Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 3, 2008

Adakah HDC rampas hak MAI negeri keluar sijil halal.

10. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) sejak HDC ditubuhkan berapakah jumlah produk Halal yang disijilkan
dan dari negara mana produk tersebut dan jenis produk; dan
(b) apakah sebab ditubuhkan HDC dan peranan JAKIM dalam pensijilan
Halal ini, siapa dan bagaimana pemantauan dilakukan terhadap sesuatu
produk tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan S.K. Devamany]: Tuan Yang di-
Pertua, sejak ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC Halal Development Corporation telah
mengeluarkan sijil halal kepada 38 jenis produk daripada syarikat multinasional di Thailand yang
meliputi produk berasaskan minyak dan lemak serta produk dandanan diri.
HDC telah ditubuhkan bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai Halal Hab
di dunia. Peranan Bahagian Halal Hab JAKIM pada masa ini masih diteruskan dalam
pengeluaran sijil halal Malaysia. Pemantauan pensijilan halal adalah dilaksanakan oleh Bahagian
Halal Hab JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
DR. 1.7.2008
27
Pemantauan dan semakan adalah secara berkala sekurang-kurangnya dua kali dalam
tempoh salah laku sijil. Pemantauan secara mengejut juga dijalankan berasaskan aduan yang
diterima daripada pihak awam, terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pasal NCER hari itu masih belum jawab lagi
secara bertulis.
Soalan tambahan saya adalah penganugerahan sijil halal ini adalah sebenarnya adalah
hak Majlis-Majlis Agama Islam Negeri yang diturunkan kepada JAKIM. Sekarang JAKIMlah yang
memulakan pensijilan halal ini. Pada permulaannya HDC memohon geran RM25 juta kemudian
RM95 juta dan pada tahun ini dipohon RM600 juta untuk proses pensijilan halal ini.
Saya hendak tahu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri manakah yang telah
menganugerahkan hab untuk mengeluarkan sijil halal ini kepada HDC? Itu sahaja terima kasih.
Tuan S.K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon maaf kepada Yang
Berhormat kerana maklumat mengenai negeri-negeri mana yang telah memohon proses itu saya
tidak mempunyai. Saya akan membekalkan dan saya mohon maaf NCER itu masih belum
diketengahkan kepada Yang Berhormat. Kami akan pastikan bahawa perkara ini akan dapat
saya sampaikan kepada Yang Berhormat. Namun untuk makluman Yang Berhormat,
proses pensijilan itu syarat-syaratnya memang mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh
JAKIM. Ini kerana pegawai-pegawai JAKIM yang diamanahkan untuk menjalankan proses
pensijilan yang sedia ada. Walaupun HDC menjadi peneraju kepada pembangunan halal hab
Malaysia yang berpotensi.
Contohnya pada 2007, kita mempunyai pendapatan sebanyak RM35 bilion. Maka oleh
kerana itu, EPU beranggapan bahawa industri ini yang kita telah pelopori, sehingga piawaian kita
begitu cantik sekali. Sehingga kita merupakan negara pertama yang telah meletakkan piawaian
mengikut sistemnya yang begitu jitu sekali. Sekarang ditiru oleh negara-negara lain seperti Turki,
Thailand, Brunei, Singapura perlu kita gunakan sebagai satu potensi perniagaan seluruh dunia.
Akan tetapi pensijilan itu jaminan telah diberi supaya semua pegawai daripada JAKIM itu
akan diamanahkan untuk menjaga proses-proses mengikut hukum-hukum yang sedia ada.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.
Tuan S.K. Devamany: Maklumat itu akan saya sampaikan kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Bila itu, bila?

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.