Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 30, 2008

Tanda Pak Lah tak berwibawa, TPM terpaksa buat penjelasan.


Sidang akhbar Pakatan dan MP PAS tadi tanda tidak setuju dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ini. Adakah patut handak ajak rakyat kembali kepada skrip lama 10 tahun dulu dalam keadaan suasana negara getir dengan berbagai masalah. Oleh itu satu lagi taktik konspirasi diwujudkan untuk mengalih tumpuan rakyat kepada keserahan dan keperitan kenaikan harga hinyak ekoran pengstrukturan semula subsidi bahan bakar yang akan menjaimatkan wangkerajaan 13.7 billion, kes yang telah dikatakan sampah oleh DS Najib iaitu perakuan bersumpah RPK pasal 4 orang yang berada semasa Mayat Altantunya dipasang bom, iaitu DS Rosmah dan Pakar C4 dan isteri serta kemaraan Pakatan Rakyat dalam menerajui kepimpinan negara dalam suasana Paklah Cukup lemah sekarang ini sehinggakan tadi DS Najib terpaksa berkelahi dengan pebangkang untuk berucap setelah tidak mengikut peraturan mesyuarat menurut YB Karpal, Mahfuz dan Lim KS . DS Najib terpaksa buat penjelasan kerana apa yang dibuat oleh Pak Lah Khamis lepas masih belum jelas dan menimbulkan banyak persoalan terutama kepada bukan Melayu tentang pengagihan kekayaan selepas pemimpin MCA tidak jadi mahu pertahan jawatan dan Ketua Pemuda MIC juga bertindak keluar dari MIC dan BN. Apa yang ana sedih dengan hujahann DS Najib tadi adalah bila dibaca statistik, semuanya orang Melayudan Bumi yang jatuh dok dibawah baik dari segi perkapita, pemilikan equiti dan bangunan setelah tamat dasar ekonomi baru dan setelah 50 tahun UMNO jadi PM , MB dan dibawah naungan payung DYMM Raja-raja Melayu. Kalaulah suasana ini diteruskan, ana rasa makin teruk orang Melayu terperosok menjunam kebawah kalau tak diselamatkan oleh orang lain selain UMNO.
Kami, Ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato� Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.

Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.

Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini.

Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.

Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan "Qazaf" terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari'at.

Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat di sebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kami, Ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan 'skrip lama' dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti.

Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini. - mns _

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.