Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, May 5, 2008

Apabila ketua pembangkang berbahas menyentuh dengan diskriminasi berhubung dengan pembahagian peruntukan kepada ahli parlimen, ana ada menyentuh pasal apa yang berlaku dikawasan ana. Sejak dari Allahyarham Dato' Hj Fadhil Nor menjadi wakil rakyat Pendang, peruntukan yang dikatakan diturunkan ke Pendang adalah melalui ketua bahagian, maka di tempat aku berlakulah apa yang dikatakan perebutan diantara kedua-dua orang yang mencari pengaruh sehingga berlaku pergaduhan antara ketua bahagian dan yang nak merebut ketua bahagian, sehingga jatuh menjatuh antara satu dengan lain, lalu satu pihak menjatuhkan pihak yang lain sehingga ada yang berkata aku menang mudah kerana satu pihak akan berusaha supaya pihak lain tak menang. Bukan senang saudara, RM 500 k akan turun kekawasan setahun. sapa dapat buncit perut. Baru-baru ni, ada lagi peruntukan sebelum PR 12, 3 juta RM satu bahagian UMNO, sebab tu mereka dari Serawak marah pasal tak ada UMNO maka ketua bahagian disana tak dapat. Dalam parlimen masa perbahasan ketika bajet dulu, Ketua Pembangkang ketika tu tanya dari mana duit RM 3 juta satu kawasan PR untuk UMNO saja tu, mereka kata peruntukan dibawah PM, tak ada pun perlu bahas daripada bajet masa tu, kerana kami cari tak ada dalam peruntukan dalam bajet. Rupanya memang dimasukkan terus daripada peruntukan JPM.
Dunia, dunia, macam-macam dilakukan daripada duit rakyat, pasal tu sapa yang jadi ketua bahagian, kaya la, sampai ada yang sanggup bagi rasuah nak rebut ketua bahagian.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.