Masa YB Batu Pahat bangun berucap tadi, ana terus masuk dewan bila beliau menyebut pasal padi dan beras yang naik harga pasal beras berkurangan sekarang ni dan pasal padi yang kurang. Ana cuma nak mencelah nak bagi tau kat dia pasal di negeri ku baru-baru ni bila MB baru batalkan usaha MB lama Kedah nak musnahkan 3000 ekar sawah padi di Yan nak buat kilang proses minyak di kawasan sawah grade A, apakah beliau setuju bahawa usaha itu adalah salah satu cara untuk menambah jumlah padi sumber makanan negara dan ini sudah tentu akan boleh menjamin jumlah makanan negara sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ni, tidak saperti MB lama yang akan dan sudah menjahanamkan beribu ekar sawah yang menjadi hasil padi utama di Kedah lesap jadi kedai dan rumah sejak berapa lama, sesuai dengan moto bekas PM DR M , satu relong bendang boleh beratus orang kerja, kalau buat kilang, tapi hanya berapa orang dalam keluarga boleh kerja kalau masih jadi sawah. Jadi usaha MB baru Kedah membatalkan 3000 ekar ZIPY dan menambah lagi 6000 ekar kawasan tanah rang berhampiran MADA amat dialu-alukan untuk menghasilkan padi dan beras negara.
Tapi apa kan daya dia tak beri jalan untuk ana mencelah. sayang, sayang, kita nak juga menaikkan nama MB Kedah yang ada visi dan misi ni.
Monday, May 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment