Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, February 14, 2009

Kelab Penyokong , UMNO dah lama ada! Kapt Zahar

Malam tadi sekali lagi Batu 9 Kota Sarang Semut yang menjadi tempat himpunan manusia untuk mendengar penerangan daripada PAS khususnya Pas Kuala Kedah telah mengadakan ceramah penerangan yang menampilkan ADUN Kubang Rotan, YB Sdr Nasir Mustafa, ADUN Anak Bukit, YB Dato’ Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua UMNO PJS Datuk Kapt Zahar Hashim.



Apa yang ana tertari dengan ucapan Kapt Zahar malam tadi adalah bila beliau menyebut pasal Kelaqb Penyokong PAS yang baru ditubuhkan dan dianggotai oleh kaum India, Cina dan Siam, tetapi bila dia menyebut Kelab Penyokong UMNO, masing-masing tertunggu siapakah pula yang menganggotai Kelab ini, setahu ana di Mesir dan pelajar luar Negara adalah yang menjadi anggota Kelab ini, sampai di Mesir depan pejabat depa dulu dinamakan dalam tulisan jawi, kaf, lam, ba UMNO , pak arab baca, maknanya kalbun ertinya anjing UMNO. Lepas tu tak berani bubuh tulisan jawi lagi dah.
Tetapi dalam Negara tak tahu pula, bila dia sebut satu persatu barulah ana dan semua pendengar faham bahawa mereka yang jadi anggota adalah SPR, SPRM, PDRM, BTN, TV , Akhbar harian dan bermacam lagi anggota yang menerima gaji dari cukai rakyat tapi bekerja untuk menyambung hayat UMNO. Yang paling baru adalah SPR yang menunggu tarikh PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau sehingga habis persidangan UMNO baru diadakan penamaan calon, kebiasaannya diadakan ceapt, tetapi untuk memberikan ruang kepada UMNO habis berkelahi baru diadakan penamaan calon, takut tak ada orang nak datang mengiringi calon depa.



Satu lagi kelmarin, bila Pemuda PAS nak adakan program jom sertai PAS di depan Pekan Rabu, kebetulan hadapan bangunan UMNO Alor Setar, dihalang oleh PDRM, ahli Kelab UMNo juga kerana mereka merampas banner dan cuba merampas system pembesar suara , tetapi sempat dihalang oelh anggota petugas setelah berbincang dengan DSP Feisal,
apabila penganjur tanya kenapa tak diberikan permit, depa kata alas an keselamatan awam. Pening juga kami kelmarin, apa yang tak selamatnya, anggota polis sampai 2 trak dating, tapi bukan kepala merah la, bagi alas an factor keselamatan awam.
Setahu ana kalau rakyat tak selamat, yang kena soal adalah pihak polis, tak tahu nak jaga orang kerana dalam parlimen baru-baru ni dijawab lebih 1500 orang mati ketika berada dalam lokap. Lebih ramai daripada rakyat Gaza yang mati kena bom oleh Israel laknatullah baru-baru ni. Nampak yang keras menghalang kelmarin adalah DSP Feisal sampai bila Ketua Pemuda berucap nak suruh kami semua bersurai pun dia tutup suiz bila Sdr KP kata lawan kita bukan Polis tetapi lawan kita adalah UMNO, sampai tang UMNO terus dia tutup suis. Maknanya apa yang Kapt Zahar ucap tu disahkan sendiri oleh DSP Feisal kelamarin saperti yang ana lihat sendiri. Dia tak boleh dengar orang marah kat UMNO sikit pun , walaupun UMNO lah yang buang imuniti raja, UMNO yang tabal Sultan bawah pokok dipadang bola, UMNO yang desak sultan turun takhta , orang UMNO yang kata ‘natang’, orang UMNO yang pelari puteri raja kahwin di Siam, orang UMNO pelari duit ke Australia sampai kena tangkap, dan berbagai lagi yang hanyir dan memualkan, tetapi kerana ahli kaleb mereka, maka tak pa lah.
Ana tanya seorang anggota pasal pa bila KJ buat demo di Ipoh boleh, tapi kita nak buat secara terbuka dan dalam majlis rasmi tak diberi permit, dia kata Khir Toyo pun kena tangkap, kami tak tahu ,itu bukan urusan kami.

Bila sebut yang ni, ana nampak Khir Toyo lebih hebat dari KJ dan Mukhriz la, dapat dok dalam lokap , bagus tu , jadi pembangkang mesti biasakan diri masuk lokap, cuma tak rasa ISA lagi , macam YB Senator Yusof Husin kami tu, atau Sdr Mat Sabu atau Dato' Mahfuz Omar. Lepas ni adakan pula debat pasal ' derhaka', nak tengok sapa lebih hebat antara ketiga calon KP UMNO ni, siapa yang boleh mempertahankan ' siapa yang membuka ruang kepada penghapusan imuniti raja-raja Melayu hingga boleh diheret raja ke mahkamah'. Minta Datuk Mukhriz jangan tolak la tajuk ni, pertahan la betul-betul no.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.