Ana cukup tersentuh hati dan pilu bila mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang dan wakil Hamas malam tadi di Stadium Sultan Abd Halim Seri Menanti Alor Setar yang menyatakan hanya Islam dan perjuangan berlandaskan Islam sahaja yang dapat mengembalikan bumi anbia ini ke tangan umat Islam Palestin. Peperangan 6 hari yang menyaksikan negara Arab sekular mengangkat bendera putih kepada tentera laknat Yahudi dengan jelas memberi gambaran bahawa hanya dengan perjuangan berlandaskan Islam dan Aqidah Islam kerana Allah sahaja akan memberikan kekuatan kepada umat Islam Palestin sehingga Israel Yahudi laknat ini mengadakan genjatan senjata sebelah pihak dek kerana balasan serangan dan pertahanan yang diberikan oleh Hamas yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah yang maha agung. Satu rentetan sejarah yang cukup menusuk kalbu adalah apabila tuan guru menyatakan peristiwa kejatuhan kerajaan PAS Terengganu pada 2004 dulu adalah bertepatan dengan syahidnya Sheikh Ahmad Yassin pemimpin Hamas yang dibom oleh Israel dan kemenangan PAS dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini bertepatan juga dengan kemenangan Hamas didalam melemahkan semangat tentera Israel sehingga memaksa mereka melakukan genjatan senjata sebelah pihak. Kita juga merasa hairan kenapa Malaysia yang pernah menjadi Pengerusi NAM dan OIC mempunyai idea dan komitment yang sama dengan Amerika, Britain dan Perancis didalam tingkah laku negara tersebut yang selaras dengan apa yang dilakukan oleh Malaysia iaitu tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya yang disahkan oleh pemerhati PBB diketuai oleh Jimmy Carter itu sehingga pada persidangan NAM di Kuala Lumpur suatu ketika memanggil Menteri Luar Fatah yang kalah padahal Menteri luar sebenar adalah daripada Hamas , Mahmud Zahar untuk berucap. Perkara ini pernah ana sentuh dalam perbahasan ana semasa ada menjadi ahli parlimen pada penggal pertama dulu, lalu di jawab oleh Dato' Shabery Cheek menyatakan ana hanya bermain politik, tidak membahaskan perkara sebenar ketika itu mengenai kekejaman Israel dalam usul yang dibawa oleh Gombak pada waktu itu.
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment