Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, June 27, 2009

Pi Titi Akar pulak, masuk watt. !!

Satu lagi program anjuran Kelab Penyokong PAS Pendang diadakan di Watt Titi Akar, Sungai Tiang . Ana dan sahabat dari Pasukan Perubatan Islam Kedah telah turun bersama 4 doktor dan Pembantu Perubatan serta Ahli Farmasi dan lain-lain petugas serta AJK Lajnah antara kaum dan Ahli Nisak Pendang serta masyarakat setempat untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma dan rawatan kepada masyarakat sekeliling.



Mereka dari Kpg Padang Durian, Kpg Rasau, Kpg Baru Titi Akar dan sekitar telah datang mendapatkan rawatan semalam.

Sebelum ini khidmat ini pernah dijalankan di Kpg Padang Durian, kali ini dalam watt dimana majoritinya dihuni oleh masyarakat Siam.


Turut sama meluangkan masa memeriksa pesakit adalah YB Dr Ismail Salleh, EXCO Kesihatan dan NGO Kedah.

Ada diantara mereka yang mengidap penyakit kronik dan kebanyakan pesakit yang diperiksa adalah mengalami kesan penyakit Chikungunya yang baru melanda kawasan tersebut sebulan dua yang lepas.

Kami juga sempat memeriksa kesihatan Tok Tan yang merupakan Sami kedua terbesar di Negeri Kedah .Beliau jelas menggambarkan kegembiraan daripada program yang diadakan dan berterima kasih atas khidmat tersebut.



Program diakhiri dengan majlis makan durian di kedai MKK Titi Akar , Saudara Seng.



Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama En Kunasegari SU Kelab Penyokong PAS dan Seng yang menyediakan durian serta pasukan Perubatan Islam Kedah dan semua AJK Nisak, Muslimat dan En Rusli Che Mat Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Pendang.



Moga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara PAS, wakil rakyat dan masyarakat setempat.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.