En Zulkifli sudah lebih dua tahun dibawah tahanan ISA dan dikatakan terlibat dengan masalah PULO .
Apa yang menyedihkan adalah kesalahan yang dikatakan dilakukan beliau tersebut tak dapat dibuktikan oleh undang-undang dalam negara kita, sebab itulah beliau ditahan kerana pihak berkuasa tidak dapat membuktikan yang beliau benar-benar terlibat, kalau tidak sudah lama beliau dibicarakan.
Itulah sebabnya kita menyatakan akta ini adalah satu akta yang zalim, tetapi entah kenapa ada pihak yang menyatakan ianya perlu diteruskan, mungkin kerana mereka belum pernah merasai kepritan ada ahli keluarga mereka yang terkena atau ditahan dibawah ISA.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kedah, Puan Zakiah Baharom .
Kepada individu yang merasa terpanggil untuk membantu keluarga En Zulkifli bolehlah berhubung dengan Bendahari Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah atau mamasukkan terus kedalam akaun Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah BIMB 0-201101000690-5 dan sms ke 0194426857 (bendahari)
No comments:
Post a Comment