Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, June 1, 2010

Penghargaan negara untuk mereka.

Siapa tidak merasa sedih, lebih-lebih lagi kalau berada didalam tawanan kerajaan zalim dan kejam Yahudi Israel Laknatullah . Itulah yang tergambar diwajah En Ismail bapa kepada En Ashwad Ismail yang berada didalam tawanan Israel di Haifa semasa kami berkunjung kerumah beliau pagi tadi untuk sisi ziarah dan bacaan Yaasin memohon agar Allah taala memberi ketenangan kepada mereka berdua dan juga membebaskan semua tahanan yang ditawan ashkar Israel laknatullah tersebut.


Program ziarah dan bacaan Yaasin tadi diketuai oleh Dato' Mahfuz Omar diserta oleh YB Nasir Zakaria MP Paddang Terap, YB Ust Izzat Shauqi, Timbalan Speaker Kedah, YB Dato' Hj Roshidi Osman ADUN Bukit Pinang, AJK PAS Alor Setar dan Pokok Sena dan beberapa jiran En Ismail. Apa yang memcetuskan semangat kami dan terharu adalah En Ashwad ini merupakan anak tunggal pasangan mereka berdua ini, dan kesungguhan dan iltizam beliau untuk menyertai misi bantuan ini perlu diberikan penghormatan kerana mnegharumkan nama Malaysia dimata dunia.Ini lah pengorbatan yang perlu dihargai dan disanjong tinggi sebagai wira negara.

Munajat dan doa dipohonkan agar Allah memberikan ketenanagn dan perangsang kepada mereka berdua kerana kezaliman Yahudi Israel ini memeang telah terkenal keseluruh dunia, bahkan Nabi pun mereka sanggup bunuh, bahan ribuan nabi dibunuh mereka, inikan pula manusia biasa.

Apa yang paling menggembirakan kami, seusai habis bacaan Yaasin tadi, kami mendapat berita dari anak beliau bahawa mereka yang ditawan dibebaskan semuanya sekali dan Alhamdulillah doa dipanjatkan kehadrat Illahan diatas pertolongan Nya sehingga mereka selamat dibebaskan dan insyallah akan kembali kepangkuan keluarga, tetapi apa yang masih sedih adalah bantuan yang diharap untuk disampaikan kepada rakyat Palestin di Gasa yang terkepong teruk masih belum tertunai.

Walau bagaimana pun dengan berlakunya peristiwa ini dan kutukan antarabangsa, diharap Mesir dan Negra Jiran lain termasuk Israel sendiri selepas ini akan membuka mata dan tidak lagi meyekat bantuan dunia kepada rakyat Gaza untuk meneruskan hidup mereka, yang pengganasnya adalah Israel yang merampas tanah orang dan menindas rakyat Palestin.
Penyekatan bantuan kepada rakyat di Gaza ini ana serta rombongan kami sendiri rasai semasa kami mengadakan kunjungan untuk bantuan kepada penduduk Gaza awal tahun lalu disekat di Rafah Mesir daripada memasuki Palestin yakni Gaza melalu sempadan Mesir walaupun banyak bantuan yang dibawa tetapi ada yang dibuang begitu sahaja bahkan ada yang disimpan di Stadium di Al Arish tanpa dibawa kepada yang memerlukan di Gaza sana.
Kita bedoa moga peristiwa ini akan menyedarkan umat Islam betapa Yahudi Israel ini bukanya manusia yang ada hati perut dan lawan mereka hanya lah perjuangan jihad, bukannya rundingan. Oleh itu kita juga mendesak agar segala kerjasama negara kita dengan apa juga bentuk yang ada kaitan dengan Israel ini ditamatkan segera agar tidak akan mendapat kutukan anak bangsa dan dunia dimasa hadapan.
Kita juga menyeru agar kerajaan memberikan penghargaan kepada 12 orang rakyat Malaysia ini sebagai wira negara diatas keberanian mereka menempuh segala kepayahan dan rintangan dan juga kesanggupan mereka untuk syahid seandainya dipanggiloleh Allah Taala, insyaallah. Allah akbar.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.