Alhamdulillah, hari ni pada sebelah pagi semasa soaljawab yang disiarkan secara langsung oleh RTM ana bangun bertanya soalan tambahan kepada soalan asal Sri Gading pasal punca kematian rakyat Malaysia dan jangka hayat . Menteri menjawab kata jangkitan kuman, kanser, kemalangan, kardiovaskular dan ada dua tiga lagi punca utama. Ana tambah soalan selepas dia jawab tu menanyakan pasal apakah cara yang dilakukan oleh KKM untuk menghadapi punca kepada kematian yang dibuat oleh KKM tersebut itu. Apa yang ana tanya lagi tentang punca kepada kematian yang telah dilakukan oleh KKM itu adalah penghidupan yang sihat, tidak merokok , senaman yang sering dilakukan dan makanan yang kurang lemak dan manis.
Juga ana beri tambahan supaya kerajaan memberikan perhatian kepada kajian yang dibuat oleh Prof Dr Adlina Sulaiman ,Prof Bersekutu UiTM untuk mengkaji kesan pancaran elektromegnatik kepada seseorang untuk menyebabkan kanser kepada seseorang. Dan Menteri telah memberikan persetujuan yang kementerian akan memberikan perhatian kepada kajian beliau dan kemungkinan akan meberikan peruntukan grant kepada beliau untuk kajian tersebut.
Diucapkan terima kasih kepada janji tersebut kerana sekarang ini memang semua orang merasa risau terhadap banyaknya pemancar yang ada dalam negara kita walaupun memncarkan gelombang ini yang digunakan oleh sistem telco baik dikampong atau dibandar lebih-lebih lagi dikawasan kediaman dan sekolah. Ana juga rasa hairan kenapa di Cina yang mempunyai sistem telco yang banyak tetapi tidak ada banyak pemancar saperti yang kita ada.
Bukanya apa, bila Menteri kata penyakit yang kedua menjadi punca kepada kematian dalam negara kita ini adalah kanser, maka ana pun risau kerana dulu bukan kanser tetapi penyakit lain, apakah ini kerana wujudnya banyak sangat pemancar telco dalam negara kita mutaakhir ini lah yang menjadi puca semuanya ini, kalau macam tu tunggulah hasil kajian Dr Adlina nanti.
Negara barat memang menjadikan agenda ini salah satu daripada kerisauan dan kajian ada yang menunjukkan kesan tetapi tidak berapa mendapat perhatian rakyat sangat pasal hal ini. Jadi ana harap lepas ni kkiita kenalah memberi perhatian yang serius tentang hal ini serta cara permakanan kita.
Sebut pasal permakanan, ana rasa bukan saja yang selamat, tetapi juga kenalah kepada yang halal dari segi zat dan sifat.
Tuesday, May 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment