Kami tidak akan menyerahkan walau seinci tanah kami kepada orang lain, begitulah tegasnya penduduk Kpg Baru Kuala Lumpur apabila ditanya mengenai pembahagian 60:40 tanah yang akan dibangunkan di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.
Para Mufti di Palestin pernah memfatwakan bahawa penjualan tanah kepada kaum Yahudi di Palestin adalah HARAM dan mungkin ini merupakan salah satu kesedaran yang muncul didalam sanubari penduduk Kpg Baru di mana ana pernah menghuni disitu sekitar tahun 80an dahulu semasa menjadi warga kerja di Kuala Lumpur.
Mereka mempunyai semangat yang kental dan inilah yang patut ada didalam setiap jiwa bangsa dan warga Kpg Baru yang mewarisi pesaka nenek moyang mereka yang hanya tinggal sekangkang kera ditengah kota metropolitan tersebut. Alasan pembahagian yang diberikan menteri adalah supaya nilai tanah akan meningkat, agak pelik dan janggal kalau nilai meningkat maka ia akan terlepas ketangan orang lain dari kita, apakah itu yang diperjuangkan oleh mereka selama ini demi bangsa dan agama konon?
Ana amat hairan kenapa tidak boleh digunakan segala kesempatan dan kemudahan yang ada saperti UDA, MARA, TH dan agensi yang lain untuk membangunkan kawasan ini tanpa berlaku pindah milik kepada orang lain kerana inilah satu-satu kawasan yang hanya sanya diduduki dan dipunyai oleh kita!
Harapan agar apa yang berlaku kepada rakyat di Palestin dapat membuka mata kita agar tempat tumpah darah kita tidak wajar digadai sehingga kita tiada lagi tempat untuk berteduh , lebih-lebih lagi dikota yang serba membangun ini.
Ayuh sama-samalah kita mempertahankan Kampong Baru agar ia kekal dan membangun dengan identiti asal Kampong Baru yang dimiliki Orang Islam/Melayu yang hebat dengan Masjid Kpg Baru dan bubur lambok nya sehingga kewarisan dan anak cucu seterusnya.
Tuesday, June 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment