Apabila Umno meletakkan kain banner diseluroh Negeri Kedah, dimerata jalan, lorong
simpang dan ceruk mendabik dada , meluah perasaan dan melolong memekik bahawa’ UMNO setia kepada raja, dulu, kini dan selamanya’, maka ana ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana baru kini mereka sedar dari tidur lena dan mimpi nyenyak mereka selama ini bahawa baru sekarang mereka nak setia kepada raja mengikut apa yang termaktub dalam rukun Negara ‘ kesetiaan kepada raja dan Negara.
Ana Cuma nak mengingatkan sekadar dua tiga patah perkataan berhubung dengan perkara kesetiaan kepada raja ni menurut perspektif yang sejarah telah lakarkan kepada kita melalui artikel yang ana paste daripada blog Saudara Penarik beca , Malaysiakini dan lain lagi yang antara lain boleh dibaca dibawah ini.
Cuma sebagai lasannya ana rasa semua rakyat Malaysia ingat dan kenal siapa orang yang buat himpunan rakyat serata Negara sekitar tahun 80an dulu disebut semarak hingga ada nama di Datuk Keramat, Jalan Semarak bertujuan menghimpun rakyat lepas tu dedahkan raja itu dan raja ini telah melakukan berbagai keburukan kepada rakyat sebelum diluluskan undang-undang dalam parlimen menghapuskan imuniti raja-raja.?
Begitu juga kita masih belum lupa sejarah Negara khususnya di Kelantan negeri cik siti wan kembang yang ramai ulamak dan pondok itu dimana rakyat tak digelar derhaka bila menabalkan raja dibawah pokok di Ketereh, dan ada yang menghantar memorandum mendesak supaya Sultan Kelantan ketika itu turun takhta, apakah ini bukan derhaka kepada raja dan apa pula setianya pemimpin UMNO ketika itu tidak berbelah bagi dulu kini dan selamanya kepada raja mereka?
Sebab itu dalam isu tuduhan pemuda UMNO Perak kepada YAB DS Nizar ini, TS Annuar Musa senyap saja, kerana mungkin beliau teingat sejarah bawah pokok di Ketereh 15 tahun dulu. Hinggakan ada yang sanggup hantar memo mendesak Sultan Kelantan turun Takhta!!
Sekali lagi ana nak ucapkan tahniah kepada manusia yang pernah di anggap oleh Menantu PM sebagai beruk (kerana suka buat demo semasa bersih buat demo di KL dulu, ), yang telah buat demo di Ipoh baru-baru ini yang turut disertai oleh b---k-b---k yang dikatakan oleh UM 5000 orang dan Malaysiakini seramai 1000 orang itu atas kesedaran mereka tidak saperti yang dibuat oleh b---k di Terengganu semasa nak melantik Menteri Besar Terenggan 11 bulan lalu. Siap dengan kain rentag sebut n----g lagi. Rasanya kalau macam ni bukan lagi derhaka rasa ana, bahkan lebih teruk lagi, mungkin si bapak b---k ni masih tidur kot masa tu.
Begitu juga yang dibuat oleh Bekas MB Perlis semasa tidak mahu mengesahkan MB yang dilantik oleh Raja Perlis sebaliknya mahukan raja mengesahkan beliau menjadi MB mengikut surat yang dibuat oleh PM. Beliau juga menghimpunkan ramai penyokong dirumah beliau ketika itu setiap hari dan malam dengan jamuan free agar Nampak sokongan terus kepada beliau, bukan demo kah itu??.
Bagaimanapun, tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka ketika Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.
Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 (tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! Dan, terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992. Demi Allah, terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua Tun itu!)
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan Berug dan Kurap apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
Dari kesemua peristiwa itu, tidak pula dapat diingati ahli Umno mana dan berapa banyak pula penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak (kalau Najib tak turut menyokong pindaan Perlembagaan yang antara lain mewujudkan Mahkamah Khas kepada raja-raja Melayu, Karpal nak saman apa hari ini?
Apabila baca kisah Karpal Singh nak saman baginda Sultan Perak, ana teingat kisah ini dari blog penarik beca yang ana paste disini,
Malaysia prepares to strip Sultans of their immunity
IHT (15/12/1992): The government of Malaysia, long a staunch supporter of the monarchy, will convene a special meeting of Parliament next month to strip the country's sultans of immunity from prosecution for any breaches of the law.
Maknanya siapakah sebenarnya yang telah membuka ruang kepada Mr Karpal untuk melakukan kerja itu kalau bukan bekas PM kita yang telah melakarkan sejarah Negara waktu itu melalui kuasa dewan rakyat dimana BN memperolehi majority lebih 2/3 .
Ana setuju dengan pandangan salah seorang ADUN Terengganu dalam Sinar hari ni menyatakan UMNO kalau ada kuasa, apa pun dia sanggup lakukan tetapi bila dia tiada kuasa pula, apa pun dia akan buat walaupun melanggar sussila dan peradapan, bahkan bertentangan dengan ajaran agama Islam yang suci lagi mulia, hatta menderhaka untuk mendapatkan kuasa , bila dah dapat balik kuasa, maka akan ditendang habis mereka yang membantu menaikkan mereka tersebut. Pengalaman ini perlu diingati oleh semua pejuang Islam sampai bila-bila.
Paste dibawah sekadar untuk melengkap pandangan ana diatas untuk lebih real situasi sebenar dimana ana copy dan paste itu. TK penarik beca, Malaysiakini, Malysia insider dan tinta merah, kerana pemikiran anda boleh membuka minda mereka yang mahu berfikir dengan fikiran yang waras.
Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.
Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan Bernama mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.
'Perhimpunan haram' yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah 'demonstrasi jalanan' bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.
Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu. ( orang lain buat demo dia kata beruk, mungkin dia bukan macam sepsis orang yang pernah buat demo kut, spesis lain dari manusia yang biasa berdemo.)
Cuma kita ingin bertanya, jika keengganan Nizar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB dianggap 'menderhaka' kepada sultan, bagaimana pula dengan keengganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Dato' Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, 10 bulan lalu?
Pastinya kita masih belum lupa bagaimana Shahidan dan Idris dengan sokongan Umno Pusat khususnya Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon MB istana.
Malah perhimpunan membantah keputusan istana diadakan di dua negeri terbabit selama beberapa hari. Di Terengganu, satu sepanduk yang dibawa penyokong Idris yang juga Ketua Perhubungan Umno negeri menyifatkan istana sebagai 'natang' (binatang).
Sejarah negara juga memperlihatkan bagaimana institusi istana pernah dipijak dan dihina Umno. Lihat sajalah krisis Perlembagaan yang berlaku pada 1983 apabila perhimpunan-perhimpunan besar dianjurkan Umno untuk berhadapan pihak istana.
Bagaimana pula dengan episod pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu pada awal dekad 90-an. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki Umno telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?
Setelah sepuluh bulan episod penderhakaan berlaku di Perlis dan Terengganu, tiada sebarang tindakan diambil oleh Umno untuk menghukum sipenderhaka. Shahidan terus kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno negeri walaupun terlepas jawatan Menteri Besar.
Idris Jusoh diberi habuan sebagai Pengerusi MARA manakala sebahagian Adun Umno Terengganu yang bersama Adun Ajil, Rosol Wahid membantah calon MB pilihan istana, kini menjawat Exco Kerajaan Negeri.
Ketika kedudukan Umno dan BN kukuh, istana diinjak-injak golongan penderhaka ini. Apabila pengaruh Umno mula pudar dan orang Melayu mula meninggalkan parti yang dipenuhi kurap rasuah dan penyelewengan itu, Umno cuba berselindung di sebalik pagar istana dan berpura-pura menjadi pembela institusi Raja.
Sebenarnya patik rakyat tuanku sekelian sentiasa patuh dan setia kepada raja dan negara mengikut perlembagaan negara kita dan kami tidak pernah mendesak supaya raja turun takhta dan juga tidak pernah bawa usul supaya imuniti raja di mansuhkan dan tidak pernah mendedahkan didalam akhbar segala apa yang berlaku didalam istana tuanku, semua itu rakyat ketahuai dan rakyat tahu siapa pelaku kerja berkenaan.
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment