Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Cai

Dengan suasana meriah dan mesra penuh muhibbah, hari ini Kelab Penyokong PAS Pendang telah mengadakan majlis sambutan Gong Xi Fa Cai di Dewan Majlis Daerah Pendang.
Majlis diadakan dari jam 12 tengahari hingga 3 petang dengan dihadiri berbagai lapisan masyarakat dan kaum serta dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, EXCO Kerajaan Kedah dan ana serta isteri.


AJK Nisak Pendang dan kalangan ahli Majlis Daerah Pendang serta penghulu A Malik turut hadir sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Ahli Kelab keturusan Cina Pendang.



Suasana ceria dan gembira jelas tergambar diwajah mereka yang menyambut Tahun baru ini dan apa yang menarik adalah sambutan masyarakat Melayu dalam menjamu selesa yang disediakan oleh katerer yang dilantik N catering dengan jamuan nasi tomato, rojak, me kari serta tidak ketinggalan buah limau yang menjadi buah tangan yang tidak boleh dipisahkan dengan tahun baru Cina ini.

Kanak-kanak cukup gembira dengan adanya ais krim yang disajikan oleh pihak kelab.




Sebagai wakil rakyat ana mengucapkan terima kasih kepada ahli kelab penyokong yang sudi menjemput ana serta isteri serta diharap muhibbah ini dapat berpanjangan dalam kerajaan pakatan rakyat ini. Kalau sebelum ini kaum India mengadakan majlis di Rumah saudara Kunasegari, setiausaha kelab, kali ini diadakan diDewan Majlis Daerah yang sebelum ini tidak pernah dapat digunakan oleh pihak lain selain yang ada hubungan dengan Parti UMNO atau BN. Tetapi kali ini, sesiapa saja berhak menggunakannya asalkan menempah dan membayar sewa yang dikenakan.


GONG XI FA CAI.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.