Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, February 11, 2009

Alahai puteri.

Alahai puteri, kesian kat kamu.
Mungkin puteri masih belum lahir masa tok wan tun dr M mengerahkan seluruh rakyat jelata berhimpun dalam program semarak untuk dalam krisis perlembgaan ditahun 80an sehingga hilangnya imuniti raja-raja Melayu yang patut diberi taat setia dan tidak derhaka. Dari satu negeri kesatu negeri tok wan kita tu himpun rakyat dan berbagai ucapan dibuat yang ada hubungkait dengan istana dan pasti kalau puteri dengar sudah pasti akan terpesona dan terliur untuk turut serta mempertahankan imuniti raja yang akhirnya terlucutlah macam buat masah ranum gugur kebumi.

Juga mungkin puteri masih belum ingat ketika itu masih bayi lagi bila TS Anuar Musa bersama kuncu-kuncu nya melakukan pertabalan sultan Kelantan yang baru dibawah pokok disebuah sekolah di ketereh dan seterusnya bersama TS Mohamad Yaakob Bekas MB Kelantan menghantar memorandum mendesak sultan Kelantan turun takhta. Khabarnya sekolah itu jugalah dijadikan tempat perlawanan lumba kura-kura dimana kura-kura yang tak mahu berjalan dicucuh punggungnya dengan punting rokok panas. Zalim punya manusia.

Mungkin puteri masih dalam nyenyak tidur bermimpi menjadi puteri gunung ledang bilamana penyokong Idris Jusoh membuat kain rentang menyatakan “ kami nak deris natang’ didalam mesyuarat jalanan mereka di KT membantah MB Datok Md Said ( kalau demo dah kena gas pemedih mata, mesyuarat tak pa la), atau mungkin mereka ini manusia muka beruk macam KJ pernah kata dulu ( kalau demo, beruk KJ kata).
Mungkin juga ketika DS Shahidan Kasim mengumpulkan penyokong dirumah beliau menghimpun sokongan menjadi menteri besar lantikan Pak Lah kerana membantah MB lantikan Raja Perlis saban malam puteri masih nanar kerana termakan kulat berubat daun ketum sehingga tidak perasan itu adalah merupakan bantahan kepada Raja Perlis ketika itu.

Mungkin ditatkala YB Karpal Singh berhasrat menyaman Sultan Perak puteri masih kebingungan dan tak sedar dari lamunan akibat kalah di KT bahawa yang membuka ruang kepada saman-menyaman adalah manusia yang pernah menjadi ketua mereka yang terbesar dan pernah menjadi PM kita semua.

Atau mungkin puteri ketika Standard Chartered menyaman Yamtuan Besar N9 jutaan ringgit kerana berhutang masih lagi mengelamun khayal dek terhidu bau kemeyan kerana sedih atas kehilangan 5 negeri kepada pakatan dalam upacara krnduri aruah mereka.
Maka kesemua kemungkinan tersebut menyebabkan sekarang puteri bangun mendahului pemuda menyatakan sokongan taat setia kepada DYMM Sultan dan Raja-raja Melayu seolah-olah mereka bukan penghapus imuniti raja, mereka bukan pendesak sultan turun takhta, mereka bukan yang membawa banner bertulis ‘kami mau idris natang,



mereka bukan penyebab kepada raja dan sultan boleh disaman kerana sudah ditiadakan imuniti melalui usul diparlimen, bukan, bukan dan bukan mereka.


Sebab itu mereka berani buat kain rentang



dan mengaku taat setia kepada raja dan negara sesuai dengan rukun negara yang disanjung bersama, tidak saperti orang tua mereka , tua UMNO dan nenek serta opah UMNO serta tok wan dan datuk UMNO yang masih segar dalam ingatan segala peristiwa lama tersebut. Kerana masa tu puteri masih lagi bayi dan masih dalam buaian dan masih lagi memakai lampin basuh pakai.

Rasanya sekarang rakyat sudah tahu dan matang didalam berfikir, sekali mereka bersilat, rakyat sudah nampak buah dan bunga yang hendak dimainkan. Lakukanlah apa pun sekarang ini, berita arus perdana sudah menjadi berita terpencil yang rakyat baca, kalau baca pun rakyat tak percaya, kalau percaya pun rakyat tak yakin, kalau yakin pun rakyat akan cari lagi berita lain untuk dibuat bandingan.
Jadi internet dan akhbar alternative yang disebut nyamuk juga akan menjadi bacaan harian mereka yang ingin berfikir dengan lebih matang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.