bersalah dalam keadaan harta ataupun bahan bukti tersebut sudah susut nilai.
Di akhir perbahasan ini saya ingin menyeru sekali lagi supaya sama-samalah kami di sini juga menyokong dan pihak Barisan Nasional juga menyokong supaya kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bebas dari rasuah ini kita letakkan satu konotasi kepada rasuah ini sebagai satu najis yang akan merosakkan diri dan juga masyarakat. Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Thursday, December 18, 2008

Jualkan IJN, kerajaan tak ada fulus ke!!

Memang benar selera Menteri Kewangan yang pertama bakal menjadi Perdana Menteri ini, mempunyai selera besar yang akan menjadikan BN pada PRU 13 nanti menjadi bahan sejarah.
Kalau dilihat kepada ucapan Ketua Pembangkang dalam perlimen baru-baru ni, 2 hari sebelum melepaskan jawatan Menteri Pertahanan, satu persetujuan untuk membeli eurokopter yang kontroversi didalam penggunaan menggantukan NURI, pemberian kontrak dan spesifikasi serta harga yang jauh berbanding dengan Brazil tuh heboh seluruh negara, sehingga Menteri Pertahanan yang baru terpaksa memikirkan semula untuk pembelian tersebut. Alkisah Brazil yang berada di Amerika Latin pun lebih cerdik dari kita, dahlah harga jauh lebih murah, kena pasang pula di negara dia untuk memberi pekerjaan dan kemahiran teknikal kepada anak tempatan dia berbanding dengan kita yang beli lebih mahal, dan tak ada pula perjanjian yang memberikan peluand pekerjaan kepada anak negeri sendiri.

Perkara kedua yang berlaku sekarang adalah pusat perubatan yang telah dibina dengan duit kerajaan untuk menjaga jantung rakyat, satu organ yang amat penting dalam tubuh dimana itulah benda yang berguna untuk mengepam darah yang membawa makanan, oksijen dan mengeluarkan karbon dioksid daripada badan , akan dijual kepada Sime Darby. Sime Darby yang sudah ada 2 pusat perubatan akan menambah pusat jantung negara ini menjadi koleksi mereka yang akan merawat masalah yang menjadi salah satu penyebab kematian utama rakyat selain accident dan barah.

Memang cukup lumayan perolehan mereka nanti, kerana ramai rakyat kita pasti akan berhadapan dengan masalah jantung ini dikala tua mereka, jadi senanglah nanti Sime Darby menahan lukah dipergentingan dan sudah pasti akan membuat banyak keuntungan dan rasanya akan lebih ramai lagi pakar jantung yang ada dan pakar bedah jantung akan beraluh kepada mereka , maka yang tinggal didalam kerajaan hanya yang terpaksa menghabiskan masa sebab mengambil biasiswa.

Ana hanya memikirkan apa akan terjadi kepada kakitangan kerajaan dan mereka yang berada ditahap bawah , rakyat dikampong dan pekerja rendah serta penoreh dan pekebun, dimanakah nanti mereka akan mendapat rawatan sempurna saperti yang diperolehi sekarang daripada IJN ini.

Apakah sebab maka pusat yang sudah establish dan maju serta banyak berbakti kepada rakyat ini hendak dijual, apakah kerajaan dibawah Menteri Kewangan baru ini tidak ada wang lagi, atau ada mereka dibelakang yang akan menunggu laba yang banyak hasil dari menahan lukah dipergentingan ini.

Khabarnya kerajaan akan membuat satu pusat jantung yang lain di Negeri Selangor, yang akan dilengkapi saperti di IJN, mungkin di Serdang, ana belum pasti, tetapi apakah lebih baik kalau Sime Darby sendiri yang bangunkan pusat yang baru tu dan jadikan pusat IJN sendrir bukannya mengambil atau membeli yang kerjaan punya yang di Miliki oleh MOF incorporated ini.

Kita tak dapat gambarkan berapa kos untuk satu coronary bypass atau stenting, atau angioplasty di IJN milikan Sime Darby itu nanti.

Ana memeng tak setuju dengan hal penjualan IJN kepada Sime Darby ini , kerana mengambil yang orang sudah buat dan establish lalu kan mengaut keuntungan belimpah ruah atas pemimdasan kepada rakyat marhaen. Mungkin inilah yang dapat ditunjunjukka oleh Menteri Kewangan yang baru setelah nitch lain masih belum ada pada beliau sebagai bekalan untuk menjadi PM nanti. Kalau inilah pertunjukan beliau, maka amat malang bagi rakyat yang mempunyai PM saperti ini. Tetapi kita harus ingat, sebelum ini belum ada Menteri Kewangan yang akan berakhir menjadi Perdana Menteri, Tun Tan Siew Sin, Tun Daim, Tengku Razaleigh, semuanya tidak berakhir dengan Perdana Menteri, tak tau Menteri Kewangan yang satu ni, dari awal sudah nampak akan memeritkan kantung rakyat .

Tuesday, December 16, 2008

Perbahasan ana dalam RUU SPRM (ganti BPR ).

TYDP

1. Harapan rakyat agar suruhanjaya ini tidak akan menjadi saperti suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ditubuhkan banyak sebelum ini saperti suruhanjaya hak asasi manusia ( SUHAKAM) yang menjadi harimau kertas yang tak bergigi, buat syor dan tak dipatuhi dalam melaksanakan syor tersebut, hanya ada laporan dan tak dibenarkan untuk dibahaskan dalam parlimen laporan mereka dan syor mereka mengenai perhimpunan aman dan ISA semacam tak diendahkan.
2. Begitu juga syor dari suruhanjaya penambahbaikan polis sampai sekarang tinggal syor saja dalam isu IPCMC, begitu juga dengan suruhanjaya video Lingam , ia berjalan bagai kura-kura dalam melunasi hasrat anggota suruhanjaya terhadap mereka yang terlibat. Jadi rakyat tidak mahu selepas ini ada satu lagi penambahan koleksi suruhanjaya yang tidak ada gigi , hanya tinggal gusi yang tidak dapat berfungsi dengan tegas dan bebas. Jaminan yang diberi oleh Menteri dari Padang Rengas menyatakan suruhanjaya ini akan mempunyai gigi yang tajam, harap jaminan ini dapat menjadi kenyataan dan indeks persepsi rasuah kita juga akan menjadi lebih baik dimasa depan.
3. Kita tidak mahu suruhanjaya yang ditubuhkan ini, menggunakan banyak wang pembayar cukai untuk emolument mereka, tetapi bila syor yang dibuat, akhirnya PM dan peguam Negara juga yang menjadi kata putus dalam menentukan siapa yang akan didakwa dan siapa yang akan terlepas.
TYDP
4. Didalam RUU ini, kita tidak nampak satu ikatan yang memberikan kuasa kepada suruhanjaya ini untuk bertanggungjawab dalam proses pendakwaan dan tidak ada satu kemestian bagi Peguam Negara mematuhi syor daripada suruhanjaya ini. Apakah ini menandakan suruhanjaya ini tidak bebas menjalankan tugas mereka, setelah bertungkus lumus menjalankan siasatan, tiba-tiba bila sampai kepada proses untuk dakwaan, Peguam Negara tidak mahu meneruskan presedur. Tidak ada satu klausa yang menyatakan syor dari suruhanjaya hendaklah dipatuhi oleh AG.

5. AG pula tidak tertakluk kepada persoalan yang boleh mempertikai keputusan beliau, apakah beliau boleh ditanya dan dipersoal kenapa tidak didakwa kes yang telah disiasat oleh suruhanjaya dan apakah beliau boleh dipersoalkan juga didalam parlimen yang membahas dan meluluskan RUU ini.
6. Kalau kita telusuri sejarah yang ada sebelum ini saperti dizaman Allahyarham TS Abd Kadir Yusof, yang menjadi menteri undang undang, dan TS Hamzah Abu Samah dan duduk dalam parlimen yang boleh dipersoalkan tindakan mereka , oleh sebab itu pada zaman itu banyak jerong yang merengkok didalam penjara berbanding sekarang ini dimana bilis sahaja yang lekat, kerana jaring yang dipasang adalah jaring sarang labah-labah
7. Memang kita tidak nafikan ada 3 Jawatan kuasa yang akan dibentuk dalam RUU ini dan ada lagi jawatankuasa lain yang tidak dimasukkan dalam RUU ini, khabarnya akan ditambah kemudian, saperti Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Pemantau dan Jawatankuasa aduan, masing-masing dilantik oleh Yang Dipertuan Agong , Perdana Menteri dan Menteri, tetapi dari satu segi sudah nampak bahawa ia menggambarkan Suruhanjaya ini boleh dipengaruhi, tidak bebas. Lembaga penasihat boleh menasihat, lembaga pemantau boleh memantau , Cuma JK aduan saja mungkin boleh melihat mana yang tidak betul lalu boleh membuat aduan, tetapi apakah aduan itu akan dipatuhi atau tidak, ianya masih belum menggambarkan adanya kebebasan SR. Bahkan dinyatakan ada 2 lagi JK yang tidak dilepaskan dalam RUU ini, hanya dijelaskan dalam akhbar sahaja.
TYDP
8. Walaupun roh suruhanjaya ini nampak ianya menunjukkan ketelusan dan akan mencengkam semua yang mungkin terlibat dengan rasuah, tetapi dari klausa yang ada, kita tidak nampak suruhanjaya ini akan dapat berfungsi dengan tuntas dan telus. Saperti yang saya sebutkan tadi, akhirnya hanya AG yang berkuasa saperti yang ada pada hari ini dibawah BPR. BPR siasat polis dan polis siasat BPR akhirnya simpan dalam buku rekod, masuk menjadi sejarah dalam fail siasatan, kerana keputusan akhir ada pada AG.
9. Didalam tugas Ketua Pesuruhjaya disebut bahawa mereka hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai suruhanjaya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya , tetapi bila sampai kepada pendakwaan mestilah dimulakan oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. Apa makna kuasa pendakwa raya yang diberikan kepada ketua pesuruhjaya tadi. Ini yang dikatakan harimau robot tanpa gigi.
10. RUU ini juga menyamakan anggota suruhanjaya ini sama saperti Polis dan penjara didalam sesetengah klausa didalam tugas menahan , dan pejabat suruhanjaya sama saperti balai polis. Apakah selepas ini akan ada pusat tahanan didalam pejabat suruhanjaya ini saperti dipejabat polis yang lain. Bagaimana pula dengan latihan yang mereka terima apakah sama saperti pegawai polis dan pegawai penjara ?. Dan apakah nanti akan berlaku saperti pertindihan kuasa diantara tugas pegawai polis, pegawai penjara dan anggota suruhanjaya pula.
11. Didalam klausa yang menyatakan tugas pegawai bawahan anggota Suruhanjaya , mereka hendaklah menerima arahan dan petunjuk dari pegawai atasan secara lisan atau tulisan. Apakah ini bukan merupakan satu perangkap kepada pegawai bawahan kerana kalau hanya arahan lisan yang perlu dipatuhi, maka apa akan berlaku jika berlaku penafian setelah sesuatu yang nampak akan mengenai atau membabitkan pegawai atasan tersebut, maka tidakkah pegawai penyiasat tadi akan menjadi kambing hitam. Naya kawan.
12. Tidakkah lebih baik jika dikatakan arahan lisan yang mesti dituruti dengan arahan bertulis atau arahan lisan dan bertulis. Kes Menteri memberi arahan bertulis dengan tulisan pensil kepada KSU suatu Kementerian suatu masa dulu masih kekal dalam ingatan kita dimana akhirnya KSU yang masuk jel, tetapi menteri masih bebas mengumpulkan harta, inikan pula arahan hanya dalam bentuk lisan sahaja.
13. Tetapi kalau dilihat kepada kuasa menyiasat terhadap aduan pula, walaupun ianya dalam bentuk lisan tetapi ia mesti diubah kedalam bentuk tulisan dan dibaca kepada pengadu dan ditandatangani oleh pengadu serta dimasukkan kedalam buku rekod siasatan untuk simpanan dan rujukan.
TYDP.
14. Kesalahan rasuah berbeza daripada kesalahan jenayah lain, dimana dalam pertuduhan jenayah, pendakwa mesti membuktikan bahawa OKT yang melakukan kesalahan dengan bahan bukti yang ada, tetapi dalam kes rasuah, OKT mesti membuktikan bahawa harta dan barangan dan lain-lain yang ada pada beliau itu bebas dari unsur-unsur rasuah. Maka tidak hairanlah jika suatu ketika dulu bila bekas ketua polis Negara menyatakan bahawa 40 % pegawai atasan polis boleh disabitkan dengan rasuah hanya kerana gaya hidup mewah mereka. Rasuah adalah merupakan sumber yag haram yang bila digunakan untuk memelihara, membeli makanan yang halal, maka akan menjadi makanan yang haram hadis nabi ada menyebut ' kullu lahmin nabata minal haram, fannaru aula bih' , setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram , maka api neraka lebih aula baginya.


15. Didalam proses menerima aduan, apakah pihak anggota suruhanjaya akan menjalankan siasatan hanya apabila menerima aduan atau hanya dengan mensyaki sesuatu perlakuan mewah yang tak sepadan dengan tugas beliau, atau menerima aduan daripada surat layang dan ‘hearsay’ atau gaya hidup seseorang pegawai tersebut hanya berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh pegawai suruhanjaya untuk melakukan penyiasatan.
16. Saya bersetuju jika pembawa fitnah dihukum dengan hukuman yang berat, kerana fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh’ alfitnatu ashaddu minal qatlu’, fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
17. Harapan agar kerahsiaan nama pemberi maklumat perlu dijaga walaupun oleh sesiapa dan tidak perlu didedahkan hatta oleh pendakwa raya dan pegawai suruhanjaya melainkan hanya untuk tujuan siasatan dan dalam mahkamah, tidak saperti yang ada didalam pasal 29(4). RUU Perlindungan saksi yang dibentang pagi ini diharap dapat membuka ruang untuk lebih ramai memberi maklumat berhubung kes rasuah ini.

TYDP
18. Pegawai suruhanjaya juga dikatakan sentiasa dalam keadaan bertugas, apakah maknanya mereka ini sentiasa dalam keadaan ‘on call’ atau ‘standby call’ macam Doktor didalam hospital, dan bagaimana dengan elaun mereka, ataukah berdasarkan masa tersebut atau hanya apabila tugas itu berlaku dan telah terjadi.? Ataukah mereka ini mendapat elaun lebih masa ’ overtime allowance’.
19. Kredit kepada RUU ini kerana dengan jelas menyatakan bahawa menjadi kesalahan kepada pemberi dan penerima rasuah. Sesuai dengan hadis rasulullah ‘ ar rashi wal murtashi fin nar’. Orang yang memberi dan menerima rasuah didalam Neraka. Sepatutnya rasuah ini boleh disebut najis yang lebih buruk dan hina daripada dadah, kalau dadah manjadi buruan , maka rasuah juga sepatutnya menjadi buruan selepas ini. Bagi orang Islam, pesanan nabi ‘ setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api Negara lebih aula bagi mereka.’
20. Walaupun begitu, suatu penelitian harus diberikan kepada mereka yang dianggap menerima dan memberi rasuah yang tidak mempunyai kaitan dengan hal ehwal perniagaan atau principal, bahkan mereka yang tidak ada kuasa , atau tidak ada niat , bahkan tidak sebenarnya berbuat sesuatu dan tidakpun ada hubungan dengan hal ehwal yang melibatkan rasuah tersebut. Kita merasa hairan didalam klausa ini dikata ejen kepada seseorang, tetapi didalam subklausa dikatakan tidak mempunyai kuasa, ini sesuatu yang agak janggal dan kontradik, atau mungkin saya tak jelas, harap menteri tolong beri penjelasan. Bagaimana ia boleh menjadi ejen kalau ia tidak ada kuasa bahkan kuasa mempengaruhi, misalnya pemandu kepada menteri, walaupun ia tidak berkuasa dari segi tugas,, ia masih berkuasa dari segi mempengaruhi, oleh itu istilah tidak mempunyai kuasa disini harus diperhalusi lagi.
21. Bila menyebut pasal tolong disini, saya rasa orang politiklah yang akan terdedah dan paling ramai dalam kesalahan ini kerana mereka akan sentiasa didatangi untuk mendapat pertolongan diatas sesuatu tindakan atau tidak dilakukan apa-apa tindakan , kalau tak tolong tak dapat undi nanti !!, kalau tolong kena dakwa nanti !!.
22. Penterjemahan dokumen atau data oleh orang yang tidak terlibat sebagai disiasat akan mendapat upah menterjemah, apakah orang yang disiasat yang membuat penterjemahan juga boleh mendapat upah menterjemah, kerana tiada arahan menyatakan dia mesti menterjemah.
23. Harta yang disita didalam sesuatu penyiasatan yang tak mudah rosak dan tak perlu dijual didapati susut nilai , apakah ganti rugi akan dibayar seandainya habis siasatan maka didapati tidak disabitkan kesalahan kepada orang yang disiasat supaya penginayaan tidak berlaku kepada mereka yang disiasat tetapi tidak bersalah dalam keadaan harta bahan bukti sudah susut nilai .
24. Akhir sekali harapan agar dengan ujudnya RUU ini, masalah najis rasuah dan persepsi rasuah dalam Negara kita dapat dibendung dan seterusnya dihapukan secara total.

Monday, December 15, 2008

Balai Polis terbengkalai, syarikat senang lenang.

Persoalan ana kepada Kementerian Dalam negeri Khamis minggu lepas , kini menjadi isu pasal kegagalan menyiapkan IPD Pendang dan Yan.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamulaikum warahmatullah, selamat pagi
Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, ada sedikit tambahan IPD Kuala Muda
di Sungai Petani.
4. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
bilakah projek Balai Polis Pendang dibuat dengan cara cross subsidy bersama Balai Polis Yan dan
IPD Kuala Muda Sungai Petani akan diteruskan, apakah status projek itu sekarang, hukuman kepada
syarikat terbabit.
■1030
Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Syed Hamid Albar]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Pendang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, projek cadangan Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Pendang, Kedah tidak dilaksanakan secara cross subsidy bersama balai polis
Yan dan IPD Sungai Petani seperti Yang Berhormat tanyakan tadi. Sebenarnya projek ini asalnya
termasuk dalam pakej projek penswastaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan Kedah yang telah
dimeterai perjanjian dengan kerajaan pada Julai 2001.
Tempoh perjanjian penswastaan ialah mulai 11 Julai 2001 selama tiga tahun. Kos membina
ketiga-tiga IPD ini berjumlah RM109 juta. Cara pembayarannya dengan pemberian tanah ataupun
lands award milik kerajaan yang digunakan oleh PDRM di Sungai Petani kepada kontraktor. Harga
tanah tersebut adalah senilai dengan kos projek.
Walau bagaimanapun, dalam kontrak ini pihak kontraktor hanya dapat menyiapkan projek
IPD Kuala Muda sahaja. Kos pembinaan ialah RM53.7 juta. Sijil layak menduduki dikeluarkan pada 2
DR. 11.12.2008
8
September 2004. Kerajaan telah membayar kos projek ini dalam bentuk memberikan sebahagian
tanah yang dijanjikan dalam kontrak yang bersamaan dengan nilai RM53.7 juta.
Projek IPD Pendang telah dimulakan oleh kontraktor pada 15 Mac 2005 tetapi telah
terbengkalai ketika kemajuan kerja yang dicapai hanya sekitar 28%. Atas persetujuan kedua pihak
kontraktor dan kerajaan, kontraktor bersetuju menarik diri dari melaksanakan projek yang seterusnya
perjanjian telah ditamatkan pada 17 September. Status projek tersebut pada masa ini adalah kita
akan laksanakan projek ini melalui private finance initiative dengan izin di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan dan ianya akan dilaksanakan pada 2009. Status projek-projek tersebut adalah
di dalam proses penyediaan dokumen peringkat tender oleh pihak JKR selaku agensi pelaksana.
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya projek ini telah dimulakan semasa Pilihan Raya Kecil
Pendang 2002. Kerajaan telah memberikan tanah kepada syarikat ini di Sungai Petani iaitu bekas
kem polis hutan di Sungai Petani dan mereka telah pun berjaya membuat rumah kedai, rumah
penginapan dan telah berjaya menjual dan mendapat keuntungan RM400 juta tetapi dua balai polis di
Yan dan juga di Pendang masih terbengkalai. Di Yan belum dibuat dan di Pendang macam Yang
Berhormat Menteri kata 28%. Hari Khamis lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab 27%.
Tak apalah. Dekat-dekat 27 dengan 28. Masalah yang dihadapi adalah kawasan tersebut telah pun
ditumbuhi oleh pokok-pokok menjadi hutan dan membiak banyak binatang buas. Saya tak tahu
syarikat yang mendapat projek ini kalau tak silap saya Nagasari telah pun diberhentikan dan
menghantar surat surrender tidak mahu lagi meneruskan.
Soalan saya, apakah tindakan yang dikenakan kepada syarikat yang membengkalaikan
projek yang telah diberikan. Mereka sudah dapat tanah, sudah buat bangunan dan untung beratus
juta tetapi ditinggalkan dua buah balai polis ini. Apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap
syarikat ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, 27 dengan 28 samalah kira. Betul Yang
Berhormat cakap tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek ini telah ditamatkan. Bila
ditamatkan pihak kementerian melihat dari segi nilai kepada projek yang siap. Sebab itu satu sahaja
tanah yang diberikan satu lot di Sungai Petani yang telah diberikan kepada kontraktor yang
bersamaan dengan nilai kontrak yang sudah siap. Yang lagi dua itu tidak diberikan kepada kontraktor
dan akan dilakukan melalui projek PFI sebagaimana yang saya katakan tadi.

Kelmarin Menteri pi Sg Petani dan dia kata memang syarikat tu akan kena tindakan, pada sesi lepas lagi ana dah beberapa kali bangkitkan isu itu dan dah berapa syarikat yang dah surrenda nak buat IPD tu, tetapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada mereka .
Pemaju gagal siap 2 IPD boleh dikenakan tindakan
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pemaju yang gagal menyiapkan ibu pejabat polis (IPD) daerah Pendang dan Yan yang tertangguh sejak lebih 10 tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kegagalan syarikat pemaju itu melaksanakan kedua-dua projek berkenaan yang pada asalnya hanya bernilai RM55.7 juta menyebabkan kerajaan terpaksa merancang semula pembinaan kedua-dua IPD itu dengan kosnya meningkat kepada RM90 juta.

“KDN sedang meneliti semula terma perjanjian projek itu dan sekiranya ada fakta kukuh, kita akan mulakan tindakan saman.

"Pada masa depan kita kena buat perjanjian lebih ketat supaya kejadian seperti ini tidak berulang kerana kita sekarang kena belanja RM90 juta untuk menyiapkan dua IPD itu," katanya selepas mendengar taklimat projek pembangunan polis Kedah di pejabat polis trafik Kuala Muda di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Mashuri Zainal dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Syed Hamid bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat pemaju diberikan kontrak membina projek itu yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.
Pembinaan IPD Pendang dan Yan serta Kuala Muda diumumkan pada 1997 menerusi konsep penswastaan, dengan kerajaan menukarkan tanah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bandar ini sebagai kos pembinaan tiga IPD itu kepada sebuah syarikat pemaju.

Bagaimanapun, hanya IPD Kuala Muda disiapkan pada 2003 manakala dua lagi tidak disiapkan dengan IPD Pendang hanya siap setakat 28 peratus, manakala pembinaan IPD Yan belum dimulakan.

Ketiga-tiga projek berkenaan sepatutnya mampu menyediakan 700 unit kuarters untuk anggota polis.

Syed Hamid berkata, kerajaan akan mengambil balik tanah seluas 5.5 hektar yang sepatutnya diberikan kepada pemaju terbabit kerana kegagalan membina IPD Yan dan Pendang.
Bagaimanapun, kawasan seluas 72 hektar di Sungai Petani sudah menjadi milik syarikat berkenaan sebagai kos membina IPD Kuala Muda.

Beliau berkata, pembinaan semula kedua-dua IPD terbabit dijangka dimulakan tahun depan menerusi konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

"Kos asal pembinaan IPD Kuala Muda, Pendang dan Yan ialah RM109.4 juta dengan IPD Yan berharga RM26.7 juta, manakala Pendang RM29 juta.

"Sekarang kita hendak bina semula (IPD Yan dan Pendang) dan setiap satu berharga RM45 juta,” katanya.

Selain itu, beliau juga kecewa kerana IPD Baling baru sudah 95 peratus siap dan sepatutnya sempurna pada 2005 belum boleh diduduki

Senang-senang syarikat dapat untung tetapi lepas tangan kerajaan tak ambil apa-apa tindakan. Dalam sesi lalu ada dinyatakan syarikat tersebut, bunyi macam Nagasari, tetapi ana kena pastikan dulu sama betul atau tidak.
Walau bagaimanapun, kawasan hutan tapak IPD tu sekarang sudah jadi hutan belantara dihuni oelh ular sawa, biawak dan mungkin naga juga .

Sunday, December 14, 2008

Demi kerana undi!!

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Melaka kini membenarkan semua jabatan dan agensinya mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata larangan itu sudah dibatalkan bagi membolehkan kerjasama antara kedua-dua negeri itu dilakukan.

"Lawatan ke Kelantan kini sudah dibenarkan, dulu dilarang disebabkan ada kaitan dengan pembabitan politik," katanya ketika berucap merasmikan Promosi Pelancongan 'Jom Ke Melaka' di Tecso Lembah Sireh dekat sini, semalam.

Ada ana terbaca laporan Ketua Audit negara pasal orang politik yang pergi melawat sesuatu kawasan, lepas tu claim atas dasar lawatan sambil kerja, maknanya claim duit kerajaan la tuh, tak tahu pula ana siapa yang dimaksudkan oleh AG tu.

Rasa nak tergelak juga ana, dulu sampai kakitangan kerajaan negeri Melaka kecut perut habis, takut nak lawat Kelantan takut nanti kena tindakan oleh ketua Menteri yang dikatakan super berkuasa itu. Aleh-aleh tengok dia tercongok ada kat Tesco Kelantan, cuba nak tarik orang Kelantan melawat Melaka pula, ini la memang jenis muka tak malu, jilat kahak pekat sendiri.

Bila sebut pasal kelantan dan Melaka ni, ana teringat kisah Pak Mertua ana orang Melaka, dulu pergi melawat Kelantan masa PAS mula perintah, dikatakan beras tak ada, maka berbungkus-bungkus lah masing-masing bawa beras untuk makan nasi disana, takut kebulur , tetapi bila sampai siap makan berjenis nasi dan sedap pula tu beras di Kelantan, lalu masing masing berbungkus-bungkus pula beli beras dari Kelantan bawa balik ke Melaka. Ini mungkin termakan khabar palsu dari orang-orang KM Melaka kut, tu jadi macam tu .

Berbalik kepada KM Melaka tu, dek kerana nak bertanding Timbalan Presiden dan nak dapat undi dari orang Kelantan, maka terpaksa beliau pergi sendiri merayu perwakilan untuk memberi sokongan kepada beliau, sebab itu dia ada kata kalau tak silap dengar ana, saya pergi atas urusan parti, bukan urusan kerajaan, harap lepas balik nanti jangan claim dari kantung kerajaan sudah lah wahai KM yang sudah 'gostan' kebelakang no!. Jangan ikut macam komen yang telah dibuat oleh akauntan negara dalam laporan lepas tu.

Kita cuma berharap, lepas ni KM Melaka jangan buat perkara yang sama kepada kerajaan negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor sudahlah, nanti habis jadual lawatan kakitangan kerajaan negeri Melaka kena rombak pasal tak boleh nak buat rundingan dengan negeri Pakatan Rakyat dan nanti tinggal negeri Melaka kesaorangan kerana negeri lain tidak boleh dilawati lagi kerana alasan politik KM Melaka saperti yang dibuat dengan Kelantan dulu.

Rasanya sekarang beliau sudah sedar dan sudah kembali kepangkal jalan dan harap tidak ada lagi otak yang serupa ujud didalam MB atau KM Negeri yang lain, biarlah apa yang pernah disuarakan oleh KM Melaka itu menjadi bahan sejarah untuk ditinggalakan dan dikaji oleh anak cucu dari negeri Melaka sahaja. Koleksi sejarah pelik ini biarkan dimasukkan sama kedalam muzium yang banyak di Melaka bersama gambar Shah Rukh Khan bersamping dan bersongkok menerima pingat daripada YDP Negeri Melaka dibawah kepimpinan YAB KM Melaka sekarang ( 2008), calon Timbalan Presiden UMNO.

Saturday, December 13, 2008


Saat yang paling mendebarkan bagi seornag kanak-kanak lelaki adalah ketika tiba musim cuti sekolah. Khitan atau bersunat atau lebih disebut khatan dalam negara kita biasanya dilakukan pada usia kanak-kank disekolah rendah sekitar 7 hingga 10 tahun.

Bagi anak-anak di Kpg Carok kudong, semalam Sabtu 13 Disember merupakan hari yang paling mendebarkan kerana seramai 24 orang telah dikhitankan oleh Mudim dari Yan, anak kepada mudim terkenal dizaman ana keil dulu, tuan Hj Mohd Amin.

Oleh kerana tidak sempat menziarahi pada sebelah pagi kerana ana juga ada melakukan khitan kepada kanak=kanak lain diklinik, maka ana pergi melawat merka disebelah malam di Dewan orang Ramai Carok Kudong.

Hanya tinggal 6 orang yang masih berada dan bermalam disitu. Dilihat pada wajah mereka, kesemuanya nampak ceria dan seronok dengan hadiah masing-masing dan ditemani oleh ibu dan bapa .


Program khatan beramai-ramai ini sebenarnya lebih menjadikan seseorang kanak-kanak itu berani dan tidak mudah menangis kerana melihat sahabat yang lain tidakpun menitiskan air mata.

Ana harap program sebegini dapat diteruskan demi untuk perpaduan masyarakat dan keharmonian kampong dimasa depan, insyaallah. Cuma bagi kami yang memprktikkan cara moden, tidak dapat melakukan dengan cepat kerana masa untuk menjahit itu agak panjang, seorang sekitar 20 minit berbanding dengan cara mudin, melainkan kalau menggunakan cara clamp.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Petang semalam, sahabt dicawangan dari Kampong Senara dan Lahar Tunjung memberitahu ada satu keluarga yang mempunyai 2 anak yang cacat anggota daif dan tidak dapat berjalan hanya duduk dan mengesot sahaja diatas rumah dijagai oleh seorang ibu tua dan anak lelaki yang bekorban menjaga adi dan abang cacat sehingga membujang hingga kini , lalu ana dan PA pun pergi menziarahi dan menghadiahkan sebuah kerusi roda yang diidamkan oleh siibu untuk membawa anak beliau bersiar-siar diluar rumah.

Ibu ini mempunyai 5 anak, 2 daripada mereka mengalami kecacatan , satu sejak lahir dan satu lagi diusia kanak-kanak kerana sawan. Keduanya mengalami masalah otak dan anggota dan tidak dapat berjalan.

Siabang Saadan nayan 32 tahun , dilahirkan ccacat dan sekarang tidak dapat melihat , tidak boleh berjalan dan tidak dapat bertutur serta makan , minum dan kebersihannya pun mesti dilakukan oleh orang lain. 24 jam mesti dijagai oleh ibu atau adik yang tinggal bersama mereka.



Siadik Zulkifli Nayan 28 tahun , mengalami sawan sejak kecil dan sekarang kecacatan anggota , tidak dapat berjalan dan cacat akal , juga terpaksa dijagai oleh ahli keluarga yang lain sehingga makan minum terpaksa kena disuapkan.

Ana solute kepada siadik yang sanggup menjaga mereka dan bekorban hidup beliau demi abang dan adik beliau yang dua orang ini. Ibu sudah tua, 70 tahun lebih, sudah bongkok dan beliaulah yang banyak menghabiskan masa memasak dan melakukan kerja-kerja rumah demi anak cacat dua orang ini.



Siibu sebagai warga emas yang uzur diberitahu mendapat bantuan kebajikan RM 80.00 sebulan, tetapi kedua-dua sianak OKU ini tidak mendapat apa-apa bantuan baik OKU atau miskin. Ana sedang berusaha bersama pihak AJK Cawanagn untuk mendapatkan bantuan OKU untuk mereka berdua daripada kebajikan ,insyaallah.

Wednesday, December 10, 2008

Sayonara BPR

Semalam PM Pak Lah yang akan berhenti dari menjadi PM bulan MAC nanti telah membentag RUU mencegah rasuah yang baru yakni bermakna BPR sudah tidak ada lagi selepas ini. Ia akan enubuhkan sebuah suruhanjaya yang akan berfubgsi mencegah rasuah yang kami anggap satu lagi agensi yang akan menghabiskan duit pembayar cukai dimana ia tidak ada kuasa untuk mendakwa dan tidak bebas dari pengaruh para eksekutif dan PM serta orang politik secara hakikatnya, walaupun dalam RUU ini seolah-olah nampaknya ia lebih telus dan bebas.
Walaupun bacaan kali kedua hanya pada minggu depan, namun dari ulasan yang dapat dibca oleh ramai pengamal undang-undang, ia masih tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa dan tidak diletak untuk dipeersoalkan didalam parlimen, dan hak ini masih lagi dalam bidang kuasa Peguam Negara saperti yang ada sekarang ini didalam BPR.
Rasanya kalau ditinjau dari keseluruhan ruh pindaan ini, yang ada sekarang nampak lebih baik dalam menjalankan tugas mencegah rasuah, tetapi sebagai memenuhi hasrat PM yang telah membuat janji dalam PRU 12 dulu hendak hapus rasuah, maka ini yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, bentang hari Isnin 10 Disember dan akan dibahas dua hari kemudian.

Macam orang semua dah cakap sebelum ini, 5 tahun dia perintah, tak dapat nak laksanakan semua usaha ini, tetapi dalam masa 5 bulan ini sebelum berhenti dia berusaha untuk melakukan semua yang dijanjikan konon untuk meninggalkan satu sejarah yang baik sebelum menyerahkan kepada timbalan beliau nanti.

Monday, December 8, 2008

Ibadah korban suatu tuntutan bagi yang berkemampuan


Alhamdulillah, setiap kali menjelang aidul adha, maka berduyun-duyunlah umat Islam tua dan muda mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan ibadah yang dituntut oleh agama kita yang suci ini untuk menunaikan ibdah sembahyang idul adha dan menyembelih haiwan korban.
Saperti tahun-tahun yang lalu, ana menunaikan solat idul adha bersama penduduk disekitar kawasan ana dan kali ini di Masjid Lama Gajah Mati berhampiran dengan markas PAS Gajah Mati dan menyampaikan khutbah raya.






Didalam khutbah tersebut telah dinyatakan berhubung dengan wujudnya syaitan manusia diakhir zaman ini yang tugasnya hendak menghanyutkan manusia semua jauh dari landasan Allah dan juga menjadikan manusia lali dari mengingati Allah serta kesalahan mereka yang melantik manusia ini menjadi dan percaya sebagai pemimpin sebagaimana salahnya umat dahulu mengangkat Firan, Qarun dan Haman sebagai pemimpin.
Kesalahan kita adalah kerana tidak tahu mengkritik mereka bila melakukan kesalahan dan terus mengangkat mereka menjadi pemimpin kita walaupun banyak yang dilakukan melanggar tatasusila kemanusiaan dan agama. Kalau rasuah berleluasa, penipuan menjadi-jadi dan penyelewengan berterusan masih berlaku tetapi kita masih lagi diam dan tidak berani bersuara maka itulah sebenarnya kita menjadi rakan karib kepada syaitan yang sudah tentu akan mendorong kita sama berlada bersama mereka didalam neraka Allah kelak.



Selesai sembahyang raya idul adha, dilakukan upacara korban diMarkas PAS Gajah Mati dengan 10 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan sebagi menyahut seruan Allah saw dan daging tersebut disedekahkan kepada fakir dan miskin melalui cawangan yang terpilih untuk tahun ini. Begitulah dibuat setiap kali musim korban dimana kami akan memilih cawangan yang berlainan agar setiap cawangan akan mendapat habuan untuk diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut giliran kerana setakat ini PAS Pendang ada 155 cawangan. 4 ekor lembu telah diserahkan terus kepada UPU di sekitar Pendang untuk disembelih oleh mereka dan diagihkan kepada yang berkenaan.



Moga semua yang menyumbang untuk ibadah korban ini mendapat ganjaran dari Allah saw.

Terima kasih lah, begitu pemurah Tan Sri.

Oii kaya nya orang ni,
kerja apa ya dia sebelum ni,
tak kan duit gaji dia tak guna langsung.

KALAU SEMUA ORANG jadi pemurah macam dia ni, insyaallah aman duania ni, tak ada lagi penyamun dan pencuri dalam negara kita, itu baru sumbangan derma , tak termasuk lagi zakat yang dia berikan.

Baguslah kalu pemurah macam ni sebagai pemimpin negara, tetapi rakyat yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan pagi esok ni nak tahu juga dari mana duit tu boleh masuk dalam akaun dia, lepas tu baru boleh sumbang kepada rakyat.

Bila bincang bab ni, ana sering teringat bahawa ' setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram itu maka api negara lebih aula baginya', oleh itu dari mana kita dapat duit tu, cara mana kita dapat duit tu, kalau gaji 20 ribu sebulan takkan boleh sampai berjuta-juta boleh bagi sumbangan, kalau ada pun cara mana kita boleh kumpul duit tu , salahguna kuasa atau tidak untuk kita dapat duit tu, tepuk dada tanyalah beliau.
"I donate (or alms) RM44 million of my money to Yayasan Islam Perlis," said former Perlis Menteri Besar and the super-rich, Datuk Seri Shahidan Kassim.
WOW!!! Lot of money man.. where the money come from? From the beginning?... Anymore?
Shahidan is the one out of 30 largest shareholders in MALGAMATED INDUSTRIAL STEEL BERHAD. As per records of Depositors as at 15 October 2004, he own 517,500 shares.
TODAY statement:
"I donated RM44 million to the Perlis Islamic Foundation (PIF) to implement its projects. I endowed all my shares in Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd (TTPC) for the past 10 years.
"The donation was supposed to be more than RM85 million, but after deducting the loan for investment in the independent energy provider, the nett amount donated was RM44 million."
Shahidan said he had to come out with the statement as there were certain quarters who questioned the money given to PIF.
When asked whether he had felt a sense of loss for donating so much, the former menteri besar said he had never felt that way as he had been a donor even before he held a state government post.
For example, he said he had never touched the annual payment of RM800,000 for renting out his personal premises to Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), because the money was given to the Public Works Department for the construction of new mosques.
Prior to his resignation as Menteri Besar, he had also donated RM100,000 to an educational fund, especially to help eligible students further their studies at university.

Friday, December 5, 2008

halalkah makanan dihotel kita ?

Hidup kena makan. Makan untuk hidup, tapi ada orang menjadikan hidup untuk makan. Itulah yang menyebabkan ada orang kita yang mengaku Islam tetapi dia hentam apa saja yang boleh asalkan kenyanag perut sudah.
Dalam jawapan kepada soalan YB Rantau Panjang hari Khamis lalu, Senator Mashitah bekas YB Baling dulu menjawab, saperti berikut, ada ubah jadi kenyataan bukan verbatim dari jawapan beliau,
Dalam penjelasan tadi Mashitah Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Dalam persoalan HDC ni, ana dah sentuh dalam pertanyaan kepada PM tempoh ari, menteri di JPM jawab hanya 5 negeri yang beri hak kepada HDC untuk anugerah logo halal, yang lain belum lagi. Kerana hak logo halal ni hanya MAIN saja yang layak beri dan diturunkan kepada JAKIM tetapi tak semena-mena dapat pula kepada HDC. Ana tak athulah samada halal yang HDC bagi tu mendapat restu MAIN atu tidak, tetapi daripada jawapan menteri dari cameron highland hari tu macam tak saja.

Tak ke risau hati kita mendengar nya tuh.

Berapa ramai diantara kita yang menginap dan makan minum dihotel dalam negara kita jika ada urusan jauh dari rumah.
Antara alasan yang beliau berikan adalah tidak ada akta memaksa hotel memohon tanda halal, hotel tidak mahu memohon kerana dapur mereka bercampur antara makanan halal dan haram, pengusaha hotel terpaksa renovate dapur kalau nak pohon logo halal kerana sekarang banyak yang bercampur antara halal dan haram.

Kalau kita lihat antara menu yang mesti ada dalam makanan saperti kek dan pasta adalah wine untuk menjadikan ia lebih tahan dan kononnya lebih enak. Dan kebanyakan hotel jenis yang tak mahu minta logo halal ini adalah jenis 4 atau 5 bintang yang pak dan mak menteri kita sentiasa menjadi pelanggan mereka.
Oleh itu ana kalau pi KL lebih suka duduk rumah daripada menginap dihotel kerana dalam hadis yang ana baca masa mengganggu jawapan Dr Mashitah hari tu,' setiap daging yang tumbuh dari punca yang haram, maka api neraka lebih aula baginya.'

Apa jawapan Dr Mashitah yang pernah menjawab dalam soalan di Metro pasal ibu yang melacur diri untuk cari rezeki nak bela anak yang dikatakan dharurat oleh Timbalan Menteri ini sebagai dimaafkan. Kalau begini jawapan dia, tak hairanlah maka hari tu riuh rendah dengan wakil YB dari BN pun bangun membantah sampai Yb Datok Bung Mokhtar pun meloncat naik angin pasal jawapan Menteri tu menjadikan kita tambah ragu-ragu nak menginap di Hotel yang berbintang banyak ni, hanya duduk di Hotel Sri Malaysia sajalah kalau macam ni, atau pun dok hotel depa, lepas tu minta duit untuk makan direstoren diluar.

Bercakap pasal makanan halal ni, memang kita dapati umat Islam sekarang ni tak berapa hirau lagi dah dengan halal atau haram ni, sebab tu jiwa mereka dengan Islam sudah agak jauh, apabila sesuatu berlaku kepada umat Islam, mereka tidak anggap ianya menimpa mereka , padahal nabi pernah berpesan, sesiapa yang tidak mengambil hirau tentang perkara yag melibatkan umat ku, mereka bukan daripada ku.


Oleh kerana penuh benda yang haram dan bersubahat masuk dalam badan kita, maka nak mempelajari kuliah ugama dan ceramah ugama pun kita jadi malas, nak buka baca alquran pun kita malas, sebab makanan kita semua dibuat oleh bukan Islam, macam baru-baru ni kalau biskut yang lebih melamin, sibuk kita tak makan, tetapi biskut yang ada berbagai lagi bahan tak halal, saperti coklet dan ais krim yang ada gelatin kita bedal tak cukup tangan lagi.

Pada ketika ni ana sokong sahabat ana PPIM yang bela producer makanan halal daripada umat Islam, tapi pasal sokong ISA tu ana tak setuju lah ya Dato' Dr Makmur, bekas Timbalan Presiden Jaksa masa ana jadi Presiden di UKM dulu.(tahun 1982) kerana jiran dekat rumah ana di Pendang dua orang kena ISA tetapi sampai la ni tak tahu apa kesalahan mereka, bila dah bebas sekarang tak ada apa-apa tuduhan pula yang dikenakan kepada dia, tetap yang sorang lagi masih dalam ISA, kesian anak isteri dia, kesian jiwa anak dan isteri dia, kerja beliau hanya mengajar disurau dan masjid dan mengajar disekolah, sampai bila nak kena tahan dalam Kemunting, hanya menteri dalam negeri dan Allah saw yang tahu. Bayangkan jiwa anak-anak dan naluri isteri kalau keadaan begini berlaku dalam keluarga kita, kalau tak kena kita, memang kita kata tak zalim, tapi kalau dah batang hidung kena, baru tahu.

Thursday, December 4, 2008

Bagilah can MB kami berucap dalam RTM

10.40 mlm.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi,
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Butiran 02100 – Mengisi Liputan Radio FM Fasa
II. Saya tengok dalam JAKIM tengok radio IKIM.fm tidak nampak. Jadi saya rasa mungkin di
dalam RTM lah. Saya hendak tanya tentang radio digital IKIM.fm ini kerana banyak kawasankawasan
yang tidak diliputi dan kalau ada liputan pun dia terputus-putus. Kadang-kadang
setengah jam dia putus selepas itu sambung balik. Jadi saya harap pihak RTM kalaulah ada di
bawah RTM ini, kementerian ini tolong beri perhatian kepada IKIM.fm ini. Kemudian pembelian
kenderaan, Butiran 080300. Saya harap pihak kementerian ataupun menteri tolong tengoktengok
kenderaan di Pejabat Penerangan di Pendang itu banyak yang telah uzur dan telah
diletak tepi. Saya ingat dua ataupun tiga buah telah tidak boleh digunakan lagi.
Mereka sekarang menggunakan sebuah kenderaan yang cukup uzur saya rasa untuk
mereka membuat liputan kepada program-program pun ada masalah bagi pihak pegawai
penerangan di situ. Kemudian Butiran 020000 – Khidmat Penyiaran, Butiran 030000 – Khidmat
Penerangan. Saya juga ingin menyentuh yang disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi
tentang iklan-iklan. Iklan-iklan kita dapati sekarang ini banyak menggambarkan pelakon-pelakon
iklan itu bukan lagi macam rakyat Malaysia. Kalau dahulu kita lihat masa Datuk Mat Rahmat dulu
dia ada unit tatatertib dia, mereka yang rambut panjang tidak boleh, yang pakai tidak senonoh
tidak boleh. Akan tetapi sekarang ini nampak macam sudah tidak ada tatatertib lagi dalam
mereka-mereka yang hendak disiarkan.
Kita tengok rupa-rupa pengiklan-pengiklan itu pun tidak menggambarkan orang-orang
Malaysia. Nampak macam rupa ‘mat salleh’, ada rupa lain daripada rakyat Malaysia. Jadi saya
rasa pihak kementerian perlulah memberi perhatian semula ke atas tatatertib.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kena cari rupa Yang Berhormat Kuala
Krau, ada campuran sedikit.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kadang-kadang yang rambut panjang pun
kita nampak sudah tidak macam lelaki lagi, rambut kadang-kadang sampai ke bahu sampai ke
memang sudah teruklah, sudah tidak ada tatatertib di dalam sistem penyiaran lagi. Kemudian
juga filem-filem yang ditunjukkan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau kalau
tidak silap saya. Filem-filem tahyul banyak, kalau kita lihat Bawang Putih Bawang Merah itu ada
pari-parilah, maknanya benda ini semua tidak masuk dek akal kita kalau kita tengok filem
tersebut, masih ditayangkan.
Kalau sebuah filem baru ini Kementerian Pelajaran telah haramkan daripada tunjukkan di
sekolah-sekolah kerana ada unsur tahyul ataupun mereka kata benda-benda ghaib tetapi filemfilem
ini ditunjukkan oleh RTM, anak-anak duduk depan TV tengok dia kata, ai ni mai mana pula,
sekejap ada sekejap tidak ada macam biskut Chipsmore ini. Perkara-perkara ini saya rasa perlu
DR. 3.12.2008
183
diberi perhatian oleh kementerian. Begitu juga dengan rancangan Bicara Mufti. Saya hendak
sentuh Bicara Mufti. Biarlah mufti orang yang paling tinggi kita kata dalam sesebuah negeri
dalam ilmu agama mereka. Berilah peluang kepada setiap mufti di setiap negeri memberi ruang
kepada mereka untuk mereka muncul di dalam rancangan TV yang dikhususkan untuk mereka
dan membicarakan perkara-perkara yang kita kata tinggi ilmunya sedikit daripada hanya sama
dengan ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau.
Kemudian tentang Klasik Nasional, Yang Berhormat Sri Gading. Saya pun memang
sering juga mendengar Klasik Nasional iaitu tentang drama yang dikarang oleh penulis-penulis
skrip yang menghantar skrip mereka, mereka mengatakan disiarkan di tengah-tengah malam.
Jadi siapalah yang hendak dengar kalau disiarkan di tengah malam? Jadi mereka pun bila sudah
terdengar skrip di tengah malam rancangan yang mereka hantar drama ini mereka kata tidak ada
mood lagi hendak buat drama-drama ataupun menulis skrip drama tersebut. Akhir sekali Tuan
Pengerusi tentang di negeri-negeri kami inilah negeri-negeri Pakatan Rakyat ini berilah ruang
kepada Menteri Besar untuk muncul sekali sekala di dalam RTM ini, TV kah, radio kah kerana
saya dapati ada satu rancangan hari itu bila Duli Yang Maha Mulia Sultan bertitah ada tetapi bila
Menteri Besar berucap sebelum itu tidak ada. Jadi sekian, terima kasih.

Tuesday, December 2, 2008

Seandainya perjuangan kita untuk bangsa, maka apa juga yang kita buat, mestilah untuk kelompok bangsa kita dan kalau nampak kita nak naik pun, maka kita akan cari jalan untuk mendapat lonjakan melalui sokongan untuk kelompok kita, tetapi sedarkah kita bahawa perjuangan berlandaskan bangsa tidak akan dinilai oleh Allah saw , melainkan kita meletakkan asas agama didalam perjuangan kita kerana hanya agama saya mendapat pengiktirafan dihadapan Allah saw. Hadis nabi 'la fadla diarabiiyin wa la ajamiyin illa bitaqwallah' tidak ada kelebihan bagi arab dan ajam melainkan kerana bertaqwa kepada Allah. Taqwa kepada Allah bermakna membuat apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang allah larang, bermakna seseorang itu mestilah buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang adalah sifat seorang muslim mukmin, bermaksa seorang Islam.
Jadi perjuangan kita mestilah dalam kerangka hendak mendaulatkan agama Allah ini , oleh itu bila Jerlun menyatakan hanya satu sistem pendidikan sahaja yang wajar ada dalam negara kita, maka masyarakat Islam harus waspada terhadap anjuran anak bekas pelopor kepada PPSMI yang menghenyak anak bangsa Melayu dan bukan Melayu selama ini termasuklah sekolah agama yang telah pun wujud sebelum negara kita merdeka lagi dan melahirkan ramai ulama yang memperjuangkan kemerdekaan.

Sekolah satu sistem

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.
“Sudah tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India.
“Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Utusan Malaysia - 2 Disember 2008.

Secara dasarnya di sini saya tidak setuju dengan cadangan calon Ketua Pemuda Umno ini kerana jika semuanya dijadikan satu sistem maka sudah tentulah sekolah agama juga akan turut terlibat.
Walau apa jua alasan dan matlamat, sistem sekolah agama tidak boleh dihapuskan, mesti ada sekolah agama kerana ianya telah wujud sebelum adanya penjajah di negara ini dan telah terbukti banyak melahirkan para ulama' dan ilmuan Islam yang banyak berbakti kepada masyarakat khusus maysrakat Islam.
Maka jika dilaksanakan sekolah satu sistem kita khuatir bahawa pendidikan agama akan terpinggir dan generasi muda tidak akan kenal apa itu sekolah agama, sekolah pondok dan sebagainya.
Lidah terhunus jelas memperkatakan hal ini, ana paste dibawah.

Monday, December 1, 2008

Kadangkala malas kita nak ulas pasal nak berbogel oleh reformis ni, kini polis sudah beri jawapan bahawa permit sudah jelas tidak diberikan kepada reformis ini, dan semalam MAIS juga memberi amaran bahawa perbuatan itu jelas bertentangan dengan Islam. Ini nampak sudah jelas lagi bersuluh apa yang nak dibuat oleh reformis ini menampakkan seolah-olah mereka ini memang nak cati nahas , kalau majlis ugama nasihat pun kita tak mau dengar, siapa lagi yang kita nak dengar, bahkan lepas ni kalau mufti buat fatwa pun kita masih tak mau dengar saperti fatwa tentang yoga baru-baru ni, agaknya siapa lagi yang hendak kita dengar, orang majlis ugama adalah yang menjadi pendidik berlandaskan larangan dan suruhan agama, yang mengambil ilmu berlandaskan kepada al quran dan hadis yang menjadi sumber hukum didalam agama kita.

Saya memang mengambil berat hal ini, kerana cukup memual dan memalukan jika seseorang mengaku Islam tetapi masih lagi nak melawan apa yang dibawa oleh pejabat ugama ni, yang jelas berlawanan dengan hukum agama kita yang mulia, Islam ini.Konon nak buat bogel tanpa seurat benang pun dimana saja MB Selangor itu pergi, kononnya juga mereka ini mendapat sokongan daripada NGO lain yang akan turut sama berbogel dengan mereka.

Saya menyeru mereka ini supaya insaflah bahawa apa juga yang jelas bertentangan dengan Islam itu usahlah diteruskan. Carilah cara lain untuk mendapat publisiti jangan sampai melawanan hukum agama.

Sunday, November 30, 2008

Orang dah jatuh, nak naik semula kena cari ruang untuk dapat sokongan!.
Itu saja ulasan ana apabila harian Sinar menanya ana tentang DS Chua Sui Lek berkenaan ketuanan Melayu. Beliau dah berhenti daripada jawatan Menteri Kesihatan hari tu kerana kes video sex yang disebarkan oleh mereka yang menjadi musuh politik beliau dan tak diangkat jadi calon masa PRU 12 lalu, maka sekarang sudah tidak ada kerja lagi, tetapi dalam pemilihan MCA beliau menang timbalan Presiden.
Kita terdengar juga katanya bekas SUA MCA dah hantar surat nak letak jawatan, tetapi tiba-tiba masa kementerian ada soalan KPKT minggu lepas dia datang jawab soalan, maka heran seluruh dunia yang orang sudah kalah masih jadi menteri. Mungkin itu kaedah dan cara MCA layan orang dia, tidak macam UMNO, dah kalah MT, terus kena buang jawatan macam Menteri KPT dulu, Datuk Dr Shafie Salleh, sekarang hanya jadi ketua pengakap, MP ka, Menteri ka entah kemana, pasal kalah MT. Sebab tu gelut dan pulun nak menang MT walau apa cara pun, pakai duit pun duit lah macam Tun Mahathir kata tu.

Pasal DS Chua tadi, ana kata orang jatuh bila dia nak dapat sookongan semula atau nak naik , dia akan guna sentimen bangsa dia supaya orang nampak dia membela bangsa dan lepas ni lihat jawatan apa yang dia akan dapat.

Memang itu yang beliau pelajari dari UMNO la tuh, bila dah jatuh, orang benci mula cari alasan ketuanan Melayu agar dan dengan harapan orang Melayu sokong depa semula. Itu kaedah senang berpolitik, apa dah jadi pada bangsa dan ugama, apa depa peduli, luhatlah sekarang ni, berapa ramai orang islam dah hanyut, berapa ramai Melayu dah hilang identiti, berapa ramai anak bangsa yang dah tak peduli ibu bapa lagi, dan yang sedihnya semua statistik orang Melayu yang juara, pusat serenti, mat rempit, bohsia dan bohjan, HIV AIDS, penagih dadah dan banyak lagi kalau nak disenarai pendekkan. Selama ni siapa yang diberi amanah untuk memerintah.

Tu tak bincang pasal tanah rezab Melayu yang hilang, milik Melayu yang tergadai, penyalahgunaan Kuasa penguasa Melayu , tinggal solat, maksiat, anak luar nikah, bersekedudukan, bahkan nabi pasu dan tuhan langit pun ada dikalangan orang Melayu, tetapi orang Islam, semuatu terhindar.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.