Thursday, May 8, 2008
Alahai PERKIM sekarang.
Masalah saudara baru yang mudah murtad. Ini satu isu yang amat serius yang dibawa oleh Ust Taib Azamuddin pagi tadi sebagai menyambung semula perbahasan beliau yang berhenti semalam. Ana cuma bangun mencelah berhubung dengan peranan yang dimainkan oleh PERKIM satu ketika dulu semasa Tunku, Yun Razak dan Tun Husin On jadi PM, PERKIM ini diberikan peranan yang penting untuk menjadikan saudara baru itu lebih mantap akidah mereka dengan kursus-kursus yang diadakan melalui peruntukan yang disumbangkan oleh kerajaan, tetapi sejak zaman Dr Mahathir menjadi PM, nampaknya semuanya itu nampak berkurangan. Adakah ini menyebabkan punca gejala murtad bagi saudara baru berleluasa kerana iman yang tidak mantap , oleh itu dalam celahan ana pagi tadi ana mengesorkan supaya Ust Taib menyeru kerajaan agar PERKIM mendapat suntikan semangat baru untuk memantapkan peranan mereka kepada saudara baru dan seterusnya menjadikan enakman murtad itu satu agenda yang lain selepas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment