Selepas PRK 036 KT 17 Jan 2009 lalu, banyak komen yang kita baca dan antara yang cukup menarik hati ana adalah komen dari calon Timbalan Presiden UMNO yang juga KM Melaka , negeri kecil besar kelemboi tapi tak dapat nak selesaikan masalah babi dinegeri dia, dari bau busuk najis babi sampai nak buat kenduri pun susah, sampailah kepada kepala babi yang terdampar ditepi pantai serta kepada demo oleh kumpulam pewaris yang adakan program bakar model babi di Melaka . Tahniah kepada Dato' Ali Rustam mendaji negeri terbesar produser babi di Mlaysia, lepas ni boleh masuk Malaysia Book of record dan giuness book of world record , negeri terkecil yang ada banyak babi.
Ana tertarik dengan ulasan KM Dato' Ali Rustam ni bukan apa, bila dia merasa hairan kenapa pengundi KT masih sokong PAS padahal PAS tak pernah buat apa-apa pembangunan dan bila PRK hanya janji ksosong dan janji syurga pula tu, mereka hanya tunggu BN buat pembangunan.
Ana heran juga, seorang KM sebuah negeri yang merdeka dan berada dalam Malaysia dan tertakluk kepada dasar federalism boleh kata macam tu, bila kita bandingkan dengan seorang Menteri yang dok jaga JAKIM ana rasa otak mereka ini lebih kurang sama, menggunakan kepala lutut untuk dijadikan tempat berfikir daripada menggunakan kepala otak.
Aduhai KM oi, ana nak tanya la bila pulak PAS ada syurga yang oleh janji nak beri kepada pengundi, kalau macam tu senang la, kalau Dato' buka Al quran dan baca hadis, takkan tak jumpa kot perkataan jannah dan nar yang disebut dalam quran dan hadis tuh, ka tak pernah jumpa atau tak pernah dengar, rajin-rajin la pi surau ka atau masjid ka atau dengar tok guru dan ustaz mengajar baru kita tau yang janji syurga dan neraka tu adalah Allah subhanahu wataala, kita cuma tolong sampaikan saja. Kalau kita mati dan akhir kalam kita mengucap dua kalimah syahadah maka bila bangun esok diakhirat, Allah janji masuk la syurga, kalau macam tu kita kahabar kepada pendengar dan penonton, adakah ini namanya kita janji syurga ka, wahai KM oi. Ni la susah nya kalau belajar sains dan math dalam bahasa Inggeris, sampai cakap Melayu pun dah tak faham lagi. Kalau kita buat yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah, Allah dan rasul janji boleh masuk syurga dengan rahmat Allah, kita tolong sampaikan kepada pendengar, adakah ini maknanya kita janji nak bagi syurga!. Kalau itulah fahaman KM, maka amat berat nampaknya kefahaman yang selama ni yang ada pada Dato' sorang ni.
Dia dok kata PAS perintah tapi tak buat apa pembangunan, aik sedapnya cakap, pi la tengok apa yang ada dinegeri yang PAS perintah tu, orang Kelantan duduk dalam gua ke, makan pasir ke, hidup hanya mintak sedekah ke, atau cuba kita tanya berapa banyak bangunan pencakar langit yang dibina selepas BN jatuh 1990 dulu di Kelantan, berapa ramai orang Melayu Islam yang menjadi jutawan ada di Kelantan, berapa jumlah gedung perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang Melayu di Melaka. Berapa ramai orang Melayu jadi taukeh Emas dan batik di Kelantan berbanding Melayu jadi saudagar emas dan permata di Melaka, berapa banyak sekolah agama dan maahad tahfiz yang ada di Melaka berbanding dengan Maahad tahfiz dan sekolah agama yang ada di Kelantan.
Lagi satu ana nak tanya, berapa banyak hutang Melaka berbanding dengan hutang Kelantan dengan kerajaan pusat dan berapa banyak yang Kelantan bayar hutang setiap tahun berbanding yang Melaka bayar?. Juga nak tanya berapa banyak peruntukan yang wajib kerajaan pusat beri perkapita kepada Melaka dan Kelantan untuk buat pembangunan dan lain-lain. Kita kena ingat wahai KM , duit yang KM dapat tu adalah hak yang ada dalam perlembagaan yang termaktub dalam undang-undang yang pusat kena bagi, jadi kalau ada duit yang kena bagi, maka tak kan tak ada pembangunan yang akan dibuat, dan sekali lagi nak peringat KM Melaka ni, bahawa duit tu bukan duit UMNO atau duit BN, tetapi duit kerajaan, tak kan dah jadi Menteri berbelas tahun tak tau nak beza kot.Pakai la akai jangan hanya pakai otak, nanti orang kata otak lembu lebih besar dari otak orang.
Ana nak beritahu kat DS Ali kita ni, seorang manusia yang waras pemikiran , bersih hati dan ikhlas dalam perjuangan, sudah barang pasti akan dapat menilai yang mana satu baik dan yang mana buruk diantara rasuah dengan tidak, yang melakukan diskriminasi dengan tidak, yang melakukan kezaliman dengan tidak dan yang mana satu menggalakkan perlakuan dosa dan kelalaian kepada Allah dengan yang tidak, sebab mereka sering pergi masjid dan surau mendapat ilmu dari pak kiai, tok guru dan ulama, tentulah penilaian mereka berdasarkan kepada hasil ilmu yang ada dalam fikiran dan dada mereka lalu di lunaskan diatas kertas undi. Ana rasa kalau pun seorang itu bukan Islam, bila dia lihat JKKK yang atur jalan masuk kampong sekerat ada dan sekerat tidak ada tar, maka sudah tentu dia akan kata ini satu diskriminasi macam apa yang berlaku ditempat ana. Ini semua kerja JKKK pasal sengaja dia masukkan tar sampai depan tangga rumah dia tetapi membhiarkan tengah jalan tidak ada tar , terpaksa lalu tanah batu , kalaulah dia masukkan dulu ditengah jalan itu, maka tentu tak akan sampai kepdepan tangga rumah dia. Almarhum Ustaz Fadhil dah cakap dalam parlimen, ana dah sebut dalam parlimen, tetapi masa tu depa yang buat keputusan maka jadilah saperti yang berlaku sehingga hari ini. Kalau macam ni punyai perangai, jangan marah lah kalau rakyat benci dan meluat dengan perangai segala jenis UMNO baik dipekan, baik dikampong dan baik di Putrajaya nun.
Begitu juga apa yang Menteri JAKIM kata tu, bukan setakat orang kampong yang marah, tetapi pegawai PTD pun naik susah nak buat kerja kalau ini sikap yang ada dalam bakal pemimpin separuh besar UMNO dimasa depan, pasal tu kot ADUN Bota dah buat perubahan. Jelas nampak diskriminasi dan tak ikut demokrasi yang mereka juga sering laungkan. Pasal tu ana ucapkan tahniah kepada Datok Zahid Hamidi , bekas Ketua Pemuda UMNO dizaman DSAI dulu yang sedang menempah tiket untuk bungkus dalam pertandingan Naib Presiden. Tapi kalau Dato' Zahid kata, kat orang Pakatan kita tak payah kutip cukai, tak payah kutip income tax, tak payah bayar mahal-mahal segala benda yang kita beli, pas tu tak payah dapat semua kemudahan, dan gaji yang menteri dapat adalah dari duit orang UMNO dan BN saja, maka ana sokong juga la cadangan yang bernas dari dia ni. Begitu juga kalau hasil negara kita bahagikan, yang ni dikeluarkan oleh orang pakatan, yang ni dihasilkan oleh orang UMNO BN, maka kalau macam tu bolehlah dibuat macam yang Menteri JAKIM kata tu. Baru la boleh menang TP nanti.
Jadi lepas ni ana harap KM Melaka jangan lagi buat hujah dan bagi pendapat macam orang tak bersekolah, atau hujah macam Menteri yang jaga JAKIM tu, buat malu kat Tanzania dan Ghana saja. Lepas ni seorang demi sorang wakil BN akan lompat masuk pakatan, tapi kalau nak tengok sokongan rakyat, cubalah KM letak jawatan bila kalah pemilihan nanti, kita tengok kerusi tu dapat kat sapa pula.
Kesian kita tengok Pak Lah la ni, makin dekat dia nak pencen, makin celaru pemikiran dia bila tengok bakal pengganti dalam kabinet dia yang mengeluarkan pendapat yang menjauhkan lagi masyarakat kepada UMNO dan BN. Nasib badan la Dato' Seri kerana bukan salah ibu mengandung , tapi salah pilih corak perjuangan, kalau hanya nampak duit dan ringgit, maka inilah jadinya akhir perjuangan kita.
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment