Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, January 27, 2009

Kematian satu kemestian !

Setiap yang hidup pasti akan mati. Tua atau muda, kecil atau besar, Islam atau tidak, mati pasti akan menimpa mereka. Kalau diPalestin kekejaman Yahudi laknatullah telah mengorbankan lebih daripada 1300 jiwa tanpa mengira usia dan jantina, tetapi disini kematian berpunca daripada kemalangan jalanraya meragut ribuan nyawa juga dalam setahun.

Kematian yang menimpa adalah satu ujian Allah diatas kesabaran kita menghadapinya kerana lambat laun kita juga akan menuruti jejak mereka.
Petang tadi bersama pengerusi Lajnah Antara Kaum Pendang saudara Rusli Mat dan beberapa orang MKK Keturunan Siam, Ai Min dan Cikgu Tiang, ana telah sempat menziarahi dua orang warga Siam yang mati . Salah seorang baru berusia 24 tahun, kemalangan jalanraya di Kpg Lampam dan seorang lagi berusia 85 tahun, sakit tua di Kpg Titi Akar.



Sebagai wakil rakyat, ana sempat meluangkan sedikit masa untuk keluarga mereka sambil menasihatkan mereka agar bersabar menghadapi saat sedih ini.

Nampaknya mutakhir ini, bukan sahaja kampong Melayu yang ana ziarah, tetapi Kampong dan Wad Siam juga sudah menjadi tempat kunjungan ana setiap kali ada perkhabaran tentang kematian dirumah mereka. Kaum Siam rupa-rupanya juga menghadapi saat sukar apabila ada waris yang mati, mengikut cerita mereka terpaksa menyewa peti mayat berhawa dingin dalam kadar RM 1800 untuk tiga malam dan membuat jamuan setiap malam untuk pengunjung yang mengunjungi mayat tersebut sambil Sami melakukan upacara keagamaan sehinggalah mayat mereka dibakar.

Pada masa getir inilah ada sahabat handai dan keluarga yang datang menghulurkan derma dan sumbangan untuk meringankan bebanan waris terbabit.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.