Taajub, kaget, terkejut , itu saja yang ana boleh bagi ulasan bila melihat wakil BN dari UMNO Kota Belut semalam berucap dalam perbahasan RM 10 berhubung kait dengan lesen judi bolasepak piala dunia nih. Kata dia lebih kurang " kita letak dulu pasal agama tepi, kita bincang tentang kerugian 20 billion yang negara akan hilang oleh penjudi, along dan mnusia yang membawa duit itu berjudi diluar negara , kalau kita beri lesen, boleh pantau duit tu dan tak lari keluar ", begitu bunyi nya, ana minta maaf kalau 100% tak sama dengar ucapan dia, kerana yang tepat nanti kita ambil dari hansard Parlimen dan masukkan semula. Heran hasil kami, wakilMCA, wakil MIC, wakil Gerakan yang bukan Islam tak sebut macam tu, tapi yang Islam bela judi sampai macam tu!!!!.
Apa yang nak sebut disini, itulah mentaliti pemimpin UMNO, duit, duit, dan duit, sampai orang bukan Islam pun naik marah bila bekas pemimpin UMNO kata depa ni taik judi, sampai bila nak lulus lesen, kerana orang Cina nakkan judi. Macam apa yang Tun Dr Mahathir kata kat program Bangkit di Trengganu tempoh hari dihadapan 600(0) orang hadirin.
Apa yang mereka fikir, hanya duit , apa yang Allah larang dan tegah bukan depa nak fikir. Dari segi barakah, nimat, bala dan azab yang bakal menimpa bukan mereka nampak, kalaulah sekali allah turun bala minyak kering, sedut tak keluar, petronas nak sedut apa lagi nak jual, kalau itu yang ada dalam mentaliti mereka. Kita amat bimbang kalau inilah yang menjadi pegangan mereka yang memerintah negara, memang cepatlah nanti negara bengkrap, bukan pasal duit tak ada, tetapi pasal azab dan bala yang diturunkan menimpa kita. Wal iya zu billah, mopon janganlah lagi ya Allah.
Wednesday, June 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment