Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, February 10, 2009

Takziah diucapkan kepada Puan Safiah diatas pemergian kerahmatullah suami tersayang Allahyarham Tuan Hj Roslan Shahrum, bekas YB Bukit Gantang. Ana berasa amat pilu semasa mendengar berita ketiadaan beliau kerana baru hari Khamis lepas kami sama-sama berada diatas kapal terbang selama 13 jam dari Amman jordan ke KLIA melalui Cairo setelah seminggu dalam misi kemanusiaan membantu penduduk Palestin di Gaza, tetapi malang kerana tidak dibenarkan masuk oleh kerajaan Mesir melalui sempadan Rafah.



Dalam kesibukan menerima berita penculikan ADUN Behrang dan Cangkit Jering didalam kawasan beliau, beliau menyatakan betapa kesediaan rumah beliau untuk dijadikan tempat kami menginap semasa berkempen nanti di Cangkat Jering kalau diadakan PRK. tiba-tiba berita mengenai keengganan SPR menerima surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN PKR tersebut , seolah-olah mereka itu mahkamah yang mempertikai surat yang sudah disahkan oleh speaker dewan Perak, maka topik perbincangan beralih kepada jawatan beliau sebagai Pengerusi Yayasan Perak yang akan hilang kalau BN merampas Negeri itu dari Pakatan. Beliau hanya menjawab dalam gurauan bahawa biarlah siapa pun nak ambil jawatan tu, itu hanya amanah yang diberikan untuk dipikul sebentar sahaja. Namun apa yang dilihat beliau lebih sibuk untuk berulang alik kekerusi presiden untuk memberi laporan berhubung apa yang berlaku di Perak ketika kapalterbang masik dilandasan, sambil bergurau beliau menyatakan sedang melobi Presiden untuk seseorang menjadi calon di Cangkat Jering, AJK Pusat dan memang orang Perak.



Memang beliau nampak ceria sepanjang penerbangan dan sepanjang di tempat lawatan bertemu pemimpin politik disana memang tiada nampak sebarang masalah kesihatan cuma sekali sekala meminta cream untuk menyapu kulit yang gatal.

Dikesempatan berada di Syria, beliau sempat menziarahi anak beliau yang sedang belajar di Sek Men di Syria , Maahad Tahfiz disana berhampiran Makam Bilal bin Rabah dan makam Isteri Baginda Rasulullah saw Ummu Salamah.

Apabila kami berada di Hotel Europe di Cairo, beliau menghulurkan tangan untuk diperiksa tekanan darah oleh YB Dr Lo' Lo', terkejut kami kerana tekanan darah beliau agak tinggi dan menasihatkan agar sentiasa mengambil ubat. Selepas itu baru beliau ceritakan perkara yang berlaku di Taiwan dan sebagainya.

Apabila mendapat berita kematian beliau memang ana cukup terharu dan sedih, tetapi memang itulah kehendak Allah, beliau hendakkan PRK di Cangkat Jering, tetapi Allah takdirkan PRK di tempat beliau sendiri.
Insyaalah kita akan berjuang habis-habisan dalam membuktikan bahawa memang sebenarnya BNlah menjadi lanun merampas Perak saperti lanun di Somalia.

Satu lagi cerita sensasi bagi kami di Kedah bila Bukit Selambau pula akan diadakan PRK atas sebab perletakan jawatan ADUN YB Arumugam kerana tekanan yang beliau terima atas sebab tak sanggup lompat keluar PKR untuk membolehkan BN melobi calon lain untuk dirampas Kedah pula.



Syabas ana ucapkan kepada beliau dan memang kental hati bekas YB Arumugam ini mungkin kerana bertugas didalam kalangan tentera, melepaskan peluang wang yang banyak dan mungkin jawatan yang lumayan kalau sanggup melompat, tetapi beliau lebih rela hilang semuanya daripada dihina kemudian hari dengan sogokan kewangan yang banyak dan hidup mewah.

Cuma apa yang ana rasa sedikit pelik adalah apabila Speaker Kedah YB Dato' Abdul Isa menerima surat perletakan jawatan , dan memaklumkan kekosongan kerusi Bukit Selambau, SPR tidak pula mempertikaikan kesahihan surat letak jawatan tersebut lalu menyatakan akan bermesyuarat tentang PRK di kedua-dua Bukit tersebut Jumaat ini. Kenapakah bila ADUN Behrang dan Cangkat Jering yang menandatangani surat perletakan jawatan kepada Speaker Perak, masa itu SPR kata surat itu tak sah, dipertikaikan kesahihannya lalu kerusi tu tak jadi kosong dan tak perlu pilihanraya kecil. Tak tahulah ana bila pula SPR ini jadi Hakim melebihi Speaker DUN Perak tetapi menerima pengesahan letak jawatan dari Speaker DUN Kedah.

Takkanlah pengerusi baru ni nak buat honar macam pengerusi lama kut. Beli dakwat juta-juta, bila nak guna kata tak boleh pula. Pasal ada orang bawa masuk dakwat cara haram, takut teraniaya penyundi, tang kapan dibuat, 2 orang, tapi sampai sekarang ana belum dengar ada orang yang telah didakwa bawa masuk dakwat cara haram pun sampai hari ini. Ana harap BERSIH dapat digerakkan semula agar kerja-kerja SPR dengan pengerusi baru ni dapat celik mata dan membantu melaksanakan tugas dengan lebih telus semoga pilihanraya negara kita menjadi contoh kepada negara lain.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.