Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, June 5, 2010

Banjir kilat di Bukit Pinang.

6 Jun 2010.
Namanya Bukit Pinang, Pendang, tetapi nasib penduduk disini agak malang kerana hujan yang turun agak lebat dan berpanjangan malam tadi meninggalkan banjir kilat dan melibatkan 6 buah rumah penduduk disitu. Sebelum ini walaupun hujan turan begitu , tidak pernah berlaku banjjir , tetapi selepas adanya pembinaan landasan berkembar yang sedang berjalan sekarang ini, perkara ini sering terjadi.
Keluhan penduduk disini saya tinjau petang tadi dan antara punca yang mungkin menyebabkan berlaku aliran air perlahan kerana saliran air keluar dari projek landasan berkembar ini hanya dibuat melalui pembetung yang kecil sehingga tidak dapat menampung air yang banyak lalu ia melimpah balik memasuki kampong yang terletak dikawasan bukit tersebut.
Saya pergi melihat saliran keluar tersebut , memang didapati saliran yang melintasi lebihraya PLUS dibuat jembatan, begitu juga saliran melintasi landasan keretapi lama juga dibuat jembatan, tetapi untuk landasan berkembar hanya pembetung yang sempit dan sudah tentu ianya tidak berupaya untuk mengalirkan air yang banyak dengan cepat, jadi segala air yang ada sudah pasti akan melimpah balik memasuki kampong halaman mereka.
Saya merayu kepada pihak Gamuda untuk membaiki perkara ini serta pihak MADA untuk melakukan pembersihan segala tumbuhan yang memasuki kawasan sungai sehingga menjejaskan aliran air kelau kesungai seterusnya diseberang kawasan binaan tersebut.


Gambar yang dilampirkan menunjukkan kawasan rumah En Abu Bakar Ismail yang dimasuki air.


Gambar saliran dibawah jembatan lebuhraya PLUS.


Gambar dibawah jembatan landasan keretapi lama.


Gambar pembetung dibawah landasan berkembar yang sedang dalam pembinaan.


Gambar pembetung yang hampir tenggelam kerana air yang melimpah, dan ini mamperlahankan aliran air keluar dan menyebabkan banjir didalam kampong.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.