Ana amat tertarik menghadiri Seminar ini yang diadakan di Kota Baru hari Khamis baru-baru ini 3 Jun 2010 menghuraikan hubungan antara Islam dan Non Muslim dalam kontak negara Malaysia pada hari ini. Perkara menarik mengenai hubungan kekeluargaan yang dibawa oleh dua orang penganut Muslim daripada ugama asal mereka iaitu Buddha dan Hindu , Sdr Ann Wann Seng dan Sdr Shah Kirit bin Kakulai Govindji amat menarik perhatian semua hadirin.
Kedua-dua mereka sudah memeluk Islam dalam lingkungan 14 tahun tetapi hubungan kekeluargaan mereka dengan keluarga dan saudara yang masih belum Islam tidak terjejas dan masih utuh walaupun berlainan agama , cuma ada batasan tertentu dari segi larangan pergaulan dan makanan serta keagamaan dalam kontak sembahan dan lain-lain dipelihara dengan baik . Cerita mereka sebelum Muslim dan selepas Muslim memberikan satu pengajaran yang baik dalam kontak kita didalam Masyarakat majmuk di Malaysia ini dan juga ulasan yang dibuat oleh YB Dr Mujahid selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum PAS serta Dato' Dr Johari Mat CEO KIAS juga memberikan suatu penerangan jelas betapa pentingnya keharmonian kaum yang dibawa oleh PAS melalui DHPP ini diberi sokongan oleh semua kalangan.
Seminar ini menghuraikan kertas kerja yang dibentangkan oleh Prof Datuk Dr Haron Din berdasarkan kepada buku tulisan Prof Dr Yusof Al Qaraqhawi Bukan Islam didalam Masyarakat Islam yang sesuai didalam suasana kita di Malaysia ini.
Ulasan yang dibuat oleh Sdr Ann Wan Seng dan Shah Kirit banyak memberikan contoh dan teladan berguna untuk dilakukan didalam kontak kerja dakwah kita kepada Non Muslim dan juga adab serta tata susila yang perlu dimainkan didalam hubungan antara kaum dan agama didalam kontak masyarakat majmuk ini. Seminar diresmikan oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan.Beberapa orang peserta seminar yang terdiri dari wakil India dan China Non Muslim telah memberikan pandangan berhubung dengan hubungan Muslim-non Muslim ini dan ianya dirasai amat wajar diberikan perhatian oleh kita semua yang menjadi pendokong kepada kerja dakwah dan kepartian ini.
Ramai juga kalangan India dan China non Muslim yang hadir pada seminar ini dan ana merasakan contoh program sebegini perlu diberikan perhatian dan mesti kerap diadakan untuk memberi kefahaman didalam masyarakat betapa Islam sebenarnya tidak membenarkan peaniayaan sesuatu kaum kepada kaum yang lain hanya kerana perbedaan agama dan bangsa.
Sewaktu peresmian Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz menjelaskan betapa manusia yang dijadikan Allah berlainan bangsa dan agama adalah untuk kenak mengenal antara satu sama lain serta saling faham memahami budaya antara mereka , dan beliau juga menekankan betapa seluruh manusia yang ada dimuka bumi Allah ini sebenarnya adalah dari keturunan yang satu yakni bapa segala manusia Nabi Adam Alaihissalam, mungkin kerana terlalu lama dan perpisahan goegrafi, maka wujudlah kepelbagaian warna kulit dan bahasa serta berlainan budaya yang diamalkan masing-masing. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting bagi umat Islam adalah ketaqwaan kepada Allah. Kerana manusia yang paling mulia disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa diantara kamu.
Friday, June 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment