Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, March 3, 2010

Kabel punya pasal lah ni.

Malam tadi bertempat di Dewan Majlis Daerah Pendang, satu majlis penerangan berhubung isu-isu terkini Negeri Kedah telah diadakan . Majlis diadakan oleh Urusetia Penerangan Negeri dengan Kerjasama Pejabat Daerah Pendang.
Mutakhir ini 3 isu utama yang sedang dimainkan oleh akhbar dan TV adalah berhubung dengan PAKR Mergong khususnya, Isu air dan pembangunan negeri Kedah termasuk pelabur dan hasil mahsul negeri.
Isu yang paling hangat dan panas dan menjadi topik perbahasan panas adalah PAKR Mergong sehingga ada yang menghantar memorendum kepada Menteri Besar untuk menangguhkan pembayaran kutipan bayaran rumah kos rendah tersebut oleh pihak bank saperti yang diputuskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.


Pokok bicaranya adalah keengganan tuan rumah yang membeli rumah kos rendah tersebut semasa BN memerintah lagi dan sehingga kini tunggakan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah mencecah 27 juta. Duit untuk membina rumah-rumah tersebut adalah hasil pinjaman daripada kerajaan pusat.Apa yang menjadi kemushkilan rakyat Kedah kini adalah mereka yang tinggal atau membeli rumah tersebut sepatutnya adalah terdiri daripada golongan yang kurang berupaya dan amat memerlukan rumah. Tetapi oleh kerana ada kabel yang kuat dengan pemerintah pada masa itu, maka jadilah mereka ini pembeli rumah yang degil membayar hutang, tak tahulah samada memang betul-betul tak mampu atau sengaja tak mahu bayar maklumlah kalau tak bayar pun kabel sudah kuat dan lekat kukuh sampai tak upaya nak ditumbangkan.


Alkisah jika ditinjau keadaan sebenar mereka ini, maka akan kedapatanlah rumah yang disewa kepada pelajar Insaniah dengan kadar sewa kepala, yakni satu rumah boleh mencapai 400 hingga lima ratus sewa padahal mereka hanya perlu membayar kepada kerajaan negeri hanya seratus sebulan. Bahkan kalau perhati elok-elok disepanjang jalan Sultanah Sambungan, kita nampak ada kedai tayar, ada kedai jual handphone, saloon, gerai makan dan beranika jenis perniagaan yang sepatutnya menjadi rumah tempat tinggal tetapi kerana kabel kuat maka dah berkulat duduk disitu tidak ada siapa yang nak ambil tindakan pun, maklumlah Dato’ yang jadi wakil rakyat situ dan ramai orang dia disitu. Lantaklah peraturan dan undang-undang. Tapi bila negeri dipegang oleh orang yang nak laksanakan amanah, bermakna hutang wajib dibayar, maka mengelupurlah mereka ini, kabel besar sudah tiada dan gunakanlah mereka yang tak menjadi penghuni disitu pun untuk tambah nilai buat demo konon tak mampu nak bayar, suruh guna cara lain bukan cara bank.
Hairan bin ajaib, selama ini adakah cara bank yang digunakan sehingga tunggakan mencecah 27 juta tuh. Tapi bila MB kata nak serah pada bank kutip hutang, berduyun pula mereka yang datang pejabat boleh pula bayar hutang tertunggak tuh pula.
Sayang seribu kali sayang, agaknya kalaulah BN masih lagi pegang tampuk negeri Kedah, rasanya sampai kiamat kut geng yang ada kabel besar ni tak mampu bayar walaupun mereka duduk ditempat lain, dek kerana terlalu banyak rumah dah yang ada.
MB juga ada sebut, yang memenag tak mampu sungguh boleh datang dan bincang dan JKM boleh tolong bagi bantuan atau kalau yang janda ke, ibu tunggal ka, boleh tolong cari pasangan kut supaya tak jadi tunggal lagi . Tapi kalau guna orang lain yang tak ada kena mengenai dengan rumah disitu, tak akan menyesesaikan masalah pun .
Sampai sekarang ni, dalam simpanan bahagian perumahan Kedah, ada 23 ribu pemohon yang mendaftar untuk mendapatkan rumah kos rendah, jadi kalau yang duduk PAKR Mergong ni rasa mereka tak nak bayar tetapi mampu, haruslah mengosngkan rumah mereka agar orang lain yang lebih layak dapat juga peluang untuk duduk didalam rumah. Kalau 27 juta ini dapat dikutip semula, maka rasanya Insyaallah kerajaan pusat pun dapat beri pinjaman lagi dan dapat buat rumah lagi untuk rakyat yang lain pula.
Bila isu ini bermula, memang kita merasakan akan ada bantahan terutama daripada kepala kabel yang menghulurkan kabel pad permulaan hari tu, memang pun diketahui siapa yang mengetuai demo tersebut kalau bukan ketua parti kabel tu lah, kalau dulu kata kerja monyet, sekarang ni mereka sudah hendak menjadi saperti yang Ketua Pemuda Parti kabel tu kata dululah.


Memang mereka sengaja tak mau bayar nampaknya, bukan tak ada duit. Daripada bancian yang dibuat, ada yang tak bayar sejak mula duduk lagi, dah main puluh tahun, memang hasrat dari awal lagi dah nak duduk tapi tak mau bayar. Peduli apa perjanjian, kata depa, perjanjian minyak di Terengganu dan Kelantan dalam isu royalti minyak pun kerajaan pusat boleh abai, inikan pula kami dengan kerajaan negeri yang lalu (BN), memang bapa borek, anak rintik. Maka akan terus berdemolah mereka. Kalau hampa bayar bukan banyak pun hanya 100 ringgit sebulan , dah boleh dapat hak milik dah pun. Kalau dapat hak milik, bolehlah dapat geran, kalau dapat geran bolehlah buat pinjaman bank nak berniaga ke, nak beli harta lain ke dan macam macam laghi boleh buat.
Tahniahlah Parti kabel kerana dapat ahli yang macam ni, orang buat pinjaman cepat-cepat bayar agar dapat hak milik, tapi depa nak tunggu sampai dapat cucu suruh cucu yang bayar. Inilah yang disebut dalam hadis, amalan orang yang berhutang tidak akan naik , terawang-awang dilangit, sehinggalah ia selesai membayar hutang tersebut.
Lepas ni kita bicara pasai ‘ayaq’ pulak. Pasai yang dok sebok ayaq ni adalah Menteri yang mai dari negeri yang paling moden dan maju dalam Malaysia ni, depa suruh jaga Kedah. Punyalah teruk dia kata Kedah ni, mundurlah, air susah la, tak ada pembangunan la sejak 2 tahun PR perintah Kedah ni, cuba banding tengok dengan negeri di diseberang sana ni sat.?

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.