Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 1, 2010

Hentikan skim Full Paying patient di hospital awam.

Pagi tadi dihadapan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ana bersama YB Jerai, YB Padang Terap dan YB Sungai Siput telah mengadakan satu piket bersama sekumpulan masyarakat dari Ipoh yang dibawah naungan YB Sungai Siput serta beberapa penduduk tempatan Alor Setar berhubung dengan skim perkhidmatan pesakit bayar penuh untuk mendapat khidmat pakar dihospital awam.
Sejarah FPP ini telah lama ana bahas didalam parlimen semasa sessi parlimen ke 11 lagi iaitu sekitar tahun 2005 atau 2006 lagi. Anapernah menyentuh tentang masalah pengiliran keluar doktor pakar sesektor swasta anatara puncanya adalah ketidak seimbangan tangga gaji dan skim perkhidmatan serta keselesaan tugan diantara mereka disektor awam dan swasta. Oleh itu kerajaan perlu mengujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan dan mengkaji skim gaji dan perkhidmatan petugas didalam sektor kesihatan ini serta perlu menghadkan jumlah kewujudan hospital swasta disatu-satu kawasan agar jumlah pengaliran keluar ini dapat dibendung dengan agak terkawal.Namun ana agak terkejut bila mendapati jawapan daripada Menteri Kesihatan kepada YB Sg Siput adalah skim ini mendapat sokongan Pakar yang mengambil bahagian dihospital Selayang dan Putrajaya dan akan diteuskan kehospital lain yang ada pakar seluruh Malaysia, tetapi dalam fasa pertama akan dimulakan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, dan Hospital Sultan Ismail Pandan Johor.
Masalah yang akan dijangka adalah bilamana seseorang pesakit yang mampu membayar akan mencari seorang doktor pakar dihospital awam dan terus membayar kepada beliau untuk mendapatkan perkhidmatan padahal doktor tersebut juga akan bertanggungjawab merawat dan melatih doktor dibawah seliaan beliau saperti housemanship dan doktor stswazah serta pegawai perubatan. Bayangkan sekiranya syarat selepas waktu pejabat yang diberikan pada permulaan skiom ini dipraktikkan tidak berjalan dengan baik maka sudah pasti pakar tadi akan lebih menumpukan masa beliau untuk berkhidmat kepada pesakit yang membayar kerana mereka juga mesti melayan pesakit ini kerana bayaran yang agak mahal tadi, bagaimana akan terjadi kepada pesakit kelas tiga dan doktor siswazah dan MO yang dilatih tadi? Sudah tentu tahap rawatan yang diterima mereka akhirnya akan berkurangan.

Masalah sesama pakar antara yang mempunyai pesakit swasta yang membayar penuh dengan yang tak mempunyai pesakit yang membayar penuh, sudah tentu akan menjadi tidak seimbanag masa servis mereka kepada jumlah pesakit yang perlu dilihat dan rawat, ini akan menimbulkan satu ketidakpuasan hati bagi pakar yang tiada pesakit swasta tadi kerana lihat pesakit lebih tetapi mendapat imbuhan yang kurang!.
Dalam kajian yang dibuat kenapa pesakit biasa dan doktor pelatih tidak dikaji, hanya pakar yang mengambil bahagian saja dikaji, tentu sekali beliau setuju kerana imbuhan yang didapati mencapai RM 15 K sebulan, padahal pakar biasa tidak mencapai sejumlah itu.

Ramai pesakit yang mampu membayar yang berpendapatan RM 4K keatas sebulan dalam jumlah 30 % rakyat Malaysia mereka ini mampu untuk mendapat khidmat 70% pakar disektor swasta ( hospital swasta), dalam kata lain mereka ini boleh mendapat rawatan dari pakar disektor awam dan boleh juga mendapat khidmat pakar dari sektor swasta.
Yang ruginya adalah pesakit yang kurang berada yang terdiri dari 70% rakyat yang akan hanya mendapat khidmat daripada 30 % pakar disektor awam. Sudah tentu khidmat yang mereka dapat akan berkurangan.
Juga doktor pelatih yang akan mendapat kesan negativ kerana pakar ini akan lebih menumpukan kerja kepada sektor yang mereka dibayar daripada melatih kerana tidak mendapat imbuhan yang lebih.
Imej doktor sendiri sudah pasti akan merudum kerana akan ada persepsi negatif bahawa tohmahan yang dilemparkan kepada mereka ini lebih mementingkan wang ringgit daripada khidmat rawatan kepada pesakit akan timbul nanti.
Oleh itu, pagi tadi kami telah menghantar memorendum kepada pengarah Hospital Sultanah bahiyah agar beliau memnjangkan gesaan kami agar skim ini dihentikan atau dibatalkan dan satu kajian perlu diadakan supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan ditubuhkan untuk mengkaji skim imbuhan kepada pakar dan menambah jumlah peruntukan kepada sektor perubatan kepada 4 % KDNK 21 billion daripada hanya 1.9 % sekarang. Dimana syor WHO adalah 5 % KDNK.


Moga usaha ini akan mendapat sokongan semua demi untuk menjaga kesihatan rakyat dan wang negara serta integriti para doktor dan pakar. Sesuatu harus dilakukan supaya pengaliran wang negara tidak terjurus kepada pembaziran, rasuah, penyelewengan dan setaraf dengan nya supaya lebih banyak dapat diberikan kepada rakyat melalui khidmat perubatan ini.
Syabas diuccapkan kepada YB Sg Siput Dr Silvakumar yang membawa kawan dengan bas dari Ipoh untuk menyertai piket ini , moga usaha mereka mendapat perhatian daripada Menteri Kesihatan melalui memo yang dihantar ini dan sesuatu pindaan boleh dibuat demi untuk kebaikan semua, PRU ke 13 mesti akan ditukar daripada genggaman BN.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.