Manusia merancang, Allah lebih baik perancanganNya.
Itulah yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang, Serambi Mekah malam tadi. Memang ana rasa rakyat Kelantan nak lihat gah dan hebatnya 3 manusia yang disanjung dalam negeri dan negara berada diatas pentas dalam majlis perasmian Fiesta Kelantan yang dirancang sejak sekian lama. Pemangku Assultan Kelantan, PM DS Najib, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz MB Kelantan, berada didalam majlis perasmian di Pentas di Stadium Sultan Muhamad ke IV , alangkah jangok dan molek baginda dan mereka pemimpin negara dan negeri bertiga berada bersama sambil berunding berhubung dengan masalah royalti minyak Kelantan yang telah lama terbantut dan diabaikan, mungkin program malam tadi boleh membuka ruang penyelesaian sebelum ianya terus menjadi pekasam didalam kamar mahkamah saperti apa yang terjadi kepada royalti minyak Trengganu, sejak 1999 lagi, masih belum tahu hala tuju, sampai Datuk Mat Said pun naik pening, berkali-kali dia cannon DS Hishamuddin, tak juga luruh buah hasil royalti tu, dah masuk mahkamah, jawabnya makan puluhan tahun lah kalau tak dapat lampu hijau.
Tetapi itulah, manusia merancang, Allah juga merancang, sudah tentu perancangn Allah melebihi apa yang dirancang manusia, apa kena dengan program tersebut, siapa yang membuat honar maka terjadi tidak sebagai dirancang, ataukah ada yang nak sabotaj agar kedua pemimpin besar negeri dan negara ini tidak dapat bertemu dan berbincang dengan baik, insyaAllah akan dapat diketahui tidak lama lagi, bakai gajah lama kelamaan akan terbau busuknya walaupun ditutup dengan kain terpan besar mana pun. Kebusukan hati manusia yang jelous dengan keharmonian akan terserlah jua nanti , dan sudah pasti manusia itu tidak akan kekal lama diatas persada kepimpinan baik negeri atau negara.!
Majlis itu akhirnya selamat dirasmikan oleh YB Datuk Mustapa Muhammad , Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggantikan PM dalam hujan lebat dan hanya menggunakan loud haller , kerana terputus bekalan letrik. Manpak gambar dia macam orang tengak berucap dalam majlis dema aje!.
Sedikit cerita boleh dibaca disini, malas ana nak ulas aih.
Wednesday, June 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment