Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, February 12, 2009

Siapa derhaka!


Sekarang ni diserata simpang tersangkut banner daripada UMNO Kedah dan Bahagian menggambarkan bahawa mereka adalah manusia dari golongan yang paling setia kepada raja dan sultan , tak pernah derhaka dan patuh kepada sultan dan raja , tak berhasrat melukakan hati raja dan sultan dan sebagainya.
Cuma ana nak kita rational dan waras sikit dalam hal setia dan derhaka ni.
Takkan bila sebut ' patik sembah derhaka' bermakna kita derhaka kepada sultan. Tahulah sikit bahasa istana, kita tak boleh nak kata patik tak setuju pandangan dan pendapat tuanku, macam contoh bila tuanku tanya apa nama pokok ni? kepada kita,
kalau kita tak tahu, kita kata 'patik kuranag periksa tuanku', tak boleh kata patik tak tahu, tapi kalau sebut macam tu diluar maknanya bahasa tu memang menempah tempelak dari kawan, memang macam mempermain kawan, tetapi itu bahasa yang halus dalam isytana.

Ana bukan apa bila bercakap pasal derhaka dan setia ni, cuma teringat ada orang besar dalam parti belah sana suatu ketika dulu, pernah bawa lari puteri raja dan kahwin di siam thailand, lepas balik malaysia nafi kat sultan kata dia kahwin dengan puteri raja, tapi bila tak suka cerai pula dan bagi wang khabarnya berjuta-juta. ana pun tak ingat sapa nama orang belah sana tu tak tau, rasanya belum mati lagi. Habis seluruh rakyat termasuk raja kena kelentong dengan dia, setia dan derhaka macam tu.?

Kisah kedua macam ana pernah dengar, harap-harap tak silap la ingatan, ada seorang juga besar dan botak kepala,pernah kahwin dengan puteri raja juga, lepas tu minat dengan sorang artis, sampai suruh cerai oleh laki dia, kahwin dengan orang besar ni , dan cerai isteri puteri raja tadi kononnya isteri puteri raja tu ada penyakit psychiatrik. (gila). Tak tau la ana masih hidup ke lagi isteri beliau dan beliau tu, dengar cerita la kisah tu, kalau macam ni derhaka ke setia dengann raja. Bahkan dengan bekas isteri pun macam tu mungkin tak setia kut, kalau dah sakit rawatlah dulu, ni dah cerai baru kata isteri 'gila'. Dahsyat betul orang tu. Ana tak ingat siapa dia, cuba sebut nama kalau siapa ingat, masa tu ana kecik lagi?.

Kisah ketiga bila ana masih terbayang suatu ketika seorang sultan ditabal dipadang bola bawah pokok, bukan dalam istana oleh orang besar belah sana juga , lepas tu hantar memo keistana desak sultan betul letak jawatan. Rakyat desak sultan turun takhta, ish-ish, sampai tera tu sekali depa buat kepada sultan depa, derhaka ke setia kalau macam tu, habak mai sat?

Satu kisah lagi rasanya datuk ana kata baru berlaku masa dia masih muda lagi, seorang sultan angkat seorang menteri besar, tapi bekas menteri besar tak setuju, lalu bawalah himpunan manusia berdemo dan yang paling sedih datuk ana kata " kami nak...., natang", ana tak tau makna natang tu, tapi ikut mat romeo kata natang tu loghat terengganu kata lantik. ? kalau macam tu kita boleh la cari dalam kamus dewan ada ka makna natang tu, sama dengan lantik.

dan kisak satu lagi pasal himpun rakyat diserata padang pada pada dulu-dulu, naik gajah, naik kuda, naik lembu , kerbau pi tengok himpunan semarak ke apa namanya, tujuan nak dedahkan raja dan sultan itu buat itu dan ini, dapat balak sana dan sini, sampai segala harta merdak raja dan sultan negeri itu dan ini nak didedahkan, padahal depa sendiri yang bagi,



buat salah gitu dan gini, hingga semua rakyat dah macam mabuk kata datuk ana, maka satu usul dibawa dalam parlimen lalu luluslah satu undang-undang dimana start dari masa tu raja dan sultan boleh didakwa didalam mahkamah khas. ? Masa sapa jadi ketua belah sana ana tak ingat, masih menyusu mak lagi masa tu, macam puteri la katakan , kecik lagi. Dah boleh saman dan dakwa, maka ada la orang nak dakwa, pasai dia kata dah ada dalam undang-undang. Orang yang bawa usul tu setia ka derhaka ka agak-agak hampa la, ana tak berapa reti sangat hal ni, maklumlamlah orang hulu.

Banyak lagi kisah boleh muat sini, tapi dah mengantuk ni, eesok pulak la.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.