Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 1, 2010

Kalau orang atas buat, senyap no!!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal bulan lalu, memberitahu bahawa beliau percaya ada pihak dalaman dalam kementeriannya yang menyalurkan maklumat kepada sebuah kedutaan asing. Zahid percaya pembocoran itu dilakukan kerana bayaran. Dengan kata lain ada pihak yang menjual maklumat pertahanan negara. Ini mengejutkan kerana ia pastinya dilakukan oleh mereka yang mempunyai akses kepada maklumat berkenaan. Pastinya bukan oleh peringkat bawahan.
Bagaimanapun, sehari dua selepas itu Zahid tidak berkata apa-apa dan media pun – dan ini tidak terlalu menghairankan – tidak membuat sebarang laporan susulan. Isu itu dikatakan selesai.
Apa yang ana tertarik dengan tulisan Dr Aziz Bari pakar undang-undang yang tugas beliau melahirkan ahli undang-undang peringkat internasional ini adalah bila yang terlibat itu orang atasan maka kes selesai dalam beberapa hari sahaja, tapi bila yang buat kerja saperti menghantar enjin jet F5E yang kena masuk lori tu orang saperti Sarjan saja, maka tak sampai 2 bulan dah masuk mahkamah. Apakah maklumat rahsia negara yang telah dibocorkan oleh orang besar tersebut dan siapakah pula orang besar yang terlibat sehingga begitu mudah kes dapat diselesaikan dan bagaimana dengan rahsia yang telah terbocor itu, tak kan boleh padam balik kot . Rahsia bila dah terbit, tak boleh ditarik balik saperti kata orang tua-tua terlajak perahu boleh untdur, terlajak kata buruk padahnya.
Siapakah yang mengawal atau menteri yang menjadi ketua ketika orang besar tersebut mengalirkan rahsia itu keluar . Kerana kata Menteri Pertahanan ianya yang lalu, maknanya tentu menteri pertahanan lalu tahu benda ni tetapi kenapa tak disiasat dan ambil tindakan atas apa juga undang-undang yang ada .Takkan orang bawah buat kena orang atas buat tak apa-apa, tentu yang atas buat lebih besar bahaya daripada setakat saijan yang buat, kerana maklumat beliau lebih utuh dan banyak lagi dan juga tentu lebih strategik. Atau memang sengaja nak didedahkan kepada rakyat akan tingkah laku Menteri yang lalu agar masing-masing ada usaha nak menjatuhkan air muka yang satu lagi, ke bagaimana.? Penyelesaian pula adalah melalui jalan diplomatik, lagi pelik dan ajaib rakyat nak faham.

Lepas satu satu karenah yang dibawa keluar oleh Menteri Pertahanan kita ni, apasal pula ni, dari enjin jet yang hilang hingga ke kapal selam tak boleh menyelam hingga kepada rahsia negara yang terlapas kepada orang asing , kenapa ini berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku dan siapa yang telah melakukannya dibawah perlindungan dan kawalan siapa pula dah ni. Menteri mana yang jaga pertahanan negara sampai macam tu sekali negara kita nak jadi apa nih ha, fikir mai sat. Boleh lagi kah depa ni nak jaga negara kita.
Hari ni kisah ikan naik harga pulak dah.

Tong berinsulasi bergred makanan. siap ada RFID pulak dan ada pulak tarik lupt. harga 205 satu, kerana kerajaan kesian nak bantu pengimport ikan, bagi subsidi 60, jadi harga turun kepada 145 satu. Mak datuk, siap dengan canggih manggih tong ikan kita, boleh kesan segala mak nenek sampai umur pun depa boleh tentukan. Dahsyatnya kerajaan sekarang, yang terima bahana rakyat bawah la. Kisahnya hanya kerana Menteri nak gunakan tong yang dibuat oleh syarikat yang LKIM ada kepentingan, KF Marketing dan mesti beli daripada syarikat ini dan gunakan untuk import ikan. Tak tahu nak kata apalah ana lagi, pi tengok Thailang sana, nala punya ikan depa mai dari laut dalam tang mana pun tak tau, tapi itu yang kita makan hari-hari dulu, kini dan selamanya kot, tak pun nak susahkan nelayan depa dan pengekspot depa dengan yang canggih manggih ni, hingga ada yang kata nak hentikan import ikan. Lepas ni jenuh makan ayam dan ikan darat la kita, ikan laut import dah mahal belaka dah.
Menteri nilah juga dalam Parlimen hari tu yang bertekak dengan kami pasal nak isi borang e kasih, ada yang JKKK kata kena jadi ahli UMNO dan ada yang bawa borang kata kena cop ketua UMNO dalam borang dan bila ana tanya orang kampong tempat ana kata , JKKKP jawap hanya ahli UMNO saja yang layak, lepas tu kami tekan dia sampai dewan kena tangguh 10 minit.Lepas tu baru tangguh dulu bancian e kasih tu.Tapi bila pi keatas, kena semak dengan ketua UMNO juga yang jadi Pengerusi Majlis Perunding Pertanian Parlimen( MPPP) bagi kawasan yang berahli Parlimenkan Pakatan Rakyat. Macam mana lagi rakyat nak taruh kepercayaan kepada depa. Sebab yang dia guna tu duit hasil kutipan daripada rakyat, duit cukai dan duit khazanah negara saperti petroliun dan lain-lain hak negara.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.