Hari rasa sangat frust la ana pasal masa soal jawab tadi banyak kali ana bangun nak tanya soalan tambahan, tapi punya la susah nak dapat, banyak persoalan yang timbul tapi nak tumpang tanya tak boleh, speaker tak beri jalan, maklumlah ramai YB yang bangun tak tanya soalan.
Banyak persoalan pasal harga barangan yang naik mendadak sekarang ini yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan yang membebankan rakyat mutakhir ini , dan kerajaan perlu bertul-betul mengawal harga. Ana cuma nak tumpang tanya pasal dengar kata banyak serbuan yang dibuat oleh penguatkuasa dan banya barang yang dirampas, tetapi setakat ini berapa ramai peniaga yang menaikkan harga barang yang di dakwa. Sebab itulah peniaga tak takut langsung dengan menteri yang buat berbagai amaran pasai tak ada yang kena dakwa pun setakat ini.
Lepas tu pasal perbahasan oleh YB Permatang pauh, ada ana celah bila beliau sampai kepada SPR yang sekarang ini kata dia menjadi kompenen BN, bila masuk pasal dakwat kekal, ana sentuh tentang kenyataan ketua polis negara yang menyatakan ada buat tangkapan terhadap 4 orang yang bawa masuk dakwat kekal, konon kata polis untuk keselamatan negara. Ana suruh Kak Wan masukkan soalan ana itu dalam tek ucapan beliau. Dimana 4 orang tersebut dan apakah mereka ini akan didakwa atau hanya gimik polis dan SPR nak menggagalkan usaha PR ketika itu untuk menghalang pengundian dua kali dan melakukan penipuan dalam pilihanraya. Kalau tidak tentu PR akan memerintah Malaysia.
Sunday, May 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lawat Parlimen

ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.
No comments:
Post a Comment